6 Suplemen Kurus Terbaik di Malaysia
Yang mana dok cari suplemen kurus tu, kena baca ni sampai habis ye…
Masalah berat badan merupakan salah satu masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia, terutamanya kaum hawa. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana statistik membuktikan bahawa kadar dan jumlah warga yang mengalami masalah berat badan berlebihan semakin meningkat tahun demi tahun.
Oleh itu, korang perlu mengubahnya, dan salah satu daripada cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan menggunakan suplemen kurus. Ia juga lebih dikenali sebagai fat burner.
Sama macam suplemen lain, ada lambakan suplemen kurus (fat burner) yang boleh korang beli di luar sana. Produk-produk ini mudah dibeli di pasar malam dan online.
Banyak juga yang tak berdaftar, jadi entah apalah ramuan yang dimasukkan dalam pil atau minuman tersebut. Seram kan?
So, tanpa berlengah lagi jom kita explore produk suplemen kurus yang dijual di luar sana yang selamat diambil. Yang penting, keberkesanan produk-produk di-back up oleh sains dan juga telah mendapat kelulusan KKM.
1. Medik Halia Bara 80 Kapsul dan Losyen Perut Pati Halia
Bagi korang yang tercari-cari Fat Burner yang dapat kuruskan badan korang secara semula jadi, maka korang perlu mencuba produk daripada Medik Halia Bara ini. Memang sesuai untuk korang yang inginkan badan yang langsing dan menawan.
Produk ini terdiri dalam bentuk losyen dan kapsul yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu halia bara.
Terdapat 80 biji kapsul untuk proses penghadaman supaya dapat membuang angin toksik dalam badan korang. Manakala losyen perut pati halia pula dapat membantu korang yang menginginkan perut yang kempis dan kurus.
Ia perlu diamalkan secara konsisten, bagi mendapat kesan yang maksimum.
Jangan risau, jenama produk kurus ini telah mendapat kelulusan dari pihak KKM dengan no. siri (MAL20040059TC).
2. Lemontab Kurus Lansing Pure Lemontab Original
Setiap wanita mesti mendambakan bentuk tubuh badan yang langsing seperti sebelum melahirkan anak.
Produk keluaran HQ Fereena Beauty ini dapat membantu korang untuk mengawal metabolisme. Malah dapat membuang toksin dan membakar lemak jahat tanpa kesan sampingan yang memudaratkan badan korang.
Kelebihan produk ini diperbuat daripada bahan campuran semulajadi, jadi korang tidak akan merasa seperti memakan ubat.
Disamping itu, asam keping yang ada dalam produk ini dapat membantu korang untuk menghilangkan sakit kepala. Dalam pada masa yang sama korang dapat kecilkan bahagian perut, pinggul dan peha.
Jangan khuatir, produk ini juga telah mendapat kelulusan dari KKM dengan nombor siri (MAL20172980TC).
3. NutriRise Garci Plus – suplemen kurus
Dengan hanya kunyah dah boleh bantu korang kuruskan badan. Pil ini mengandungi bahan semulajadi yang selamat untuk diamalkan. Ambil secara konsistent boleh bantu korang untuk mencapai berat badan yang ideal!
Produk ini lain daripada yang lain kerana terdapat kandungan Mangga Afrika di dalamnya yang dapat membantu mengurangkan nafsu makan korang disamping membakar lemak yang tersimpan di dalam badan korang serta dapat menjaga kesihatan jantung.
Dengan nombor siri KKM (MAL17045010TC) terbukti produk ini selamat untuk korang ambil.
4. Blackmores Lecithin
Lecithin adalah komponen penting dalam semua sel dalam badan dan membantu dalam metabolisme lemak, membolehkan mereka digunakan oleh sel-sel badan. Blackmores Lecithin 1200 berasal dari kacang soya.
Selain dapat membantu korang mencapai berat badan ideal, produk ini dapat melarutkan kolesterol, triglycerides dan juga lemak-lemak lain. Ia juga dapat membantu korang untuk mengurangkan PMS dan monopos. Ini kerana lecithin mengandungi bahan istimewa bagi bertindak untuk masalah di atas.
Produk ini telah mendapat kelulusan KKM dengan no. siri iaitu MAL22016048NCR.
5. Beauxlim Botanical Tea with Garcinia Cambogia
Fat Burner ini dibuat dalam bentuk uncang teh. Memang sesuai bagi korang yang sangat susah untuk menelan kapsul ataupun mengamalkan sapuan losyen.
Walaupun hanya dengan uncang teh tapi fungsinya tetap boleh menurunkan berat badan korang.
Fat Burner ini mengandungi garcinia cambogia, daun teh hijau, serai, daun stevia dan pelbagai ramuan tradisional lain yang sesuai untuk turunkan berat badan.
Daun stevia tidak mempunyai kalori, kolesterol serta karbohidrat sama sekali menjadikan minuman ini sesuai untuk korang yang mempunyai masalah diabetes. Ini kerana daun stevia ini dijadikan sebagai penganti gula pasir di dalam produk ini.
Produk ini telah diluluskan dan dibenarkan berada dalam pasaran oleh pihak KKM dengan nombor siri (MAL18036177T).
6. Shaklee Lecithin – Suplemen kurus
Shaklee adalah salah satu jenama yang terkenal di Malaysia.
Tahukah korang, Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.
Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti dapat memberi result yang maksimum kepada koran selepas pengambilan yang konsisten.
Selain itu lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, dan arteri yg mengeras.
Antara kelebihan Lecithin ini ia dapat membantu korang untuk mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
Usah khuatir, produk ini mendapat kelulusan penuh dari KKM dengan nombor siri (MAL21026103NC).