Take a fresh look at your lifestyle.

6 Humidifier Terbaik Di Malaysia

0 259

Air humidifier atau pelembap udara adalah alat yang digunakan di rumah korang untuk mengekalkan kelembapan udara pada tahap normal.

Ia sesuai digunakan pada musim panas dan sejuk. Ia akan mengekalkan udara dipersekitaran dalam rumah korang supaya tidak terlalu kering yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Antara penyakit yang berpunca daripada kualiti udara yang terlalu kering ialah kekeringan pada kulit, bibir merekah, jangkitan pada rongga pernafasan dan sakit tekak.

Bagi pemilihan humidifier yang terbaik, korang harus meneliti dari segi fungsinya, saiz dan juga bunyi yang dikeluarkan semasa beroperasi. Ini kerana, sesetengah humidifier ia mengeluarkan bunyi yang bising hingga mengganggu tidur korang.

Khas untuk korang yang sedang mencari humidifier terbaik, ini adalah pilihannya.

1- Deerma Cutie Aroma Radiaton Isolation Humidifier

Humidifier ini sangat sesuai bagi korang yang mempunyai bayi kecil kerana ia tidak menghasilkan sebarang radiasi ketika digunakan. Hal ini dapat menghindarkan atau mengurangkan risiko ke atas bayi dan juga ahli keluarga korang yang lain dari mendapat penyakit yang merbahaya berpunca daripada radiasi.

Ia juga terdapat penapis karbon untuk memberi kelembapan yang lebih bersih dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau masakan korang di rumah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memerangkap habuk.

Ia dihasilkan daripada bahan yang berkualiti, maka korang mudah untuk membersihkannya dan tahan lasak.

2- KHIND Humidifier Fan HHR30F – humidifier terbaik

Humidifier jenis ini agak unik kerana ia dilengkapi dengan kipas yang bertujuan untuk menyebarkan wap air lebih jauh. Khind Humidifier Fan HHR30F ini mempunyai 3 mode yang boleh ditetapkan mengikut keselesaan pengguna

Ia juga menyaring karbon dalam udara secara efisien untuk menghasilkan kualiti udara yang terbaik dan menghalang iritasi mata atau kulit.Tambahan lagi, ia dapat mengurangkan resdung, batuk berterusan dan selsema yang disebabkan oleh alahan.

Ia sangat sesuai digunakan ketika tidur kerana tidak mengeluarkan bunyi bising walaupun kelajuan kipas yang tinggi..

3- Deerma LD700 Floor Stand – humidifier terbaik

Humidifier daripada jenama ini berbentuk tinggi. Ia amat sesuai diletakkan di sudut ruang tamu dan tidak menganggu lalu lintas korang di dalam rumah.

Bentuk alat yang cukup besar, membuat ini boleh diletakkan tanpa meja atau di penjuru ruangan rumah korang. Terdapat 3 fungsi ketebalan wap air yang boleh disetkan dan salah satu fungsinya boleh sehingga 340ml per jam wap air yang akan disembur. Cirinya juga seperti seolah-olah menyembur salji kerana banyak wap air yang akan dihembuskan.

Korang boleh juga memasukkan pewangi kedalamnya kerana terdapat satu ruangan khas dan disembur sekali bersama air bertujuan untuk menghasilkan suasana rumah atau pejabat yang relaks. Tangkinya yang besar sehingga 4L boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa perlu isi semula bergantung pada penggunaan korang.

4- Smart Frog KW-JSQ03

Humidifier Smart Frog berfungsi menapis dan melembapkan udara secara serentak untuk memastikan persekitaran yang bersih dan selesa untuk korang dan keluarga korang.mudah alih.

Ianya sangat mudah digunakan korang hanya perlu menyambung kepada USB untuk menghidupkannya. Ia dapat digunakan di dalam kereta dengan menyambung pada adapter charger, di rumah, pada komputer/laptop dan juga powerbank.Cara penggunaannya juga mudah – korang hanya perlu menggunakan botol dan lekatkan pada ruang yang telah sediakan, kemudian tekan butang on untuk beroperasi.

Ia juga boleh mengurangkan sinaran dengan meletakkannya di sebelah komputer atau laptop korang.

5- Remax RT-A300

Humidifier ini bersaiz mini dan harganya sangat lah berpatutan. Harganya amat sesuai untuk korang yang mahu memiliki humidifier tetapi pada masa yang sama ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan. Ia sangat mudah diletakkan di mana-mana kerana bentuknya yang runcing dan mini. Tidak memerlukan ruang yang besar.

Korang boleh menggunakannya pada bekas yang telah disediakan atau hanya boleh menggunakan secawan air dan letakkannya di dalam untuk berfungsi.

Ia boleh tertutup sendiri jika digunakan lebih daripada 8 jam atau kehabisan air.

6- Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light (500ml)

Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan moden. Istimewa Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light ini adalah fungsi penyejukkan udaranya. Kiranya, bila korang pasang sahaja humidifier ini, suhu udara di sekitarnya akan bertukar sejuk. Mudah dikawal dengan alat kawalan jauh. Ia juga mempunyai fungsi aromaterapi.

Menariknya Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light adalah fungsi lampunya yang berwarna-warni mampu menceriakan suasana serta pasti diminati kanak-kanak. Selain itu, lampu LED yang bewarna suam menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan lampu tidur.

Tangkinya yang sehingga 500 ml sesuai untuk penggunaan sepanjang malam atau sehingga 10 jam.

Dah tau pilihan humidifier terbaik ni, sekarang bolehlah korang mula pilih yang sesuai untuk ruang tamu atau bilik masing-masing.

Leave A Reply

Your email address will not be published.