Take a fresh look at your lifestyle.

9 Iron Rambut Terbaik – Luruskan Rambut Dengan Cepat dan Mudah

0 1,838

Yang mana sedang cari iron rambut terbaik tu, boleh refer kat bawah ni ye…

Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus.

Sekarang ni memang mudah, yang mana rambut kerinting pun boleh senang-senang je boleh luruskan rambut hanya dengan menggunakan iron rambut.

Tapi korang kena hati-hati tau, jangan sampai salah pilih. nanti tak pasal-pasal pula rambut terus rosak dan mudah gugur.

Iron rambut yang diperbuat daripada ceramic dianggap sebagai bahan terbaik dan yang paling sikit menyebabkan kerosakan kepada rambut korang

Ia menghasilkan ion-ion negatif dan inframerah yang menjaga kelembapan rambut masa korang meluruskan rambut.

Dengan menggunakan teknik pelurusan rambut yang tepat dan perawatan rambut yang tepat sebelum dan sesudah proses pelurusan, korang dapat menjaga rambut tetap lurus sepanjang hari dan melindungi rambut dari kerosakan akibat panas.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis iron rambut yang terbaik yang dapat meluruskan rambut dengn cepat dan mudah.

Iron Rambut Terbaik

1. Dyson Corrale TM Hair Straightener – Iron rambut pilihan ramai

Iron rambut Dyson Corrale TM Hair Straightener prestasi pengayaannya adalah luar biasa, memberi kemasan licin dan anggun dalam kedua-dua style lurus dan bergulung.

Jika bajet korang mengizinkan, rambut korang akan menyukai korang kerana membeli Corrale. Ia adalah pelurus rambut yang hebat dan menepati janjinya, dan juga menjadikan rambut korang kelihatan lebih licin seperti sutera dalam masa yang lebih singkat daripada biasa.

Pelurus rambut ini boleh digunakan tanpa wayar selama 30 minit selepas dicas penuh. Ini membolehkan korang mengayakan rambut korang di mana-mana dan pada bila-bila masa.

2. Xiaomi Showsee E2 Professional Hair Straightener

Xiaomi Showsee E2 Professional Hair Straightener adalah alat penggayaan Inovatif dan berfungsi pelurus dan pengeriting rambut 2 dalam 1 dengan plat pemanas bentuk L khas memberikan cengkaman yang lebih kuat untuk mengekalkan sentuhan sempurna ke atas rambut korang.

Ia boleh meluruskan rambut dengan mudah dan mencipta kesan rambut kerinting semula jadi.

3. Mini Hair Straightener For Travel – iron rambut travel

Bagi korang yang suka travel, Iron rambut nie adalah paling sesuai untuk korang bawak ketika travel.

Hair strengthener mini ini direka khas untuk korang yang suka berdandan walaupun ketika sedang melancong. Tak payah nak pening-pening kepala nak cari salon untuk betulkan rambut korang.

Bahagian pemegang alat ini juga disalut dengan plastik dan getah agar korang selesa untuk pegang. 

Sekali gus ianya lebih selamat kerana ianya tak akan mudah jatuh dari genggaman korang.

4. 3 In 1 Comb Hair Straightener – iron rambut 3 in 1

Setiap pagi mesti korang kelam kabut untuk menguruskan rambut korang kan. Dengan mengunakan Comb Hair Straightener nie, ia dapat meluruskan rambut, mengeringkan dan menyikat rambut korang dalam masa yang sama. 

Jadi, masalah rambut kusut dan basah dapat diselesaikan dengan sekelip mata.

Manakala, bahagian pemegangnya direka dengan bentuk ergonomik dan memberi keselesaan kepada korang ketika mengunakannya.

5. Ubeator Korean Ceramic Hair Straightener

Ubeator Korean Ceramic Hair Straightener menjadi pilihan ramai kerana ia boleh meluruskan rambut dan juga mengkerintingkan rambut korang.

Ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dirumah atau digunakan di salon bagi korang yang mempunyai salon.

Suhunya boleh dilaraskan mengikut jenis rambut korang, contohnya suhu 130°C-160°C sesuai untuk rambut yang dah rosak dan rapuh.Manakala 160°C-190°C pula sesuai untuk rambut sederhana. Rambut yang tebal, kasar dan terlalu keriting pula perlu guna suhu 190°C -230°C. 

Iron rambut ini juga dilengkapkan dengan automatic shut-off, jadi korang tak perlu risau jika terlupa untuk tutup switch selepas menggunakannya.

6. Kemei Professional Ceramic Hair Straightener (KM-531)

Kemei Professional Ceramic Hair Straightener (KM-531) amat sesuai untuk korang yang suka bertukar-tukar gaya rambut setiap hari. Korang memang wajib dapatkan alat pelurus rambut 2 dalam 1 ini kerana boleh kerintingkan rambut.

Iron rambut Kemei ini lengkap dengan paparan suhu LED digital, jadi perubahan suhu dapat dilihat dengan mudah.  

Ia juga direka dengan plat pemanas 3D terapung yang boleh mengurangkan geseran antara rambut sekali gus mengelakkan kerosakan pada rambut korang. 

Turut dilengkapi dengan fungsi infrared yang boleh mengunci kelembapan dan minyak semula jadi rambut, jadi gaya rambut korang akan tahan lebih lama.

7. Remington Ceramic Hair Straightener S3700

Remington Ceramic Hair Straightener S3700 dengan suhu maksimum 230°C dan jenis anti statik menjadikan rambut korang akan lebih mudah digayakan dan mengurangkan masalah keriting. 

Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk panas sepenuhnya hanya 15 minit sahaja sekaligus menjimatkan masa korang untuk berdandan setiap pagi. 

Sangat selamat digunakan di rumah sebab ia akan tertutup dengan automatik selepas 60 minit jika korang lupa nak tutup suis.

Rambut korang akan kelihatan lebih lurus dan licin dengan bantuan alat ini.

8. K-Skin Hair Straightener Comb

Amatlah mudah untuk korang guna iron rambut dengan pemanasan seramik ini kerana ia boleh digunakan seperti sikat rambut biasa sahaja. 

Paling penting, K-Skin Hair Straightener Comb ini akan mati secara automatik jika tidak digunakan dalam tempoh 20 minit. 

Terdapat 5 pilihan suhu yang boleh dilaras, jadi sesuai digunakan pada semua jenis rambut termasuk rambut tebal, keras, keriting dan rambut nipis. Boleh juga digunakan untuk kerintingkan rambut korang yang lurus.

9. M’Styler Men’s Hair Controller Hair Iron Straightener

Siapa kata kaum Adam tak perlu jaga penampilan? Dengan iron rambut khas untuk lelaki yang berambut pendek ini, boleh membantu korang untuk tampil lebih kacak dan yakin. 

Bukan sahaja boleh meluruskan rambut keriting tapi boleh mengerintingkan rambut lurus. Malah, rambut korang tampak lebih lebat berbanding sebelum guna alat ini. 

Paling penting, ia boleh digunakan ketika rambut korang basah dan kering dan ia juga sangat mudah digunakan kerana hanya guna seperti sikat rambut biasa. 

Selain itu,  turut direka dengan pemegang ergonomik, jadi tak lenguh ketika dipegang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.