Take a fresh look at your lifestyle.

7 Pengisar Daging Terbaik di Malaysia

0 219

Pengisar daging atau meat grinder adalah alat dapur yang digunakan untuk menggiling atau menghancurkan daging mentah menjadi partikel yang lebih kecil dan mudah diolah.

Sekarang, ia dah jadi satu keperluan di setiap rumah.

Sebenarnya banyak alat pengisar daging yang ada dijual secara online dan harganya agak murah juga jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di kedai berdekatan korang.

Kami akan senaraikan pelbagai jenama pengisar khas untuk daging untuk panduan korang semua.

Senarai alat mengisar daging ini pasti membantu korang untuk membuat pilihan yang terbaik! Jom lihat senarai alat pengisar daging terbaik berikut: –

1. KENWOOD Food Mincer

Pengisar daging Kenwood ini adalah pengisar daging mini yang terbaik untuk kegunaan korang. Merupakan alatan dapur yang praktikal, struktur sederhana dan tidak memakan ruang dapur korang.

Mangkuk 0.35L mempunyai kapasiti pemotongan 150g, bermakna korang boleh menyediakan jumlah makanan mengikut yang korang perlukan.

Walaupun bersaiz mini, ia sangat berkuasa dan padat. Pencincang makanan mini ini sangat bagus untuk memotong herba dan rempah ratus serta mengisar makanan bayi juga.

Ia mempunyai 2 kawalan kelajuan mata kisar keluli dan kedua-dua kelajuan meletakkan korang dalam kawalan, bermakna bahan-bahan dicincang mengikut cara korang.

Motor 300W memberi korang kuasa yang diperlukan untuk memotong buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. KHIND FPC500 Food Processor

Pengisar daging Khind ini adalah salah satu pengisar daging yang berkualiti dan terbaik untuk korang miliki dan tambahan ia antara jenama yang sering menjadi pilihan pengguna.

Pengisar daging ini dilengkapi dengan 4 bilah pisau pengisar dan mempunyai 2 jenis kelajuan yang boleh dikawal kehalusan kisarannya.

Selain itu, pisau pengisarnya diperbuat daripada keluli tahan karat dan sangat tajam dan dapat memberi hasil kisaran yang korang perlukan.

3. TEFAL Chopper TEF-DPA171

Pengisar Tefal La Moulinette Chopper DPA171 ini adalah alat yang sangat sesuai untuk dapur kecil, besar, dibawa ke mana-mana kawasan yang mempunyai sumber elektrik.

Dengan bilah besi tahan karat yang sangat tajam untuk pemotongan yang cepat dan sekata.

Sesuai untuk memotong daging, sayur, salad buah, bawang putih, mencincang herba, sayuran, pesto dan banyak lagi!

Selamat dan senang digunakan, menjadikan penyediaan makanan dan sayuran di dapur korang menjadi lebih mudah!

Perkakas dapur yang wajib ada di rumah korang!

4. VINMAX 220v Electric Meat Grinder

Mesin pengisar khas daging elektrik yang kuat, membuatkan korang akan lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak makanan buatan sendiri yang lebih sihat dan enak.

Tampil dengan pisau keluli tahan karat gred premium, terdapat tiga plat pengisar dan korang dapat menghasilkan pengisar daging kasar, sederhana dan halus. Tiub mudah tanggal untuk korang membersihnya dengan mudah.

Reka bentuk yang padat, dan kecil agar boleh diletakkan di mana-mana ruang dapur korang.

Lengkap dengan pemutus litar keselamatan untuk mengelakkan kebakaran motor.

5. TUPPERWARE Fusion Master Meat Grinder

Pengisar daging jenama Tupperware ini tidak mengunakan tenaga elektrik untuk beroperasi. Maksudnya korang kena mengisar daging itu secara manual.

Pisau pengisar dibuat daripada bahan yang tidak akan berkarat walaupun korang telah mengunakannya dalam jangka masa yang lama.  

Untuk korang yang mempunyai anak-anak yang gemar memakan nugget, burger, spaghetti bolognaise dan sausage, pengisar ini sangat berguna untuk penyediaan makanan kegemaran anak-anak korang.

6. PANASONIC MK-MG1500 Meat Grinder

Pengisar daging Panasonic ini adalah di antara pengisar daging elektrik yang terbaik yang berada di pasaran. Tambahan, jenamanya juga adalah jenama yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Mesin pengisar daging khas untuk kerja-kerja mengisar daging dalam jangka masa yang lama ataupun beberapa jam. Sesuai untuk dapur restoran dan juga rumah korang.

Untuk pengetahuan korang, pengisar daging ini mampu mengisar daging sebanyak 90kg dalam masa sejam. Ia mempunyai kapisiti yang besar dengan motor yang berkuasa 1500W.

Selain itu, ia mempunyai 3 jenis pisau pengisar untuk membuat kisaran daging secara halus, sederhana ataupun kasar.

7. YINA Electric Meat Grinder Mincer

Mesin pengisar khas daging elektrik yang kuat, membuatkan korang lebih bersemangat untuk membuat lebih banyak makanan buatan sendiri yang lebih sihat dan enak. Ia dapat mengisar daging dengan cepat untuk membuat burger, meatloaf atau sosej.

Amat sesuai juga bagi korang yang ingin berniaga makanan secara kecil-kecilan. Bagi korang yang mahu memulakan perniagaan melibatkan penggunaan daging kisar seperti pembuatan burger atau nugget, pengisar daging Powerline ini boleh menjadi satu pelaburan yang menguntungkan untuk jangkamasa panjang. Mampu mengisar sebanyak 13kg daging dalam masa seminit, pengisar daging ini diperbuat dari besi keluli berkualiti tinggi melalui proses kawalan haba yang tepat. Ini membuatkan pengisar daging ini tahan lasak dan tahan lama. 

Reka bentuk yang padat dan kecil agar boleh diletakkan di mana-mana ruang dapur korang.

Pisau pengisarnya yang diperbuat daripada keluli tahan karat juga tahan lama dan lasak serta mampu menghasilkan mutu kisaran yang berkualiti.

Leave A Reply

Your email address will not be published.