Take a fresh look at your lifestyle.

7 Termometer Dahi Terbaik Untuk Cek Suhu Badan

0 457

Pada masa pandemik, termometer menjadi benda penting yang diperlukan oleh kebanyakkan orang. Termometer berfungsi untuk mengukur suhu dan screening awal kesihatan seseorang. Setiap memasuki suatu tempat, suhu tubuh akan selalu dicek. Mengambil suhu menggunakan termometer inframerah jauh lebih praktis dan hygiene kerana tidak ada sentuhan antara alat dengan kulit.


Kali ini, kami nak share pasal termometer dahi terbaik untuk cek suhi badan yang bagus – dari berbagai jenama, seperti Omron, Cofoe, Beurer, dan lain-lain lagi.

Termometer ni ada kelebihannya masing-masing.

7 Senarai Termometer Dahi Terbaik Untuk Cek Suhu Badan

1. Omron Ear Thermometer

“Omron Ear Thermometer” dianggap sebagai salah satu termometer terbaik untuk mengukur suhu tubuh kerana memiliki beberapa kelebihan yang membuatnya popular di kalangan pengguna.

Dengan Omron Ear Thermometer, korang boleh mendapatkan pengukuran suhu yang cepat dan tepat hanya dalam masa 1 saat.

Kepantasan ini sangat mudah apatah lagi apabila korang perlu ukur suhu bayi atau anak yang tidak akan suka benda asing berada di telinga mereka.

Bentuk ergonomik termometer ini menjadikannya senang dipegang semasa pengukuran suhu untuk orang lain atau juga diri sendiri.

Sekiranya termometer mengukur bahawa suhu di atas 37.5 ° C, penggera demam akan berbunyi untuk memberi amaran kepada korang. Suhu termometer ini boleh dipilih dalam bacaan Celsius atau Farenheit bergantung kepada pilihan korang.

2. Cofoe 2 In 1 Infrared Forehead Thermometer

Termometer digital ini boleh membaca suhu korang dengan jarak 1-3cm dengan menembak tepat bahagian dahi dan mempunyai chip memori yang mampu menyimpan 50 bacaan suhu.

Menarik tentang termometer ini adalah boleh mengeluarkan suara untuk memberitahu berapa bacaan suhu badan korang dan korang juga boleh setting silent mode untuk memadam suara.

Termometer dahi ini mudah digunakan. Cukup hanya korang arahkan alat ke dahi dan tekan tombol untuk mengukur suhu.

Model ini juga dilengkapi dengan screen belakang yang mudah dibaca, sehingga korang dapat melihat bacaan suhu dengan jelas.

Penggunaan termometer dahi ini dianggap lebih dijamin kebersihannya dibandingkan dengan termometer oral atau termometer di bawah ketiak. Ini kerana tidak ada kontak langsung dengan kulit, risiko penularan infeksi dapat dikurangkan.

3. Ousan Digital Infrared Forehead Thermometer Temperature

Ousan Digital Infrared Forehead Thermometer Temperature adalah peranti bukan sentuhan yang direka untuk mengukur suhu badan korang dengan cepat dan tepat. Ia menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan sinaran haba yang dipancarkan oleh tubuh korang dan menyediakan bacaan suhu tanpa memerlukan sentuhan fizikal.

Ousan Digital Infrared Forehead Thermometer Temperature ini dapat mengukur suhu badan korang dengan jarak 0-3cm, ia akan automatik shut down selepas 30 saat apabila korang tidak guna.

Mempunyai 3 jenis warna untuk setiap fasa suhu dan boleh mengukur suhu objek seperti air.

Termometer ini dilengkapi dengan 1 butang switching mode yang boleh menukar suhu daripada Farenheit ke Celcius dan mempunyai memori penyimpanan sebanyak 20 bacaan yang sebelum.

Kebanyakan termometer dahi inframerah digital mempunyai memori yang boleh menyimpan bacaan suhu sebelumnya. Ini membantu korang dalam monitor perubahan suhu dari semasa ke semasa.

4. Orbdirtt Thermometer Gun Temperature Digital

Pengimbas suhu jenama Orbdirtt ini antara pengimbas suhu yang famous semasa musim covid-19 dahulu.

Ia menggunakan bateri 2x AAA dan mengeluarkan tiga jenis warna iaitu hijau, kuning dan merah untuk memaparkan tahap suhu badan korang yang berbeza.

Termometer digital ini boleh mengukur suhu korang dalam masa 1 saat walaupun screening suhu diambil pada jarak sejauh 5 sehingga 15 cm.

5. Beurer FT65 Forehead Thermometer

Beurer FT65 Forehead Thermometer menjadikan pengambilan suhu cepat dan mudah untuk seisi keluarga.

Ia mengukur suhu dari dahi dan korang tidak memerlukan termometer peribadi. Paparannya yang besar menjadikan bacaan suhu menjadi sangat mudah dibaca walaupun bagi orang tua yang kurang penglihatan. 

Selain itu, terdapat ruang penyimpanan untuk bacaan suhu 10 terakhir, tidak perlu tanda di tempat lain.

Selain dahi, termometer ini juga dapat mengukur suhu dari telinga, objek, cecair atau di atas sebarang permukaan.

Jika korang ingin membeli termometer untuk orang yang berumur, termometer terbaik Malaysia ini adalah pilihan yang tepat.

6. Wintact WT3656 LCD Digital Thermometer

Termometer Wintact ini menggunakan optic principle di mana ketepatan pengukuran dikendalikan pada ± 0.3 ℃, dan ketepatannya sangat tepat. 

Malah termometer ini dilengkapi dengan 1 butang switching mode yang boleh menukar suhu daripada Farenheit ke Celcius dan kadar mengukur suhu badan di antara 32-42 ° C (89.6-107.6 ° F). 

7. Braun Forehead Thermometer BNT400

Braun Forehead Thermometer BNT400 adalah termometer yang sangat baik untuk kanak-kanak dan bayi kecil. Ia digunakan sebagai termometer inframerah tanpa sentuhan dan dapat mengukur suhu sekumpulan orang dengan cepat.

Jadi, korang hanya memerlukan masa sekitar 2 saat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dengan Braun Thermometer ini. Sekiranya ini pertama kalinya korang menggunakan termometer dahi, jangan risau kerana disertakan sistem panduan untuk korang ikuti.

Selain itu, skrin LCD termometer terbaik Malaysia ini mempunyai lampu yang dapat melihat bacaan suhu walaupun dalam gelap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.