Take a fresh look at your lifestyle.

5 Makanan Kucing Terbaik Di Malaysia 2022

0 12,158

Sebagai pencinta kucing, semestinya anda akan berusaha memilih makanan kucing yang terbaik untuk anak bulus anda semua.

Ini adalah untuk memastikan kucing sihat, berbulu lebat, gebu dan kekal comel sepanjang masa.

Tapi tak ramai yang tahu tentang makanan apa yang terbaik dari segi zat, protein dan khasiatnya.

Sebenarnya, ada pelbagai jenis jenama di pasaran yang boleh anda pilih. Dan boleh beli dengan online sahaja. Tak perlu keluar rumah. Yang penting kena tau jenama apa yang hendak di beli tu.

Senarai Makanan Kucing Yang Terbaik Di Malaysia

Di bawah ini adalah senarai makanan kucing dalam kategori premium dan terbaik.

1-Royal Canin

Ini adalah jenama yang biasa dipamer dan dijual klinik-klinik haiwan. Di pet shop terpilih pun ada juga dijual brand ini.

Jenama ini antara yang terbagus dan selalu menjadi pilihan pemilik kucing Parsi kerana diperkaya dengan Omega 3 dan 6.

Di bawah ni adalah yang mendapat tempat di pasaran Malaysia

  • Royal Canin Persian Kitten
  • Royal Canin Persian
  • Royal Canin Maine Coon Kitten
  • Royal Canin Maine Coon
  • Royal Canin British Shorthair
  • Royal Canin Mother and Babycat

Royal Canin dapat membantu melancarkan pencernaan dan paling penting si bulus anda bebas dari masalah bulu bergumpal (hairball).

Struktur bijinya yang seperti kacang badam memudahkan kucing untuk makan dan hadam dengan baik.

Jika inginkan bulu kucing anda gebu dan kembang, cuba berikan kucing anda Royal Canin Feline Breed Nutrition.

Lepas 2 minggu lihat perubahannya. Sudah pasti jadi makin sayang pada si gebu tu.

Ia juga dapat bantu melindungi dari jangkitan kuman dan kutu.

2-Power Cat -Makanan kucing terbaik di Malaysia pilihan ramai.

Admin suka tengok iklan Power Cat dekat TV. gemuk sungguh kucing nya. Siap main bola lagi dengan player hebat Malaysia..

Power cat dibuat dari bahan semulajadi dan dijamin Halal 100%.

Ada 3 jenis perisa utama dalam Power Cat

– Ikan Tuna Segar
– Ikan Laut Segar
– Ikan Tuna & Daging Ayam Segar

Di bawah ini disenaraikan kelebihan utama Power cat.

  • Diperkaya dengan protein tinggi
  • Membantu mengekalkan keseimbangan sel darah merah
  • Boleh menguatkan tulang dan gigi
  • Menguatkan imunisai
  • Mengekalkan bulu yang sihat dan terurus
  • Bebas dari pengawet tambahan dan pewarna tiruan.

Merupakan jenama lokal, tapi kualitinya adalah setanding dengan jenama mahal.

Harga adalah tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh pencinta kucing untuk si bulu kesayangan.

3-ProDiet

Bila harga sesuatu produk tu murah, ramai yang menyangkakan produk itu tidak erkualiti dan tak bags.

Ramai yang tanya, ProDiet ni ok tak?

Jangan terkejut, sebab sebenarnya kualiti Prodiet ni hampir sama dengan jenama terkenal di negara ini.

Kandungan dan zat yang terkandung dalam ProDiet seperti fibre, mineral dan vitamin adalah sama dan cukup untuk kucing.

Ada 3 jenis perisa

– Perisa ikan laut
-Perisa ayam tuna
-Perisa makerel

Dibawah ni disenaraikan kelebihan ProDiet

  • Tidak mengandungi bahan pengawet
  • Harga sangat berpatutan
  • Penerimaan kucing yang positif dengan rasanya
  • Meningkatkan tenaga kucing
  • Halal
  • Mengelakkan bulu berkumpul

4-BlackWood

Blackwood, salah satu jenama premium bagi makanan kucing, dan harga agak pricey berbanding ProDiet dan Power Cat.

Jika kucing anda cerewet dengan makanan, boleh lah try bagi Blackwood ini. Kandungannya yang mempunyai protein tinggi dan nutrien dan khasiat dikekalkan.

Yang bagusnya, dalam Blackwood tidak ada perisa tambahan dan pewarna tambahan. Kedua benda inilah sebenarnya yang mengganggu sistem penghadaman kucing.

Kandungan vitamin dan nutrisi tinggi dalam jenama ini membantu si manja anda kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.

Dibawah ni disenaraikan kelebihan Blackwood

  • Sesuai untuk kucing yang cerewet dengan makanan dan ada masalah pencernaan
  • Diasaskan dari beras perang yang sememangnya senang dihadam
  • Packaging yang kemas dan boleh di reseal.
  • Membekalkan tenaga kepada si comel
  • Mencantikkan bulu kucing, kelihatan seperti bersinar
  • Boleh bantu penambahan berat kucing dengan cepat

5-PURINA ONE

Jenama Purina ini dibuat daripada daging ayam sebenar dan mengandungi protein tinggi.

Bentuknya yang kecil-kecil dan nipis dengan bentuk bintang dan bersegi, amat sesuai dan mudah untuk kucing makan dan hadam.

Purina ini sangat sesuai untuk kucing yang berumur 3 minggu ke atas especially untuk kitten yang baru nak bercerai susu dari ibunya.

Kandungannya yang kaya dnegan asid lemak omega 6 menjadikan bulu kucing lebih cantik, lembut dan bersinar.

Dibawah ni disenaraikan kelebihan Purina

  • Mudah cerna dan hadam
  • Harga berpatutan dan sesuai dengan kualitinya
  • Sesuai juga untuk kitten
  • Membantu mencantikkan, melembutkan bulu dan kelihatan bersinar 3 dan

Baca juga tentang vitamin c yang terbaik untuk kanak-kanak di sini

Leave A Reply

Your email address will not be published.