Take a fresh look at your lifestyle.

Serum Muka Terbaik Di Watson – 9 Jenama Terbaik

0 13,603

Bila korang nak beli serum muka terbaik kat Watson, mesti korang rambang mata dan stress nak pilih serum muka.

Dalam artikel, saya akan tolong korang cari sembilan serum muka terbaik di Watson.

Nak tahu apa serum tersebut?

Teruskan bacaan korang..

Serum muka terbaik di Watson

1. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum

Diperbuat daripada 30X vitamin C dan fresh Yuzu lemon daripada Jepun. Macam yang korang tahu, vitamin C bagus untuk lembap dan awet muda muka korang.

Serum Garnier light complete anti spot white serum menyerap ke dalam muka korang lagi cepat.

Selain itu, serum ini berkesan untuk kurangkan bahagian gelap kat muka korang sebanyak 85% dalam enam hari, bergantung pada kulit korang.

Selepas enam hari, muka korang akan nampak cerah dan lembut serta blackhead juga berkurang di muka korang.

2. Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum- Serum muka terbaik

Serum Safi ini datang dalam bentuk liquid. Serum sesuai untuk korang yang ada masalah kusam di bahagian muka. Kusam ialah lapisan gelap yang tutup muka korang.

Dengan liquid, ia akan meresap ke dalam kulit muka, naikkan kelembapan, dan sinarkan muka korang macam artis Korea.

Serum Safi ada ultra white technology. Ultra white ini diperbuat daripada bahan nano biowhite dan Kakadu untuk lajukan proses putih muka korang.

3. Rosken Bio Serum

Serum muka terbaik untuk korang yang ada masalah muka berminyak. Korang boleh cuba serum Rosken bio serum.

Untuk korang yang ada masalah kulit kering dan berjerawat, korang tetap boleh cuba serum ini.

Serum Rosken diperbuat daripada gabungan vitamin A dan vitamin E. Ia turut dicampur dengan chamomile oil, lavender oil, rosemary oil, dan calendula oil.

Campuran minyak yang di atas ini, bantu untuk baiki masalah jeragat, bintik-bintik merah, dan kedutaan di muka korang.

4. Nivea Luminous 630 Spotclear Freshly Activated Booster Serum

Serum muka terbaik untuk korang yang ada masalah tompak hitam, bintik hitam di muka korang.

Serum ini ada Freshly Activated Booster untuk kasi bahan yang digunakan kekal segar pada muka korang.

Serum Nivea Luminous diperbuat daripada Aqua dan beberapa bahan lain.

5. Wardah Renew You Anti Aging Intensive Serum

Serum muka terbaik dengan 10 bahan active untuk bantu kekalkan keremajaan kulit muka. Bestnya jadi remaja balik.

Serum Wardah Renew You diperbuat daripada Malus domestica (epal) PhytoCell extract untuk lindungi sel muka korang.

Serum Wardah renew you juga ada pelembap. Turut ada lima ekstrak botani untuk buang sel-sel kulit mati di muka korang.

Korang nak muka putih mulus macam artis wanita Indonesia, guna serum muka terbaik ini sebab ia diperbuat di Indonesia.

6. Eucerin Ultra White Spotless Double Booster Serum – serum muka terbaik

Serum muka terbaik sebab dalam dua jenis serum dalam satu botol iaitu serum Thiamidol dan serum 40x smaller Hyaluron.

Thiamidol membantu untuk kurang bintik-bintik merah dan tompak hitam di muka korang.

40x smaller Hyaluron berfungsi untuk menarik dan kekalkan kelembapan pada muka korang. Tanpa kelembapan ini,muka korang akan mudah berjerawat.

Cara nak guna adalah korang perlu tekan dua picit yang di botol pada masa yang sama dan sapu di muka korang.

7. Nano White Spot Correction Advance Serum 

Muka korang ada masalah muka berminyak dan jerawat?

Ini adalah serum muka terbaik untuk korang cuba kerana ada nano encapsulating technology untuk ringan muka korang. Selain itu, ia bantu cerahkan tompok hitam dan baiki tona kulit tak sekata.

Serum Nano ini bantu haluskan liang roma iaitu lubang-lubang kecil di muka korang kasi tutup. Dan tingkatkan tekstur warna wajah korang.

Cara guna korang cuma sapu pada bahagian bermasalah pada waktu pagi dan malam. Dan tengok hasilnya.

8. Garden of Eden Natur E Scar Serum

Garden of Eden natu e adalah Serum muka terbaik kerana korang akan dapat tiga manfaat ini iaitu membantu menggalakkan baiki kulit, mengurangkan parut, dan melembutkan muka korang.

Serum Garden of Eden ada pelembap intensif untuk lincinkan jeragat baru dan lama serta ringankan muka korang.

Kalau korang ada masalah muka kering, serum Garden of Eden akan meresap cepat, hidrasi dan lembutkan muka korang serta sunburn.

Serun Garden of Eden dijamin halal.Cara nak guna agak senang, korang cuma titis pada muka korang pada waktu pagi dan malam.

9. Y.O.U AcnePlus Complete Solution Serum – serum muka terbaik

Datang dalam bentuk gel. Sesuai untuk korang yang ada masalah jerawat.

Serum Y.O.U dianggap serum muka terbaik kerana ia ada Fusion Actives untuk elakkan muka korang berjerawat pada masa akan datang.

Serum Y.O.U ada pH yang rendah untuk kulit muka korang iaitu sekitar pH 4 – 5.5. Dengan pH, muka korang akan jadi lebih sihat dan elakkan bakteria. Bakteria ini punca muka boleh naik jerawat.

Serum ini mengandungi bahan Centella Asiatica dan herba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.