Take a fresh look at your lifestyle.

6 Sos Ikan Halal Terbaik Di Malaysia

0 718

Orang Thai kalau memasak, memang tak sah kalau tak masukkan sos ikan.

Memang dah jadi wajib pada mereka. Cuma kita di Malaysia, kurang guna sos ni sebab tak biasa guna.

Tapi sekali dah try guna, pasti jadi tak lengkap masakan jika tak campur sos ini.

Hati- hati bila beli sos ni, sebab ada yang tak halal.

Jangan risau, dalam artikel saya senaraikan yang halal terbaik di Malaysia.

Teruskan bacaan korang.

Sos ikan halal dan terbaik

1. CJ Beskul – Sos ikan terbaik dan halal

CJ Beskul sesuai untuk yang nak rasa macam mana rasa sos popular ala korea. Ada rasa masam dan pedas.

Kebiasanya, makanan Korea sangat pedas. Sos dari CJ Beskul ini juga ada rasa pedas yang masih boleh bawa bincang lagi berbanding Samyang.

Turut dapat sijil halal dari Jakim. Jadi, korang boleh gunakan dengan yakin.

Korang boleh perap ikan atau ayam menggunakan sos CJ ini. Rasa dia sangat ummmph!!

2. Knife Fish Sauce

Bahaya kan nama sos ni. Heheh

Kalau korang makan sampai boleh terpotong lidah korang tau. Tak ada lah, saya gurau jer.

Kandungan utama Knife fish sauce adalah ikan bilis. Ia juga tak guna bahan pengawet dan pewarna tambahan.

Sos dari Knife ni tak sesuai untuk yang tak suka makan kicap. Sebab warnanya memang sama seperti kicap.

Sangat sesuai untuk perap ikan kesukaan korang lagi-lagi ikan siakap.

Wuh! Silap-silap tak sampai setengah hari, habis sos ni korang buat perap ikan..hehhe.

3. Happy Home Vegetarian Fish Sauce

Sos penambah rasa ini sesuai untuk vegetarian.

Boleh masak sayuran guna ini. Rasa masakan akan jadi lebih sedap dan menyelerakan.

Sos dari Happy Home ini diperbuat daripada kaca soya dan diproses dengan air, garam, gula, dan perasa vegetarian.

Kalau korang nak ikan rasa macam masakan ikan ala thai, gunalah sos ikan Happy home.

Sos keluaran Happy Home ini juga korang boleh campur dalam masakan mee, ramen, nugget dan sebagainya. Rasanya dia manis sahaja, tidak terlalu masam.

4. Tiparos Fish Sauce

Walaupun produk ini daripada Thailand, ia disahkan halal oleh Jawatankuasa Agama Islam Thailand.

Bahan utama adalah Tiparos adalah ikan laut pacific.

Sos kegemaran ramai Tiparos ini boleh juga naikkan rasa sedap pada masakan ikan.

Korang boleh dapatkan sos Tiparos ini di Shopee Supermarket mall dengan harga mampu milik.

5. Puteri Fresh Squid  Fish Sauce – Sos ikan sedap pilihan ramai

Sos penyedap rasa ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk perap ikan atau masak ikan, nak masuk kat dalam nasi goreng, mee goreng pun boleh. Rasa makin sedap.

Sos keluaran Puteri 100% halal dari Jakim, so boleh makan tanpa was-was. Lagi pun ia dibuat di Malaysia.

Kelainan sos Puteri, ia guna perasa tambahan seperti ikan, pewarna karamel dan lain-lain bahan. Tapi, still sedap dan korang boleh cuba sos ikan Puteri ini.

6. Cap Ketereh Fish Sauce – sos ikan dari Kelantan

Paling legend kat negeri Kelantan. Juga dikenali dengan nama budu.

Siapa sini orang kelantan? Set kito jange peccoh.. selalu dengar ni kan..heheh.

Budu Cap Ketereh diperbuat daripada ikan bilis.

Halal dimakan dan mendapat sijil halal daripada Jakim.

Nanti kalau korang alang-alang melancong ke Kelantan, jangan lupa beli budu ni.

Makan ulam cicah budu ni, fuh..memang sedap. Kena pula dengan ikan goreng dan nasi panas. Memang bertambah-tambah.

Kesimpulan

Kebanyakkan sos ikan yang ada di pasaran tidak halal, berhati-hati semasa korang nak pilih. Pastikan check dulu tanda halal, buat di mana, dan apa bahan yang digunakan.

Senaraikan di atas mungkin boleh jadi rujukan untuk korang beli sos ini nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.