Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Bread Maker Terbaik Dan Laris Di Malaysia

0 1,469

Bread maker terbaik adalah bukan sahaja korang guna untuk masak roti sahaja, malah korang boleh buat lebih daripada itu, boleh masak pastri, sebuku roti, kuih muih dan sebagainya.

Nak masak jem roti pun boleh guna bread maker.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 jenama bread maker terbaik dan laris di Malaysia yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Bread maker Terbaik Pilihan Ramai

1. Panasonic Bread Maker 13 Preset Programs SD-P104

Bread maker terbaik yang boleh mengautomasikan proses penaik dengan suis butang, hanya bread maker daripada Panasonic. 

Bread maker ini dihasilkan daripada kilang elektronik Jepun Panasonic, ia mempunyai pelbagai fungsi lain seperti membancuh, menguli, mengadun dan membakar roti mengikut fungsi yang disediakan. 

Untuk mendapatkan roti segar seperti dari dalam oven, bread maker ini mempunyai kawalan suhu khas untuk roti.

Terdapat lebih 10 jenis resipi daripada roti gandum dan doh piza hingga coklat yang korang boleh cuba buat dengan bread maker Panasonic ini.

2. Russell Taylors Bread Maker BM-10

Jenama perkakas dapur Russell Taylors termasuk bread maker terbaiknya jenis model BM-10, semakin terkenal dan dapat sambutan sekarang

Bread maker ini datang dengan kapasiti 1kg, memudahkan untuk bakar sebuku roti yang besar dan mempunyai kerak disesuaikan mengikut citirasa korang dengan fungsi tiga tetapan.

Bekas adunan yang boleh ditanggalkan dan juga tidak melekat. Senang untuk dibersihkan.

Dari segi setting, ada 19 fungsi khas untuk pelbagai jenis masakan termasuklah membuat yogurt dan jem

Tidak dinafikan, ciri-ciri ini mengukuhkan BM-10 sebagai salah satu bread maker terbaik yang boleh korang beli.

3. Khind Bread Maker BM750

Ciri khas Khind Bread Maker BM750 ialah bekas adunan dan pengacau roti yang diperbuat daripada aluminium bersalut seramik yang tahan lama

Ciri khas ini membantu proses pembuatan roti yang sempurna.

Dari segi saiz roti, korang boleh pilih antara 750g dan 800g apabila dibakar daripada 14 setting yang tersedia termasuklah roti tanpa gula, roti graham dan roti bakar mentega.

 Warna bread maker daripada Khind ini menampilkan warna yang terang bertentangan dengan warna bread maker konvensional yang  kebanyakan berwarna gelap.

Bread maker ini menjadikan ruang dapur korang lebih bertambah warna warni.

4. PerySmith 2.0LB Bread Maker Ecohealth Series PS2500

Usaha kerjasama antara PerySmith dan jenama Jepun Bossman Kaden, bread maker model PS2500 ini menggabungkan teknologi daripada kedua-dua syarikat untuk mencipta bread maker terbaik pada masa ini.

Di bahagian luar, korang akan dapati cat kelabu-hitam licin menutupi badan dalam kemasan matte.

Dengan 19 setting khas, tiga tahap kerak roti dan tiga pilihan saiz roti, ini antara fungsi khas yang kebanyakan tiada pada bread maker lain

Korang tak perlu risau dengan masalah overheat kerana kerana ia mempunyai penebat khas yang banyak lapisan.

PS2500 didatangkan dengan waranti dua tahun.

5. Russell Taylors Bread Maker Large (2.0LB)

Model BM-20 dari Russel Taylors ialah perkakas dapur hebat serba boleh yang membolehkan korang menikmati roti buatan sendiri dari rumah dnegan harga yang murah.

Ia mempunyai 19 setting program yang berbeza, 3 tetapan kerak dan 3 saiz roti untuk fleksibiliti tambahan.

Paparan LCD yang besar dan butang yang dilabel dengan jelas menjadikannya sangat mudah untuk digunakan. 

Selain itu, ia juga diperbuat daripada badan keluli yang tahan karat. Nampak cantik dan sesuai diletakkan di ruangan dapur.

6. Morgan Bread Maker MBM-DOU20

Bread maker daripada Morgan MBM-DOU20 ialah pilihan mampu milik yang sangat digemari dan popular di kalangan ramai suri rumah. 

Walaupun harganya berpatutan, ia masih menampilkan semua fungsi penting bread maker. Ia mempunyai 12 setting program digital untuk pelbagai resipi roti, 3 tetapan kerak roti, pemasa tunda 13 jam dan fungsi simpan panas selama 60 minit.

Bread maker MORGAN ini juga dilengkapi dengan fungsi pengekalan pembakaran selama 10 minit walaupun berlaku black out.

7. Trio Homemade Non-Stick Bread Maker TBM-222

Trio TBM-222 ialah bread maker mampu milik dengan 3 tetapan kerak dan 15 setting program digital, termasuk pelbagai mod masakan seperti roti, kek, doh, yogurt dan juga jem.

Apa yang menarik ialah bread maker Trio ini mempunyai tingkap yang unik untuk membolehkan korang memantau proses memasak dengan mudah. 

Selain itu, terdapat juga tiga fungsi khas pemasa tunda 15 jam dan fungsi tahan panas selama 60 minit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.