Take a fresh look at your lifestyle.

7 Mesin Basuh Automatik Terbaik Di Malaysia

0 913

Mesin basuh merupakan alat keperluan penting bagi sesebuah rumah. Tanpa mesin basuh, bayangkan betapa sukarnya hidup kita, terpaksa menyental pakaian kotor setiap hari.

Dengan adanya mesin basuh, kehidupan makin mudah dan proses membasuh dan mengeringkan pakaian pun jadi cepat.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 mesin basuh automatik terbaik di Malaysia yang korang boleh beli.

Teruskan bacaan korang..

Mesin basuh automatik terbaik

1. LG Smart Inverter Top Loading Washing Machine (13kg) T2313VSPM

Mesin basuh automatik dari LG ini berkapasiti sebanyak 13kg, korang boleh masuk banyak baju dalam mesin basuh ini.

Mesin mempunyai fungsi seperti turbowash, turbo drum, jet spray, dan wave force. Dengan fungsi ini, baju yang korang basuh akan lebih bersih.

Mesin basuh automatik ini mempunyai kelajuan 740rpm. Ia turut mempunyai smart diagnosis untuk periksa sama ada baju korang basuh pada had laju beberapa dan beberapa kerap ia berpusing.

2. Samsung Top Load Washer with Wobble Technology (13 kg) WA13T5360BV

Mesin basuh automatik ini mempunyai ciri-ciri unik iaitu teknologi Wobble.

Teknologi Wobble memberi penjagaan lembut pada fabrik dan boleh elak daripada kusut dan rosak.

Magic Dispenser turut dipasang, tujuannya untuk melarutkan cecair dan detergen serbuk dan menyebarkannya secara sama rata untuk meminimumkan sebarang sisa.

Selain itu, ia juga ada mode deep softener function untuk memaksimumkan kesan pelembut untuk haruman yang lebih lama pada pakaian korang.

Juga ada fungsi Cuci Intensif yang akan bersihkan pakaian korang dengan sempurna, walaupun pakaian tu sangat kotor.

Cuci Intensif boleh menghilangkan kotoran degil, seperti darah, teh, solekan dan rumput. Jadi kotoran dibersihkan dengan lebih berkesan pada pakaian.

Fungsi Smart Check yang ada berfungsi untuk pantau jika ada berlaku ralat automatik pada mesin basuh. Hanya install app tersebut di smartphone korang. 

Smart Check ini akan kesan dan diagnosis masalah pada mesin basuh serta menyediakan penyelesaian masalah yang cepat dan mudah.

3. Sharp 9kg Fully Auto Washing Machine ESX958

Tak seperti dram konvensional dengan lubang inden, dram pencuci Sharp mempunyai lubang rata yang halang pakaian daripada bergesel pada dram dan merosakkan fabrik.

Ia mempunyai kelajuan 700rpm dan dalam beberapa mode pencucian iaitu standard, heavy, gentle, quick wash, dan tub clean.

Juga ada fungsi Child proof – incase korang mempunyai anak-anak yang suka bermain berdekatan mesin basuh. Biasalah budak-budak, suka bereksperimen sendiri.

Kapasiti mesin basuh automatik ini ialah 9 kg.

4. Khind 10 Kg Fully Auto Washing Machine – mesin basuh automatik terbaik

Mesin basuh automatik ini mempunyai panel sentuh yang simple dan mudah untuk korang navigate fungsi-fungsi yang ada.

Ia didatangkan dengan tempered glass door dan double damping surface cover agar korang mudah untuk buka dan tutup semasa basuh baju. Juga boleh jenguk ke dalam mesin basuh semasa proses membasuh berjalan.

Bunyi agak perlahan dan tak gegar.

Mesin basuh ini mendapat 3 bintang dalam penjimatan eletrik.

Kapasiti mesin basuh automatik ialah 9 kg. Ia mempunyai mode Hijab, direka khas untuk cuci tudung bagi wanita. Mode ini juga dapat elakkan tudung fabrik rosak.

5. Toshiba 7.5KG Inverter Front Load Washing Machine TW-BH85S2M

Mesin basuh jenis THE GREATWAVES™ diinspirasikan dari lukisan terkenal Jepun ‘The Great Wave off Kanagawa’.

Teknologi THE GREATWAVES™ dibangunkan berdasarkan Flush Wave dan Cold Wash, yang membawa kepada prestasi penjimatan dan perlindungan warna yang terbaik untuk pakaian.

Fungsi Cold Wash untuk melindungi warna. Color A live dicipta berdasarkan Cold Wash yang boleh jaga warna pakaian. Tahap penyahwarnaan menurun sebanyak 39% dengan memilih program Color A live.

Mesin basuh yang mendapat banyak perhatian ini diluluskan oleh Institut Penyelidikan Perkakas Elektrik Isi Rumah.

Turut ada fungsi 15 minit Quick Wash untuk jimatkan masa korang membasuh. Fungsi ini penting terutama sekali semasa nak basuh baju dengan kadar cepat.

6. Hitachi 13KG Washing Machine Top Loading Dual Jet SF-130TCV | SF130TCV

Mesin basuh automatik ini mempunyai Ultra Power iaitu cuci 4 langkah.

Meresap secara menyeluruh ke dalam fabrik untuk menghilangkan kotoran degil dengan berkesan sambil mengawal paras air untuk larutkan detergen dalam 4 langkah untuk memaksimumkan kuasa pembersihan pakaian.

Fungsi Powerful Dual Jet untuk membasuhkan baju dalam pelbagai arah supaya dapat maksimunkan kebersihan baju dan menanggalkan kotoran.

Butang kawalan mode mesin basuh ini mudah untuk korang pilih jenis mode basuhan yang korang perlukan.

Tangle-free finish, bertujuan untuk elakkan baju yang dbasuh tersangkut di tepi mesin basuh sampai susah korang nak buka satu per satu.

Fungsi unik Hitachi pula buatkan korang senang nak keluar pakaian dari mesin basuh dan kurangkan kedutan pada pakaian.

7. ELBA Inverter Washer Dry 10Kg EWDC-J1061IN – mesin basuh automatik terbaik

Mesin basuh automatik 2 in 1 ini berkapasiti sebanyak 10kg dan pengering 6kg ruang kapasiti untuk keringkan pakaian.

Teknologi Inverter turut diapply dalam mesin basuh automatik ini.

Mesin basuh ini datang dalam mode hygiene+, stain wash+ dan quick wash feature.

Pintu untuk buka tutup untuk korang basuh baju bersaiz XLL extra large door design 492mm.

Kelajuan 1400rpm setiap pusingan dan pada masa ada 16 jenis mode pencucian berbeza.

Ia datang juga dengan 10 tahun motor waranty dan 1 tahun warranty selagi korang tak hilang resit asal pembelian.

Leave A Reply

Your email address will not be published.