Take a fresh look at your lifestyle.

7 Kipas Siling Terbaik Di Malaysia

0 701

Sekarang ini, penggunaan kipas siling sudah menjadi satu keperluan dan wajib ada pada setiap rumah. Terdapat banyak jenama di pasaran dan kita perlu bijak untuk pilih kipas siling terbaik untuk kediaman kita.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 kipas siling terbaik di Malaysia yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Kipas siling terbaik

1. Khind 60’” 3 Blades Ceiling Fan with Regulator

Kipas dari jenama Khind ini berukuran 60″ (150 cm) dengan 3 bilah logam kipas bersalut powder coated supaya tahan lebih lama

Fius terma keselamatan terbina dalam wayar keselamatan memberi perlindungan tambahan, risiko kipas siling kena litar pintas adalah sangat rendah. 

Motor galas bebola juga dibina di dalam kipas siling ini untuk prestasi dan tahan Lama.

5 bintang diberikan untuk penjimatan tenaga sebab itu kipas siling  dari jenama Khind dianggap terbaik di Malaysia.

Mempunyai kawalan pengawal selia elektronik dengan 5 kelajuan.

2. Mistral Ceiling Fan With Regulator

Kipas siling saiz berukuran 60 inch dengan 3 bilah logam.

Bilah kipas juga bersalut powder coated untuk ketahanan dan tahan karat supaya boleh pakai lama.

Seperti kipas sebelum ini juga, fius terma keselamatan kipas siling Mistral ini dibina di dalam kipas bagi mengelakkan litar pintas. 

Juga dilengkapi kabel keselamatan untuk perlindungan tambahan, incase kalau kerap buka kipas siling pada kelajuan maksimun pada masa yang lama.

Turut dilengkapi dengan motor galas bebola untuk ketahanan tambahan.

Mempunyai kawalan pengawal selia elektronik dengan 5 kelajuan.

Kipas siling terbaik ini juga telah mencapai keperluan C.O.P dan sijil SIRIMnya diluluskan.

3. Panasonic Bayu 5 5-Blade/Bayu 4 4-Blade 1400mm (56 inch) Ceiling Fan F-M14DZ – Kipas siling terbaik

Kipas siling mempunyai dua model berbeza iaitu Bayu 5 dan Bayu 4.

Untuk Panasonic Bayu 5, ia mempunyai reka bentuk 5-Blade untuk pengaliran udara yang lebih baik dan boleh menyejukkan bilik dengan cepat.

Ciri keselamatan yang dipertingkatkan, dan risiko lintar pintas boleh dielakkan.

Kipas siling ini mempunyai alat kawalan jauh. Ia turut ada timer dalam dua mode iaitu mode cuti 1, 3, 6 jam dan mode tidur 3 dan 6 jam.

Kipas siling ini memberikan aliran udara yang kuat dan juga membantu peredaran udara sejuk daripada sistem penghawa dingin. 

Kipas Siling terbaik Panasonic ini turut  menggabungkan teknologi inovatif dengan reka bentuk kontemporari yang cantik.

4. ALPHA Cosa CX 699 56 inch Ceiling Fan with 5 Blades – kipas siling terbaik

Berukuran 56 inch, kipas siling ini cukup besar untuk sejukkan sebuah bilik.

Motor jenis AC digunakan untuk cepatkan bilah kipas berpusing. Ia turut mempunyai 4 tetapan kelajuan berbeza.

Kipas siling ini turut datang dengan alat kawalan jauh IR.

Turut ada fungsi timer – jika korang ingin set masa tertentu untuk kipas ini dan ia akan berhenti bila habis masa. Ini boleh jimatkan bil elektrik daripada melambung tinggi.

Aliran udara unggul yang korang rasa pada kipas siling terbaik ini dan turut ada mode senyap jadi tidak ada bunyi bising motor.

120 – 230 RPM Motor dan 20 – 80 Watt.

5. Twin Pack KDK Ceiling Fan 3 Blade Regulator Type K15V0 (150cm/60″)

Kipas siling DK ini dari negara Jepun.

Kipas siling ini mempunyai motor kondenser penjimatan tenaga, korang boleh buka satu hari tanpa perlu risau bil elektrik melambung tinggi.

Kipas siling ini dipertingkatkan dengan peranti keselamatan terputus dan plat keselamatan bilah, risiko untuk kipas rosak dan terjatuh amat rendah.

Dilengkapi dengan penutup kanopi hiasan heksagon dengan logo timbul.

Bilah kipas yang lebih lebar, lagi besar bilah, lagi sejuk bilik korang.

6. Deka Kronos 56-Inch 5 Blade F5p Ceiling Fan With Remote Control

Kipas siling denga harga bajet ini berukuran 56 inch.

Mengadungi 5 bilah kipas dengan 4 kelajuan berbeza.

Enjin yang digunakan ialah AC motor.

Kipas siling ini diperbuat daripada gun metal dan datang dalam warna hitam.

Ia juga lulus SIRIM, so tak perlu risau kipas siling korang sudah pasti tidak mudah rosak atau terkena litar pintas secara tiba-tiba masa korang guna.

7. Mitsubishi C60-Gy-P-Wh 3 Blade 60Inch Ceiling Fan

Kipas siling daripada jenama Mitsubishi ini mempunyai 3 bilah kipas menawarkan penggunaan kuasa yang rendah dan pengudaraan yang lebih baik.

Kipas siling ini turut mempunyai kecekapan tenaga yang baik dan ada 4 tetapan kelajuan.

Jenis pengawal selia warna putih kipas ini memastikan ia sepadan dengan semua jenis dalaman rumah, tanpa bersaing dengan hiasan lain di dalam bilik korang.

Dapatkan satu untuk rumah korang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.