Take a fresh look at your lifestyle.

5 Drone Terbaik Untuk Beginner

0 1,040

Penggunaan drone semakin popular di Malaysia sebab drone mempunyai fungsi kamera yang boleh diambil dari bahagian atas .

Kelebihan ini membuatkan ia semakin mendapat perhatian ramai terutama sekali bagi mereka yang memerlukan rakaman atau gambar dari pelbagai sudut terutama sekali bahagian atas.

Tidak semua drone yang ada di pasaran mampu menangkap dan merakam gambar atau video dengan resolusi tinggi.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 drone terbaik untuk beginner yang boleh korang cuba.

Nak tahu?

Teruskan bacaaan korang..

Antara Drone Terbaik Yang Ada Di Pasaran

1. PowerVision PowerRay Wizard Underwater Drone with 4K UHD Camera – Drone Terbaik untuk Explore Lautan

Drone ini sangat sesuai untuk korang yang nak explore apa yang ada di laut, sungai, tasik atau kolam takungan yang dalam.

Seiring dengan fungsinya yang istimewa, harga drone ini juga sangat tinggi di dalam senarai ini.

Walaupun harganya sangat tinggi sampai boleh kopek wallet korang, tetap berbaloi kerana ia datang dengan kamera beresolusi 4K UHD. Resolusi kamera ini setanding dengan kamera LDR yang ada di pasaran. Korang boleh nampak lagi jelas apa yang ada di laut, memandangkan air di di dalam laut sangat gelap.

Uniknya, drone ini mempunyai PowerVision PowerRay Wizard bukan seperti drone yang biasa.

Ia juga mempunyai Sonar Fish Finder dan Remote Bait Drop untuk membolehkan korang memancing ikan jenis saiz kecil. 

Drone ini memang terbaik untuk beginner yang nak explorer apa yang di laut tanpa perlu menyelam ke dalam lautan.

2. DJI Tello

Korang takut nak melabur banyak-banyak untuk beli drone?

Korang boleh cuba dapatkan drone ini dengan harga marhaen iaitu DJI Tello Mini.

Drone DJI ini adalah sesuai untuk beginner dan mampu merakam imej berkualiti dengan baik. 

Selain dari mesra poket, ringan dan mudah untuk korang terbangkan, ia juadilengkapi dengan perlindungan perisian untuk pastikan drone ini terbang dalam keadaan selamat.

Drone DJI ini mempunyai ciri unik seperti pusingan 8D dan mod lantun untuk buat pelbagai aksi dan gaya dalam pelbagai arah.

Dari segi kamera, ia mempunyai resolusi 720p yang baik yang stabil dan lancar.

3. DJI Mavic Air 2

Drone DJI Trello ‘adik’ dia, drone DJI Mavic Air adalah ‘abang’ dia.

Drone DJI Mavic Air 2 mempunyai fungsi-fungsi advance dalam bentuknya yang padat berbanding DJI Trello.  

Drone ini mempunyai fungsi penangkapan pintar dan kualiti imej yang sangat baik. Ia terbang dengan selamat, membolehkan korang menikmati pemandangan yang indah yang dirakam oleh drone ini.

Ia juga menyokong penggunaan kad SD dengan ruang kapasiti seperti 64GB, 128GB, dan 256GB untuk korang menyimpan rakaman yang dirakam oleh drone ini. Lepas dah puas rakam, korang boleh masukkan video ke dalam smartphone atau komputer korang.

4. FEO P5 4K Dual Camera Wifi FPV

Satu lagi drone terbaik yang mesra poket korang iaitu FEO P5 4k.

Ia mempunyai fungsi khas untuk mengelakkan daripada terlanggar dinding dengan menggunakan tiga sinar inframerah.

Macam mana fungsi ini berfungsi?

Apabila drone ini terbang pada jarak 1 meter dari halangan seperti dinding, drone ini akan guna cahaya inframerah yang dibawanya untuk mengelakkan halangan tersebut. 

Lengannya juga boleh dilipat, struktur padat, mudah dibawa ke mana-mana yang korang suka.

Drone FEO mempunyai app khas yang tersendiri boleh disambungkan dengan fungsi WIFI, korang boleh ambil gambar atau video melalui kamera telefon dan menghantar imej.  Korang boleh mendapatkan imej yang realistik melalui app ini.

Drone ini datangkan dengan mod tahan ketinggian.  Dengan menetapkan tekanan udara luaran, quadcopter boleh berlegar dengan stabil di udara, menjadikan penangkapan gambar atau video lebih mudah.

5. E88 Rc Drone 4K HD Dual Camera – Drone Terbaik dengan Harga Bajet

Masih mencari drone yang berkualiti dengan harga yang lagi murah?

Jangan risau saya cadangkan korang untuk cuba dapatkan drone ini, yang datang dengan kamera HD dengan harga bajet iaitu E88 Rc Drone 4K Dual Camera.

Drone daripada jenama Novix E88 mempunyai ciri khas kamera 4k memberi hasil resolusi video 1080p atau 2K HD dengan baik.

Carian gambar dan video juga boleh dilakukan secara 90 hingga 180 darjah dengan pemanduan penerbangan yang stabil. 

Masa terbang 15 minit, drone terbaik ini cukup memuaskan hati pengguna dan boleh terbang dengan kawalan sehingga 100 meter. 

Kalau nak buat video travel di Youtube, drone ini boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan untuk korang rakam video pelbagai sudut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.