Take a fresh look at your lifestyle.

Pewangi Kereta Terbaik Dan Tahan Lama – 5 Jenama Pilihan Ramai

0 3,776

Pewangi kereta merupakan antara aksesori penting dan perlu ada dalam sebuah kereta.

Bau wangi dalam kereta boleh menerbitkan rasa seronok dan tenang sepanjang berada di dalam kereta.

Ia juga penting, untuk menghilangkan bau hapak atau bau yang tak selesa pada hidung.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 pewangi kereta terbaik dan tahan lama yang korang patut beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Pewangi Kereta

1. Little Tree Air Freshener – Pewangi Kereta Pilihan Pemandu Grab

Jika korang ada yang buat Uber atau Grab, bolah try pewangi ini.

Little Trees ialah pilihan utama pemandu untuk kenderaan rideshare.

Seikat kecil pewangi ini mampu bertahan lama dan harga pun sangat berpatutan. 

Terdapat 40 jenis pewangi yang korang boleh pilih, tapi yang ramai yang gemarkan Black ice. Sebab baunya yang lembut dan tak keras. 

Bila gantung pewangi ini dalam kereta, korang akan rasa selesa dan tenang kerana baunya tidak tertalu menusuk hidung dan tidak idak terlalu keras.

2. Yankee Candle Car Jar

Korang nak hilangkan bau asap rokok dari kereta korang?

Dah cuba macam-macam pewangi kereta tapi masih lagi ada kesan bau asap rokok… mesti rasa stress kan.

Untuk kes ni, korang boleh cuba guna Yankee candle car jar.

Wangian yang segar dari parfume ini boleh bantu hilangkan bau yang tak selesa dalam kereta terutama bau asap rokok.

3. De’Xandra Air Freshener

Pewangi paling popular ini juga turut mengeluarkan pewangi kereta iaitu De’Xandra Air Freshener.

Ia sesuai digunakan untuk membuang bau busuk dan hapak kerana ia mampu menyerap aroma yang kurang enak di dalam kereta korang.

Pewangi ini mampu membantu meredakan stress dan mengurangkan tekanan, jadikan korang lebih tenang .

Selain itu , ia juga mampu meneutralkan bau dengan cepat, oleh kerana baunya kuat, wangian ini sesuai diletakkan di tempat yang baru dicat untuk kurangkan bau cat.

Pewangi DeXandra ini sesuai digunakan di merata tempat seperti rumah, pejabat dan sebagainya. Nak jadi kan pewangi baju pun boleh juga.

4.Air Wick Freshmatic Auto Spray Fresh – Pewang Kereta Terbaik dengan Fungsi Automatik

Jadikan perjalanan korang selesa dengan Air Wick freshmatic auto apray. 

Pewangi kereta jenis automatik akan menyebur wangian kereta korang secara automatik. Siapa nak senang, boleh guna pewang ini.

Pewang automatik ini menggunakan bateri dan dilengkapi dengan tiga tetapan, membolehkan korang laraskan tahap wangian yang korang nak.  

Terdapat empat jenis pewangi Air Wick yang korang boleh pilih, iaitu lavender, cherry blossom, aqua floral, dan citirus.

Ramai yang sukakan bau Fresh Aqua Floral kerana menerbitkan rasa segar dan tenang yang berpanjangan dalam kereta.

5. Ambi Pur Car Mini Clip Car Air Freshener

Jenama pewangi kereta ini adalah antara yang paling popular di Malaysia.

Ada pelbagai jenis pewangi kereta yang dihasilkan Ambi Pur, tapi yang paling saya recommend ialah Ambi Pur car mini clip.

Ia mudah digunakan dalam kereta.

Korang cuma pasangkannya pada lubang aircond atau selitkan di mana-mana sahaja yang korang selesa di dalam kereta.

Pewangi Ambi Pur boleh dilaraskan tahap bau dengan mudah menggunakan butang slaid. Jika nak jimat, boleh pakai yang paling low sahaja.

Lagi best, pewangi kereta Ambi Pur ini mampu bertahan sehingga 60 hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.