Take a fresh look at your lifestyle.

Toner Muka Untuk Kulit Berjerawat – 5 Jenama Terbaik

0 213

Toner muka merupakan satu produk skincare yang boleh dikatakan wajib selepas pencuci muka.

Kebanyakan ia mengandungi bahan aktif yang boleh membantu menghilangkan kotoran, minyak dan sisa make up serta membantu merawat jerawat.

Ia juga membantu menambahkan kelembapan pada kulit wajah kita selepas mencuci muka.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 toner terbaik yang boleh korang beli untuk hilangkan jerawat.

Nak tahu?

Teruskan bacaan..

Toner untuk kulit jerawat

1. Aesop In Two Minds Facial Toner

Toner muka ini dicipta untuk korang yang ada masalah jerawat, Aesop In Two Minds Facial Toner membantu menyelesaikan proses pembersihan sambil menenangkan dan mengimbangi kulit secara serentak.  

Ia dirumus dengan niacinamide, hazel, dan chamomile bud untuk membantu menghidratkan kulit, toner ini ditambah dengan witch hazel dan teh hijau untuk meningkatkan antiokisidan.

Boleh menghilangkan jerawat dan mencegah keradangan, serta mengurangkan minyak dari zon T korang. 

Toner ini diperbuat daripada vegan dan mengandungi bau bunga yang menyegarkan. Fungsi kedua-dua bahan ini boleh membangkitkan mood yang baik.

2.O NE THING Houttuynia Cordata Extract Toner – Toner muka Terbaik dari Korea

ONE THING Houttuynia Cordata Extract Toner ialah toner yang diperbuat daripada ekstrak Houttuynia Cordata untuk membantu memperbaiki kulit yang bermasalah. 

Seperti namanya, ia diekstrak daripada houttuynia cordata, iaitu sejenis tumbuhan yang mempunyai ciri antivirus, antibakteria, anti-radang dan antioksidan.

Apabila korang sapu toner pada kulit muka korang, ia merawat jerawat dengan membaiki masalah sensitif, menghapuskan mikrob dan bakteria, dan menyuburkan kulit.  

Ia terbukti dapat memperbaiki kulit yang bermasalah selepas guna konsisten beberapa hari, sebab itu ia mencatatkan jualan melebihi 3K di Shopee!

3. The Body Shop® Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner

Jika korang nak toner yang diperbuat daripada bahan semulajadi, korang boleh cuba guna toner muka The Body Shop Tea Tree yang menggunakan ekstrak pokok teh. 

Pokok teh adalah bahan biasa digunakan dalam kosmetik dan mempunyai banyak manfaat seperti pembersihan dan mmebantu pertumbuhan semula kulit. 

Ini adalah toner yang berkualiti serta boleh menjadi penyelesaian terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Gunakan secara konsisten korang akan nampak hasilnya.

4. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment – Toner Muka Untuk Yang Liang Pori Tersumbat

Untuk yang ada masalah liang pori tersumbat, korang boleh try toner ini.

Ia menggunakan cara pengelupasan untuk menghilangkan jerawat yang ada di kulit muka korang walaupun kulit muka korang kering. 

Ia mengandungi air kulit willow dan air epal untuk mengangkat sel-sel kulit mati dan sebum dengan lembut untuk mendapatkan kulit yang bersih dan licin. 

5. Swissvita Acne Solution Skin Balancing Toner – Toner muka untuk Kulit Jerawat, Kulit Kemerahan dan Jeragat

Toner untuk semua masalah jerawat dalam satu yang mengandungi formula penghidratan yang boleh membersihkan jerawat, memperbaiki sel kulit muka dan meningkatkan penyembuhan kulit muka dari dalam.

Ia dirumus dengan ekstrak herba willow organik, zink laktat, ekstrak tumbuhan penitensi dan lain-lain untuk membantu memerangi jerawat sambil mengekalkan tahap kelembapan kulit muka korang.  

Toner Swissvita bebas alkohol yang boleh memperbaiki kemerahan, jeragat dan pori tersumbat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.