Take a fresh look at your lifestyle.

7  Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2022

0 699

Penggunaan krim malam adalah sangat penting untuk mereka yang menitik beratkan soal kecantikan.

Sebab utama ramai wanita menggunakan krim malam ni adalah ia boleh cepatkan rawatan sel kulit wajah semasa kita tidur. Proses ini sangat penting untuk mengurangkan tanda penuaan.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 krim malam terbaik yang korang boleh dapatkan.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Krim Malam Terbaik

1. Eucerin White Therapy Night Cream

Krim Eucerin ini terbukti secara klinikal, ia mampu untuk kurangkan bintik-bintik gelap dan tona kulit tidak sekata yang disebabkan oleh gangguan hormon yang tak stabil.

Ia mengandungi B-Resorcinol untuk mengurangkan pengeluaran melanin, sejenis bakteria yang menyebabkan kulit muka keluar jerawat dan juga kurangkan hiperpigmentasi.

Ia juga mengandungi asid Glycyrrhetinic untuk membaiki kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari. 

Selain itu, krim ini diperkaya dengan dexpanthenol yang mampu melembapkan kulit muka secara intensif sambil meningkatkan proses membaiki semula kulit semasa kita sedang tidur.

Dalam masa empat minggu dah boleh nampak hasil.

Kulit  akan nampak lebih cerah, lebih sekata, dan terus bertambah baik dari semasa ke semasa selagi korang guna krim Eucerin ini.

2. Hada Labo Premium Hydrating Night Cream – Krim Malam Terbaik daripada Jepun

Krim Hada Labo Premium Hydrating Cream ini ialah krim ringan, mudah meresap serta-merta ke dalam kulit muka supaya cepat berkesan.

Ia menghidrat secara mendalam dan menegangkan wajah, menjadikan kulit muka lebih licin, tegang dan anjal seperti artis Jepun.

Ekstrak kafein dalam krim Hada Labo berfungsi untuk membantu melancarkan peredaran darah, kurangkan kemerahan kulit dan melindungi kulit muka daripada cuaca yang teruk.

Selain itu, ia ditambah dengan kolagen untuk membantu meningkatkan keanjalan kulit supaya kulit muka nampak lebih tegang dan muda remaja.

Kandungan peptida dalam krim Hada Labo ini untuk membantu meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membaiki kontur kulit muka dan meminimumkan garis-garis halus yang timbul.

Krim Hada Labo ini mengandungi 5 HA, iaitu gabungan Super HA, HA bersaiz Sederhana, HA bersaiz kecil, HA 3D dan Nano HA.

Ini bertujuan untuk melembapkan kulit muka secara mendalam dari permukaan ke lapisan kulit dalam supaya kulit muka kekal lembut, licin dan anjal.

Selain mampu seimbangkan pH kulit, ia juga bebas alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral.

Cara nak guna krim ini adalah picit krim ini sedikit, dan sapu rata pada muka dan leher.  Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit. Guna dua kali sehari untuk hasil terbaik.

3. Himalaya Revitalizing Night Cream – Krim Malam pilihan ramai sejak tahun 1930

Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream ialah krim malam mewah yang  berfungsi melakukan proses pembaharuan semulajadi kulit muka semasa korang tengah tidur.

Krim ini mempunyai tiga kelebihan penting iaitu menjadikan kulit lembut, anjal dan meremajakan kulit muka.

Selain itu, ia akan memperbaharui sel kulit, menghidratkan kulit, dan juga membaiki kulit. 

Krim muka Himalaya ini mengandungi White Lily yang kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dan menjadikan kulit muka lembap dan segar.

Selain itu, krim malam Himalaya ini juga mengandungi khasiat dari buah tomato yang kaya dengan flavonoid dan AHA (Alpha Hydroxy Acids) yang membantu dalam pembaharuan sel kulit muka yang mati.

Cara nak guna ialah urut Revitalizing Night Cream dengan lembut pada muka yang telah dicuci pada waktu malam sebelum nak tidur. Untuk dapatkan hasil terbaik, gunakan setiap hari.

Krim ini diuji secara dermatologi (diuji oleh ahli pakar kulit), bebas daripada minyak mineral, paraben, dan hypoallergenic.

4. L’oreal Paris Revitalift Night Cream

Angkat, tegang dan gebukan kulit korang semalaman dengan Krim L’oreal Revitalift!

Ia menggunakan teknologi DermaLift baharu digabungkan dengan Pro-Retinol A.

Krim ini membantu mengurangkan kedutan dan merangsang pertumbuhan semula kulit. 

Dengan tekstur yang kaya dan berkrim yang berkesan meresap jauh ke dalam kulit supaya kulit kekal lembut dan licin. 

Krim L’oreal ini mengandungi Dermalift yang membantu mengangkat dan menegangkan semula kulit.

Selain itu, ia turut mengandungi Pro-Retinol A berfungsi untuk merangsang pembaharuan sel kulit muka untuk menebal epidermis (lapisan sel yang ada kulit muka) untuk mengurangkan kedutan.

Krim ini juga ditambah dengan Centella  Asiatica berfungai untuk membantu meningkatkan ketumpatan dan kegebuan pada kulit muka.

Cara nak gunakan krim L’oreal adalah sapukan setiap pagi pada muka dan leher selepas membersihkan muka.

5. Garnier Light Complete Night Cream

Jenama kecantikan yang popular seperti Garnier telah memperkenalkan krim malam yang berfungsi untuk mencerahkan tekstur kulit secara keseluruhan.

Krim Garnier ini mampu nenyegarkan dan mencerahkan kulit muka. Paling bagusnya ia mudah meresap. Jangan terkejut lepas konsistent pakai krim ni, bila bangun pagi kulit korang rasa lebih lembut dan segar dari biasa.

Nak dapat hasil terbaik, boleh guna krim Garnier dengan Garnier Light Complete Day. Krim siang ini juga mengandungi perlindungan UV, manakala krim malam mempunyai tekstur yang kaya sesuai untuk melembapan kulit muka korang.

Selain itu, krim malam ini mampu menyuburkan kulit untuk membaiki sel yang rosak, serta mencerahkan dan menanggalkan sel kulit mati pada kulit muka semasa tidur.

Ia juga mampu merawat kulit muka kusam, sel-sel kulit mati, mencerahkan bintik-bintik dan tona kulit.

6. Olay Total Effects 7 In One Night Cream

Krim malam 7-dalam-1 daripada Olay ini adalah pilihan terbaik untuk yang ingin kekal awet muda. Ia telah diuji keberkesanannya untuk anti penuaan.

Diperkaya dengan vitamin supaya kulit muka kelihatan muda, lembut, segar dan lembap.

Ia juga membantu memulihkan kulit yang nampak kusam supaya kelihatan berseri.

7. Nurish Organiq Brightening Night Cream

Krim Nurish Organiq Brighetening Night Cream dibuat untuk memberikan 4 kali ganda tindakan pemutihan pada kulit muka.

Krim Nurish ini diperkaya dengan Frangipani untuk meningkatkan anti-oksidan secara semulajadi yang membantu mencerahkan tona kulit, menghidrat dan memulihkan kelembapan kulit muka.

Selain itu, ia mengandungi Hibiscus, AHA semulajadi untuk membuang sel-sel mati dengan lembut, memperbaiki sel-sel baru dan mencerahkan kulit muka.

Bilberry ditambah ke dalam krim ini berfungsi sebagi agen pencerah semulajadi dan membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit muka.

Ia digabung dengan timun sebagai agen penapisan pori-pori semulajadi yang membantu melicinkan kulit, mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit yang lebih cerah.

Cara penggunaan krim Nurish adalah sapu perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher, urut dalam gerakan membulat. 

Disyorkan untuk digunakan bersama produk pencerahan Nurish Organiq.  Gunakan pada waktu malam. Krim malam ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.