Take a fresh look at your lifestyle.

7  Cat Rumah Terbaik Dan Modern Pilihan Ramai

0 830

Warna cat rumah adalah sangat penting.

Pemilihan warna dan cat yang betul akan membuatkan ruang yang sempit nampak luas, ceria dan cerah.

Pemilihan warna yang betul juga akan menerbitkan aura yang tersendiri.

Sebab itulah untuk yang nak menghias dan mencantikkan rumah, mereka akan pilih cat yang berkualiti dan warna yang betul

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 jenis cat terbaik dan modern pilihan ramai yang korang boleh cuba.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Jenama Cat Rumah Terbaik

1. Dulux Inspire Interior Smooth Sheen

Dulux Inspire Interior ialah cat dengan emulsi berkualiti, tahan lasak dan boleh dibasuh dengan Teknologi Chroma Brite advance

Teknologi ini memastikan rumah korang kelihatan segar dan baru untuk jangka masa yang lebih lama.  

Dulux Inspire juga dianggap terbaik kerana memberikan kekemasan kilauan licin dan memberikan liputan yang baik.

Ia turut mendapat pengesahan daripada label SIRIM dan label Hijau Singapura.

Dulux Inspire sesuai untuk semua permukaan dinding dan siling untuk rumah korang.

Cat rumah terbaik dari Dulux ini dapat memberi kemasan pertengahan kilauan yang menarik.

2.J otun Jotaplust Max

Jotaplast Max ialah cat emulsi akrilik yang berkualiti untuk dinding dan siling rumah.  

Ia mudah digunakan, memberikan hasil yang baik dan konsisten.

Ada pelbagai rangkaian warna yang menarik.

Jotaplast Max adalah cat rumah terbaik kerana 100% bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti APEO, formaldehid dan logam berat.

Produk ini diperakui Label Hijau Singapura.

3. Mr. Paint Man Mirror Gloss

Mr. Paint Man Mirror Gloss dirumus dengan enamel berprestasi tinggi dan gred premium. Ini menjadikan ia cat rumah pilihan ramai.

Sesuai untuk digunakan pada semua jenis permukaan kayu dan logam. 

Ia memberikan kemasan berkilat tinggi yang lasak seperti cermin.

Ia mampu melindungi permukaan kayu daripada luluhawa dan kulat dengan sangat baik.

Ia juga sesuai untuk permukaan kayu dalaman dan luaran yang baharu atau yang dicat sebelum ini (pintu, tingkap) dan logam (grill, pagar) yang memerlukan kemasan berkilat tinggi yang tahan lasak.

Mr Paint Man mampu mengekalan kilauan, ketahanan kulat, mengekalan warna agar tahan lama.

4. Nippon Paint Vinilex Easywash Interior Wall

Cat rumah jenis ini sesuai untuk kegunaan dalam kediaman.

Kemasan matt klasik yang sangat halus dianggap cat rumah terbaik untuk korang kerana ia kurang bau hapak, VOC rendah dan bebas Alkyd Phenol Ethoxylate Plumbum dan merkuri.

Harga pun mampu milik.

Yang paling best, jadi apabila berlaku contengan pensil atau marker pen, korang boleh basuh guna kain sahaja.

Biasa untuk yang ada anak kecil, mereka akan prefer cat jenis ini.

5. Seamaster Paint Wall-Tex 

Cat rumah daripada Seamaster ini memberikan kesan kekemasan matt yang cantik untuk permukaan dinding bahagian dalam.

Cat ini mempunyai ketahanan kulat dan alga yang baik.

Selain itu, ia mempunyai julat warna yang menarik, dan boleh menyembunyikan ketidaksempurnaan permukaan seperti cat lama yang ada di dinding sebelum ini.

Sesuai untuk kegunaan bangunan dan pengubahsuaian bilik.

Ia diformulasi dengan cat emulsi kopolimer yang ekonomik tetapi berkualiti tinggi. Ia mampu menjadikan persekitaran rumah korang kelihatan moden.

6. Colourland Paints PUTimber 

Satu lagi cat rumah terbaik untuk rumah jenis kayu atau kampung yang korang boleh guna. 

Ia diperbuat daripada Varnis berpigmen yang merupakan formulasi pengeringan udara berasaskan Poliuretana ( PU ) khas,

Ia juga dirumus khas untuk meningkatkan keindahan semula jadi kayu dan melindunginya daripada reput

Ia sesuai digunakan pada semua jenis kayu keras dan lembut yang baru atau yang dirawat sebelum ini.

Sangat disyorkan untuk digunakan pada perabot, panel pintu dan lantai parket.

7. Sancora Paint I-Emulsion 

I-Emulsion ialah cat rumah terbaik dan berbaloi untuk wang korang. Cat ini diperbuat daripada emulsi dalaman kopolimer akrilik.

Ia dirumus untuk melindungi dan menghias dinding dalaman dan permukaan siling.

Ia mempunyai 45 warna berbeza yang menarik seperti turret brown, mocha brown, caramel dan banyak lagi warna lain.

Cat rumah ini datang dalam isi 15L dalam satu tin.

Leave A Reply

Your email address will not be published.