Take a fresh look at your lifestyle.

7 Air Fryer Terbaik di Malaysia 2022

0 2

Air fryer terbaik adalah pilihan suri rumah.

Terlalu banyak iklan berkenaan air fryer di TV atau di media sosial, membuatkan kebanyakan suri rumah merasakannya ia satu keperluan.

Iye betul… sebab fungsinya yang sangat bagus dan berbagai menjadikan ia sangat popular di kalangan suri rumah moden ni.

Sebagai pengganti kuali tanpa minyak, kegunaan utama air fryer adalah untuk menggoreng makanan seperti ayam, kentang dan macam-macam lagi.

Ia berfungsi menggunakan peredaran udara panas di sekeliling.

Paling penting, ia menghasilkan bahagian kulit luar yang rangup sama seperti digoreng.

Ada juga yang guna untuk kek, pun boleh juga. ikut kreativiti masing-masing.

Air Fryer Terbaik Pilihan Suri Rumah

1. Philips Apecter Air Fryer Essential HD9200

Air fryer terbaru daripada Philips iaitu Philips HD9200.

Ia datang dengan pelbagai fungsi, korang boleh masak, panggang, rebus, atau panaskan makanan yang korang dah masak.

Ia ada temperature control timer, auto shut off, dan banyak lagi.

Penggunaan kuasanya agak rendah, iaitu 1400kW, memang jimat elektrik.

Datang dengan saiz ialah 4.1L cukup besar untuk korang masak dengan jumlah yang banyak.

2.Khind Air Fryer ARF3000

Khind Air Fryer ARF3000 menonjolkan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi, yang boleh memasak dengan lebih sihat tanpa menggunakan minyak.

Mempunyai lapan settings untuk korang terus guna. 

Bakul goreng air fryer jenama ini datang dalam saiz 3Liter, cukup besar untuk keluarga besar, manakala bakul kek 1.3L.

Ia mempunyai skrin sensitif sentuh dengan paparan digital.

Menampilkan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi, yang membantu meminimumkan minyak dan membolehkan korang memasak makanan dengan sihat.

3. Haier HA-AF253 Air Frayer

Haier HA-AF253 ialah air fryer versi digital dengan paparan digital LED mesra pengguna yang boleh korang kawal dengan satu sentuhan butang.  

Ia juga ada teknologi peredaran udara panas berkelajuan tinggi 360 darjah. Proses memasak hanya ambil masa beberapa minit sahaja, tapi hasilnya macam korang goreng.

Ia menggunakan teknologi peredaran udara panas berkelajuan tinggi untuk memastikan kerangupan maksimum.

Ia mempunyai tujuh jenis mod memasak yang korang boleh pilih, termasuk kentang goreng, panggang, udang, kek, ayam, stik dan ikan.

4. Pensonic Air Fryer PDF-2201

Jenama dari Pensonic PDF-2201 – boleh masak makanan berkhasiat tanpa hilang kualiti rasanya. 

Datang dengan output kuasa 1200-1400W dan peredaran udara berkelajuan tinggi serta teknologi memasak tanpa minyak. Proses memasak juga sangat cepat.

Suhu air fryer juga boleh di adjust ikut jenis makanan.

Ia turut diperbuat daripada keluli tahan karat. Design dan kombinasi warna juga sangat menarik.

5. Elba Air Fryer Sigital EAF-G3014 (WH)

Elba Air Fryer Digital EAF-G3014 (WH) mempunyai kapasiti 3.0L, cukup sesuai untuk mereka yang mempunya keluarga besar.

Mempunyai pelbagai mod memasak yang korang boleh pilih, seperti menggoreng tanpa minyak, memanggang, dan membakar.

Ia ada teknologi peredaran udara panas 360 darjah berkelajuan tinggi. Ia ada bakul menggoreng yang boleh dicabut, yang menjadikannya lebih senang untuk korang bersih.

6. Tefal Actifry Express Multifunction Air Fryer 1.2kg FZ7510

Datang dengan pelbagai fungsi, Tefal actifry express 1.2kg FZ7510 amat udah untuk menggoreng apa sahaja makanan kegemaran korang.  

Korang boleh sedia hidangan penuh untuk seluruh keluarga korang dengan kapasiti 1kg.

Ia sangat mudah digunakan.

Bahagian dalam air fryer ini seperti mangkuk boleh di basuh dalam mein basuh pinggan.

7. Morgan Air Fryer MAF-MINI 2 Air Fryer 2.0L

Morgan Air Fryer MAF-MINI 2 AIR FRYER 2.0L membuktikan bukan sahaja mesra poket korang, tetapi juga padat dengan semua kemudahan yang ada pada air fryer terbaik dan mewah yang lain.

Dengan sistem peredaran udara yang pantas, hidangan korang menjadi kurang berminyak, rangup dan sudah tentu masakan korang lebih berkhasiat.

Ia dilengkapi dengan tempat pemanggang dan menggoreng, jadi korang boleh masak mana-mana jenis daging yang korang nak. 

Dengan setting masa sehingga 30 minit, masakan akan masak dengan sempurna.

Khas untuk wanita lepas bersalin

yang nak

kempiskan perut 

dalam 3-7 hari sahaja

dalam 3-7 hari sahaja

 KEMPISKAN PERUT

Leave A Reply

Your email address will not be published.