Take a fresh look at your lifestyle.

9 Produk Hilangkan Jeragat Terbaik Di Malaysia

0 5,983

Jeragat memang jadi ketakutan bagi wanita selain daripada jerawat. Terdapat banyak produk untuk hilangkan jeragat di pasaran.

Antara sebab kemunculan jeragat di wajah adalah disebabkan oleh faktor usia dan skin care atau make up yang digunakan.

Bila jeragat dah mula muncul, wajah akan kelihatan kusam dan nampak lebih tua dari usia sebenar.

Di bawah ini saya senaraikan 9 produk hilangkan jeragat yang terbaik di Malaysia

Teruskan bacaan korang..

Produk Hilangkan Jeragat

1. Garnier Light Complete Whitening Serum Cream SPF1

Formula yang diupgrade dengan 3X vitamin C dan lemon segar Yuzu daripada Jepun.

Light Complete Whitening Serum Cream SPF36/PA+++ membantu menyekatakan tona kulit korang, dan naikkan seri wajah untuk kulit muka yang lebih cerah, mencapai 3 tona lebih cerah dalam 3 hari.

Krim serum dengan tekstur ringan dan penyerapan pantas, dengan formula perlindungan matahari SPF36++.

Cara nak guna senang sahaja, cuma sapukan rata pada muka & leher korang. Elakkan terkena pada mata.

2. Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15 

Krim ni memang best. Yang penting kulit wajah nampak skin healthy, shining & glowing.

Nak guna malam pun boleh juga. Sapu pada kawasan berparut & jeragat. Slowly akan nampak pudar. Makin lama pakai, kulit wajah akan jadi lebih cerah sebab dalam ni ada spf 15, whitening & ekstrak mutiara.

Krim ini dapat bantu untuk hilangkan jeragat dan jerawat . Kulit wajah kelihatan cerah, sekata dan berseri selepas pemakaian yang konsisten.

3. Eucerin Soothing Cream Body Lotion

Produk ini sesuai di gunakan di muka dan juga di badan.

Lotion ini mengandungi 12% asid lemak Omega-6 untuk rawat kulit muka yang kering dan bermasalah.

Ia juga turut melembutkan kulit dan menjadikan kulit kembali sihat dan segar.

Krim ini terbukti klinikal dan sesuai juga dipakai untuk baby. Ia bebas pewarna, pewangi, dan paraben tambahan.

4. Shaklee Youth Age Defense Moisturizer SPF50

Satu-satunya produk hilangkan jeragat yang boleh bertindak 3 cara sebagai Moisturizer, sun block , dan primer.

Bagus digunakan untuk mekap nampak licin dan glowing.

Krim ini ada spf 50 dengan broad spectrum sunscreen untuk menapis sinar UV dan UVB yang boleh rosakkan kulit wajah.

Kelebihan krim ini ada broad spectrum, organik, diuji klinikal, 8 tahun kajian, dan 100% vegan.

Ia juga boleh berfungsi sebagai toner. Mosturizer ada polifenol dari muscadine grape yg memang sangat bagus untuk nutrisi kulit.

Bahan-bahan dalam lotion in ialah SPF 50, vital repair (organik), dan muscadine grape exract, yang boleh bantu kulit sentiasa lembap dan lindungi dari sinar matahari.

5. Nivea Extra White Repair Pore Minimiser Night Cream

Untuk yang hadapai masalah kulit lebih kusam dengan pori yang lebih besar, boleh guna produk dari Nivea ni.

Krim ini boleh kurangkan bintik-bintik gelap dan menghaluskan pori-pori tanpa menipiskan kulit wajah. Kulit lebih cerah dan berseri dalam masa 7 hari.

Produk yang diformula dengan pearl whitening complex 10X lebih berkesan untuk merawat masalah jeragat, kulit kusam berbanding vitamin C.

Krim ini juga mudah diserap dan akan kekal kelembapan dan lembut pada muka.

Cara nak guna sapukan perlahan-lahan pada muka dan leher dengan urut dalam bulatan kecil ke atas sambil mengelakkan kawasan mata.

6. Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream

Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream ialah krim harian yang ringan dan tak berminyak.

Krim ini diperkaya dengan aloe vera, berfungsi untuk lembapkan muka. Selain itu, ia turut ditambah dengan winter cherry dan ekstrak indian kino tree untuk lindungi muka daripada cuaca kering.

Antara bahan yang digunakan krim ini ialah Aloe vera (Barbados Aloe, Kumari), Pterocarpus marcupium (Indian Kino Tree, Bijaka, Whitanic Somnifera (White Cherry, Ashvagandha) Centella Asiatica (Indian Pennywort, Mandukaparni).

7. Wardah Crystal Secret

Formula yang diguna dalam Wardah Crystal Secret boleh membantu untuk cerahkan lagi muka.

Ia juga melembapkan kulit muka.  Sesuai untuk semua jenis kulit muka.

Cara nak guna dengan sapu pada muka dan leher dan elekkan kena kawasana mata.

8. L’Oréal Paris Revitalift Triple Action Day Cream

Dengan masa berlalu tanpa sedar, umur makin meningkat, tanpa sedar munculnya jeragat di muka

Penggunaan L’Oreal iaitu L’Oréal Paris Revitalift Triple Action Day bleh membantu memudarkan dan menghilangkan jeragat dengan penggunaan yang konsisten.

Krim ini bantu lembapkan dan segarkan semula kulit supaya nampak lembut dan segar.

Ia turut baiki tesktur muka korang untuk nampak lagi natural.

9. Meladerm Pigment Correction

Meladerm® mengandungi lebih 10 bahan termaju yang mencerahkan kulit dan mengurangkan penampilan hiperpigmentasi macam bintik-bintik, jerawat, melasma (iaitu sejenis topak hitam), dan tona kulit tidak sekata.

Penggunaan Meladerm boleh bantu rawat masalah kulit muka yang disebabkan oleh faktor seperti umur, jerawat, sinaran matahari dan kehamilan. 

Meladerm berfungsi dengan menggabungkan ciri-ciri terdokumentasi dengan baik dari bahan-bahan pencerah kulit yang paling berkesan. Banyak bahan utama dalam formula diperoleh daripada ekstrak semulajadi seperti tumbuhan Mulberi, Likuoris dan Bearberry. 

Meladerm tidak ada hidrokuinon, merkuri, steroid atau bahan peluntur keras yang lain. Ia selamat untuk dipakai.

Meladerm pigment correction turut ada set yang tersendiri iaitu Firm and Renew 50ml untuk hilangkan garis dan jerawat, Facial Moisturizer 50ml untuk lembapkan semua jenis kulit, dan AHA Exfoliating 30ml untuk cepatkan proses pembaharuan kulit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.