Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Mesin Potong Rumput Terbaik Di Malaysia

0 2,314

Kebanyakan orang kita lebih prefer untuk upah pekerja untuk kerja-kerja mesin atau potong rumput. Sebab alasannya tak ada masa atau tak ada mesin potong rumput

Sekali upah dalam RM80 ke atas, bergantung pada keluasan kawasan.

Tapi sebenarnya, kerja mesin rumput ni senang sahaja jika buat sendiri. Hanya perlu ada mesin dan yang paling penting kena ada kerajinan.

Jimat sebenarnya jika buat sendiri.

Harga mesin potong rumput pun tak lah mahal sangat. Boleh beli ikut budget masing-masing.

Dalam artikel, saya senaraikan 7 jenama mesin potong rumput terbaik di Malaysia untuk korang semua.

Mesin Potong Rumput Terbaik

1. Black & Decker BEM451BH Electric Lawn Mover 1200W

Jenama Black + Decker dengan 1200W 32CM kuasa dan reka bentuk pemegang baharu yang ergonomik.

Reka bentuk bilah pula berprestasi tinggi memberikan koleksi 80% lebih baik dan prestasi pemotongan keseluruhan yang baik.

Sesuai untuk potong rumput kecil sehingga 300m², bersamaan dengan 1.5 gelanggang tenis

Ia padat dan ringan. Boleh disimpan dengan mudah. Saiz kotak pula ialah 35L, ia boleh mengumpul lebih banyak rumput dan mengurangkan masa pengosongan.

Penunjuk inutif berfungsi untuk memberitahu korang bila beg pengumpulan rumput sudah penuh dan perlu dikosongkan.

Boleh tukar ketinggian dengan mudah pada axel roda. Juga didatangkan bersama pemegang bersepadu pada dek menjadikan ia senang dibawa.

2. Einhell Electric Lawn Mower BG-EM 1437

Jenama mesin potong rumput Rotary Einhell BG-EM 1437 ialah mesin berputar elektrik yang kuat dan boleh dikendalikan dengan lebar pemotongan 37cm, pelepasan belakang dan kotak kumpulan rumput berkapasiti 36 liter yang besar. 

Setiap roda boleh dilaraskan kepada tiga ketinggian pemotongan iaitu 25, 42.5, dan 60mm.

Pemegang panjang boleh lipat sangat berguna semasa proses penyimpanan. Ia mempunyai roda besar yang melindungi rumput. 

Klip pelega kabel melindungi kabel semasa digunakan.

Disyorkan untuk kawasan rumput sehingga 500 meter persegi, ia dikuasakan oleh motor 1,400 watt. Mesin pemotong rumput ini teguh dan tahan lama.

3. Ogawa LT20F Lawn Mower Brush Cutter

Mesin potong rumput ini dalam versi zaman dulu kala.

Kebaikan mesin rumput ini ialah – jimat minyak.

Ia datang dengan pemengang mudah alih dan mudah disimpan.

Ia turut ada bar penyimbang untuk korang potong rumput di tempat yang luas atau di tempat yang sempit.

4. Manual Hand Push Lawn Mower Brush Cutter Rotary Mover With Grass Basket

Mesin potong rumput yang jimat, sebab tak menggunakan minyak.

Mesin rumput ini mempunyai lebar pemotongan iaitu 300 mm / 12 ” atau 400mm / 16″ atau 450mm / 18″. Ketinggian pemotongan ini ialah 17mm – 31mm dan ukaran saiz roda pula ialah 205mm.

Ia turut ada pemengang yang kukuh dan ada beg rumput berkapisiti 4 liter datang dengan rantai sokongan.

Mesin rumput ini diperbuat daripada 100% keluli, jadi memang tahan karat.

5. OGAWA XT16BG Gasoline Lawn Mover

Satu lagi jenama mesin rumput terbaik dari Ogawa.

Mesin rumput ini mempunyai teknologi OHV. Prestasi yang dioptimumkan yang memberikan hayat enjin yang lebih lama dan penjimatan bahan api yang lebih baik.

Mesin rumput ini turut ada ketinggian pemotongan boleh laras. Sesuai untuk rumput permaidani (rumput taiwan dan lain-lain). Mudah dibersihkan dan tidak kucar-kacir.

Berat mesin rumput ini hanya 23 kg. Pisau pemotong ialah jenis straight blend knife. Yang bagusnya, rumput yang dipotong tidak beterbangan merata.

6. Keelat 388V/288V/188V Mesin Rumput Cordless Grass Cutter Trimmer Rechargeable Battery

Mesin potong rumput yang simple, manual tetapi modern.

Reka bentuk bateri litium tanpa wayar, penggunaan tenaga yang rendah dan bunyi yang rendah. Ia mempunyai pengawal rumput untuk mengelakkan rumput daripada terpercik merata.

Mesin rumput ini mempunyai satu butang khas untuk melaraskan panjang dengan mudah daripada 92 cm kepada 122 cm agar sesuai dengan ketinggian dan postur pengguna.

Sangat mudah digunakan kerana ia sangat ringan dan fleksibel.

Motor berkuasa 450 W dengan 2 pcs bateri Litium-Ion boleh dicas semula.

Dengan adanya mesin rumput seperti ini, kerja memotong rumput akan jadi lebih seronok dan mudah

7. STIHL Germany Heavy Duty Backpack Brush Cutter FR 3001-2 Stroke

STIHL ialah jenama mesin rumput yang biasa dipakai.

Bila menggunakan mesin potong rumput jenis ini, korang perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan kerana terkadang berlaku percikan rumput atau batu.

Mesin rumput mempunyai ketahanan tinggi dan dan tahan lama. Alat ganti juga mudah dicari dan harganya juga agak murah berbanding yang lain.

Ia juga ringan dan selesa untuk digunakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.