Take a fresh look at your lifestyle.

5 Peti Sejuk Murah Dan Terbaik Harga Bawah RM1000

0 71

Peti sejuk atau lebih dikenali dengan nama peti ais dah jadi keperluan kita sekarang terutama suri rumah. Kalau jumpa peti sejuk murah dan terbaik lagi bagus.

Ia sangat penting untuk simpan barang basah seperti lauk pauk dan sayuran yang masihh mentah. Tanpanya kita terpaksa beli barang basah setiap hari.

Cuma, kebanyakan peti sejuk harganya agak mahal.

Untuk mudahkan korang, saya senaraikan beberapa jenama peti sejuk yang berkualiti dan tahan lama yang harganya bawah RM1000.

Semoga dapat bantu korang semua buat pemilihan yang tepat untuk rumah korang.

Jom baca sini…

Teruskan bacaan korang di sini..

Peti Sejuk Murah Dan Terbaik

1. Samsung One Door Refrigerator 185L – Peti sejuk murah pilihan ramai

Peti sejuk terbaik dari jenama Samsung ini mempunyai reka bentuk mahkota yang bergaya dan ada pelbagai pilihan warna. 

Ia melengkung, bentuk atas seakan bulat, tanpa sebarang pintu tambahan, menambahkan kekemasan dan elegan dapur korang.

Peti sejuk ini berfungsi dengan sangat mantap dan boleh dipercayai serta menghalang kerosakan elektrik atau pintasan jika terdapat sebarang turun naik voltan.

Jika kadar elektrik meningkat terlalu banyak, ia secara automatik akan potong bekalan kuasanya.

Peti sejuk ini mempunyai rak kaca kukuh yang direka bentuk dan diuji untuk menahan berat sehingga 150kg dengan selamat.

Jadi, walaupun korang simpan sayur-sayuran berat, atau hidangan yang disediakan dalam periuk dan mangkuk berat boleh disimpan sejuk.

Peti sejuk ini turut ada mod gasket anti bakteria yang membantu memastikan pelapik pintu bersih dan menghalang pembentukan kulat dan bakteria di dalam peti sejuk.

Peti sejuk ini mempunyai kotak khas iaitu kotak vege berkapasiti besar untuk korang simpan semua sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Hisense Single Door Refrigerator

Peti sejuk terbaik yang jimat ruang RR120 menyediakan Kapasiti Storan 170L dengan hanya mengambil sebahagian kecil ruang dari dapur atau pejabat korang.

Peti sejuk ini mempunyai fungsi termostat boleh larat dengan 8 julat suhu untuk keperluan korang.

Selain itu, peti sejuk ini turut ada penyejuk berasingan. Ia untuk memastikan makanan korang lebih sejuk, dan pastikan makanan korang berada beberapa darjah di atas paras beku.

3. Panasonic Refrigerator Fridge (155 L) NR-AF165SHMY

Peti sejuk seterusnya dari jenama Panasonic.

Peti sejuk ini mempunyaj satu pintu buka tutup. Ia ada fungsi tombol julat boleh laras suhu di atas kotak beku.

Ia mempunyai ruang yang boleh menyimpan bahan mentah, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Di tepi peti sejuk, korang boleh menyimpan botol air, botol sos dan lain-lain botol korang di tepi peti sejuk tersebut.

4. Elba Ultimo Refrigerator ER-G2521 (SV)

Ukuran saiz standard peti sejuk iaitu saiz peti sejuk ini ialah 545mm (W) x 1,417mm (H) x 595mm (D).

Peti sejuk ini mempunyai ruang kapasiti sebanyak 250 liter.

Dulangnya yang ada dalam peti sejuk tersebut boleh diubah. Pemegang yang solid untuk korang buka peti sejuk ini sangat mudah.

5. Midea 200L Inverter 2 Doors Fridge MDRT268MTB28-MY – Peti sejuk murah dan terbaik

Dengan ukuran saiz 545mm (H) x 610mm (W) x 1267mm (L).Ia berkapisiti sebanyak 179 liter.

Peti sejuk ini mengandungi Inverter Quattro iaitu korang boleh pilih sama ada mahu peti sejuk guna aircond atau kipas.

Selain itu,ia turut ada electronic control untuk kawal julat suhu peti sejuk ini.

Peti sejuk murah dan terbaik kerana ia datang dengan big cooling zone.

.

Khas untuk wanita lepas bersalin

yang nak

kempiskan perut 

dalam 3-7 hari sahaja

dalam 3-7 hari sahaja

 KEMPISKAN PERUT

Leave A Reply

Your email address will not be published.