Take a fresh look at your lifestyle.

7 Mentega Terbaik Di Malaysia

0 2,384

Mentega terbaik boleh menghasilkan kek dan biskut yang sedap.

Tanpa mentega, kek dan biskut yang korang buat mungkin tak akan menjadi.

Penting untuk kita tahu jenama mentega apa yang terbaik yang boleh kita beli.

Di dalam artikel, saya akan senaraikan jenama mentega terbaik di Malaysia.

Nak tahu apa mentega terbaik tersebut?

Teruskan bacaan..

Mentega Terbaik Pilihan Suri Rumah

1. Buttercup – Mentega terbaik dengan harga berbaloi

Mentega ini sangat sesuai sapu dengan roti. Lagi-lagi roti yang ditaruh gula-gula lepas itu masak dalam oven.

Memang rasa berlemak manis kalau korang guna mentega Buttercup ini.

Mentega Buttercup diperbuat daripada minyak sayur-sayuran serta lemak susu yang diproses secara teliti untuk hasilkan sapuan yang berkualiti tinggi.

Buttercup ini perlu disimpan dalam peti sejuk.

Jika yang dalam bekas plastik, boleh ismpan di suhu bilik sahaja.

Kek atau biskut yang di buat menggunakan buttercup lebih sedap.

2. FarmCows

Mentega yang paling senang nak dapat dekat kedai runcit berdekatan anda.

Mentega FarmCows diperbuat daripada minyak sayuran dan lemak susu yang diimport tanpa pengawet. Kalau import, maksudnya bahan ini sangat berkualiti tinggi.

Bila berkualiti tinggi, lagi sedap masakan anda gunakan mentega ini.

FarmCows juga terbukti selamat dan sihat untuk dimakan kerana mereka menggunakan 100% bahan organik dan semulajadi.

Sesuai untuk digunakan dalam biskut, roti dan kek atau apa saja jenis masakan.

3. Golden Churn Butter

Mentega yang terbaik dan agak mahal sikit dari jenama lain.

Mentega Golden Churn Butter in dibuat daripada krim berkualiti premium.

Mentega Golden Churn Butter juga tak ada bahan pengawet, jadi selamat untuk anda makan.

Golden Churn Better ada dalam bentuk plastik kerajang dan juga tin. Dalam bentuk tin sesuai untuk korang yang tak nak mentega ini cair di dalam suhu bilik.

4. Pure Creamery Butter SCS

Mentega ini berasal dari Austraila.

Mentega SCS ini dibuat daripada krim yang dipasteur, air dan asid laktik. Tanpa bahan pengawet.

Dipasteur bermaksud susu yang dipanaskan dan disejukkan dengan segera menjadi mentega.

Unik cara mentega SCS dibuat?

Rasa mentega SCS ini jangan cakap. Lemak dan berkrim.

Mentega SCS ini juga sangat sesuai untuk korang yang suka buat bakeri dan kek.

5. Emborg

Nama macam Mak Embong.

Tapi, bukan Mak Embong yang buat mentega ini.

Mentega Emborg berasal dari Belanda.

Mentega Emborg datang dalam dua rasa iaitu perasa garam atau salted dan perasa tak ada garam atau unsalted.

Mentega Emborg dibuat daripada krimdan kultur asid laktik.

Setiap kali anda rasa mentega Emborg, korang akan rasa lebih pada krimnya dan baunya memang wangi.

Lagi satu mentega Emborg juga sesuai untuk korang yang suka makan stik. Rasailah aroma daging Eropah walaupun korang duduk Malaysia.

Nak buat daging stik macam dekat Food Channel tu boleh guna mentega Emborg ni.

Selain itu, Emborg ada buat produk lain seperti Whipping Cream dan pelbagai jenis keju. Korang boleh cuba, tak rugi korang beli.

6. Anchor 

Mentega terbaik yang paling terkenal di seluruh dunia.

Mentega Anchor berasal dari New Zealand.

Bagi saya produk dari New Zealand, semuanya memang berbaloi beli walaupun mahal sikit.

Mentega Anchor ada dua jenis iaitu salted dan unsalted.

Kalau mentega Anchor perasa unsalted biasa orang guna sebagai penaik tepung untuk kuih,  biskut dan kek.

Kalau mentega Anchor perasa salted, biasa orang guna untuk sapu kat roti atau mana-mana makanan boleh sapu dengan mentega ni.

Mentega Anchor diperbuat daripada krim segar.

7. Lurpak Butter – Mentega terbaik

Satu lagi jenama dari Belanda.

Mentega Lurpak diperbuat daripada krim dan kultur asid laktik tanpa bahan pengawet.

Mentega Lurpak sesuai untuk korang tambah keragupan kek, pastri dan bakeri yang korang buat.

Kerak yang macam kita makan kat kuih tart, korang boleh buat guna mentega Lurpak ni.

Mentega Lurpak ada dua jenis iaitu salted dan unsalted.

Rasa mentega Lurpak masam sikit lepas tu baru korang akan rasa krim dia.

Mentega Lurpak sesuai juga kalau korang nak sapu kat roti tapi kena letak sikit gula baru Yummy.

Kesimpulannya

Habis sudah saya senaraikan mentega terbaik di Malaysia.

Mungkin korang rambang mata tengok semua mentega yang saya senaraikan dan mungkin anda juga tak tahu nak pilih mana satu.

Untuk permulaan, saya cadangkan korang cuba mentega Buttercup.

Sebab mentega ini harganya mampu milik dan korang akan rasa berbaloi beli. Juga sesuai untuk buat roti dan kek.

Leave A Reply

Your email address will not be published.