Take a fresh look at your lifestyle.

7 Pewarna Rambut Halal Terbaik Di Malaysia

0 852

Banyak fungsi pewarna rambut halal ini pada rambut korang seperti untuk berfesyen, hilangkan uban, rawat rambut gugur dan sebagainya.

Tapi, kebanyakkan pewarna rambut tidak halal dan ada bahan terlarang.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 pewarna rambut halal terbaik di Malaysia yang korang boleh cuba.

Teruskan bacaan korang untuk warnakan rambut bermula hari ini..

Pewarna Rambut Halal

1. V’asia Krim Pewarna Rambut

Diperbuat daripada ekstrak daun inai dan bahan terpilih yang dijamin halal.

Ia datang dengan tiga pewarna rambut seperti warna kayu manis, hitam asli dan coklat perang mengikut kesesuaian rambut korang.

V’asia krim pewarna rambut boleh buatkan rambut korang berkilau. Selain itu, ia mesra wuduk kerana pewarna rambut serap air.

Pewarna rambut ini juga tolong bantu warnakan ubun dan merawat rambut korang sekali.

2. Garnier Men Shampoo Color

Pewarna rambut ini datang dalam dua warna iaitu natural black dan dark brown. Memang terhad sikit warna dia.

Pewarna rambut ini sesuai untuk lelaki. Untuk perempuan, saya akan tulis pada point seterusnya.

Cara nak guna pewarna rambut ini sangat senang. Korang cuma sapu sahaja kat rambut semasa korang mandi. Boom!Dah berwarna rambut korang.

Pewarna rambut Garnier men shampoo color diperbuat daripada ekstrak kopi dan minyak Argan. Fungsi minyak Argan adalah untuk kekal rambut korang lembut.

3. Garnier Color Naturals

Satu lagi produk keluaran Garnier dan sesuai untuk wanita.

Pilihan warna Garnier color naturals juga lagi banyak berbanding Garnier men shampoo color.

Ada 11 warna kesemuanya.

Contoh warna yang korang boleh beli seperti natural black, dark brown, caramel brown.

Pewarna rambut Garnier color naturals ini tahan selama lapan minggu.

Pewarna rambut ini diperbuat daripada olive, almond dan avacado untuk bagi rambut korang bersinar dan lurus.

4. Shurah

Datang dengan tujuh pewarna rambut berbeza iaitu hitam, perang gelap, burgundi, koper merah, merah klasik, kayu manis, dan koper asli.

Pewarna rambut Shurah diperbuat daripada ekstrak inai, susu kambing, pati sari botani dan ada pelindung UV. Bahan ini boleh melembap, suburkan, dan warna rambut korang tahan lebih lama.

Pewarna rambut ini dijamin halal dan produk buatatan tempatan. Korang boleh dapat pewarna rambut ini dengan harga mampu milik sahaja.

5. Gunmash Nourishing Hair Color

Pewarna rambut halal yang mendapat jolokan peneraju pewarna rambut sah wudhu di Malaysia.

Diperbuat daripada Argan oil dan cocoa butter.

Ia datang dalam enam warna berbeza yang korang boleh cuba seperti black, dark brown, dark red, burgundy, chesnut dan cooper.

Untuk tutup ubun di rambut, korang boleh cuba guna warna dark red atau dark brown.

Pewarna rambut Gunmash tak luntur sebab dia boleh menyerap ke dalam rambut dan tahan sehingga rambut baru tumbuh. Ia juga dapat kelulusan KKM, tiada amonia dan tiada paraben.

6. D’Herbs Super Lebat

Diperbuat daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mencepatkan pertumbuhan rambut.

Kalau korang ada kawan yang ada masalah rambut gugur, korang boleh bagi diorang cuba pewarna rambut ini.

Walaupun pewarna rambut ini untuk rambut gugur dan uban, korang masih boleh cuba warna perang bersinar untuk berfesyen.

Korang boleh dapat pewarna rambut Dherbs super lebat di butang oren kat atas tu ye

7 .Issteru Japan

Korang pernah cuba pewarna rambut dari Jepun?

Kalau korang nak cuba pewarna rambut dari Jepun, korang cuba guna Issteru Japan hair colour cream. Pewarna rambut ini tahan lama di rambut korang.

Pewarna rambut Issteru bebas dari bahan kimia dan tidak ada kesan sampingan pada rambut korang. Ia khas untuk rambut orang Asia dan mudah digunakan.

Ia datang dalam 12 warna berbeza, sebenarnya ada 21 tapi saya ambil yang biasa orang pakai iaitu natural black golden, yellow golden, brown gorgeous, red coffee, color grape, red maroon, red copper, dark purple, palm colour, cherry red dan silver gold.

Bonus 

8. Hennaline Organic Hair Henna Paste

Datang dalam tiga jenis warna asli iaitu original, lavendar dan rosey.

Kalau warna original, warna dia lebih kepada dark brow manakal lavendar dan rosey lebih kepada maroon color.

Pewarna rambut Hennaline mudah digunakan.

Ia tahan selama 2 tahun selagi korang tak potong rambut yang korang warnakan itu. Rambut korang tak akan kering guna pewarna ini.

Pewarna rambut Hennaline juga boleh dibawa solat dan dijamin halal. Disamping ia turut bantu merawat rambut yang gugur dan gatal kulit kepala.

Leave A Reply

Your email address will not be published.