Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Wet Food Kucing Terbaik Di Malaysia

0 2,901

Ada banyak jenis wet food kucing yang terdapat di pasaran. Ia boleh didapati dengan mudah je di mana-mana pet shop.

Cuma, untuk mencari wet food kucing yang terbaik tu, agak sukar kerana lain kucing lain pula respond pada setiap jenis makanan tersebut.

Untuk yang bertanya apa itu wet food, ia adalah makanan kucing dalam tin atau dibungkus dalam paket palstik.

Jom kita tengok antara wet food terbaik yang ada di pasaran.

Teruskan bacaan korang..

Wet Food Kucing Terbaik

1. Whiskas

Jenama makanan kuching paling popular di Malaysia.

Datang dalam dua jenis bungkusana iaitu plastik dan tin.

Saya sarankan korang beli tin sebab berbaloi dan kucing korang pun happy makan.

Whiskas ada khaskan jenis wet food mengikut umur kuching iaitu Junior untuk kucing umur bawah 1 tahun dan yang biasa pula untuk atas 1 tahun.

Jenama Whiskas dianggap wet food terbaik kerana mereka telah buat banyak kajian tentang keperluan makanan kuching di Waltham, UK.

Whiskas juga dapat kelulusan daripada Association of American Feed Control Officials.

2. ProDiet

Sebab Pro Diet dianggap wet food kucing terbaik kerana ada pelbagai perasa seperti ikan kembong, ikan laut, tuna segar dan sebagainya. Tak adalah kuching korang boring dan muak makan rasa yang sama jer.

Turut ada dua kategori wet food iaitu untuk kitten dan dewasa.

ProDiet diperbuat daripada 100% seafood sebenar dan juga ada omega 3 & 6. Ia dapat membantu kucing lebih sihat dan aktif.

ProDiet tak ada bahan pengawet. Ada tambahan nutrisi Taurine untuk kebaikan mata kucing.

3. Purina

Purina wet food dibuat menggunakan 100% bahan berkualiti.

Purina ini datang dalam lima perasa iaitu ayam, salmon, tuna, mackerel (sejenis ikan), dan sardin. Wah! Jadi gemuk kucing korang kalau korang bagi lima-lima perasa ni kan?

Malangnya, Purina hanya sesuai untuk kucing dewasa sahaja.

Jangan korang cuba bagi anak kucing, meninggal terkecik nanti.

Purina kaya denga nutrisi omega 6 fatty acid, vitamin D dan vitamin E.

Tak ada bahan pengawet dan pewarna tambahan.

4. Powercat

Powercat didatangi dengan tiga perasa iaitu fresh ocean tuna, fresh ocean fish, dan sardin & tuna. Yummy! Kuching korang makan tiga-tiga perasa ini. Bertambah gemuk dan manja dia.

Kalau korang nak tahu, Powercat ini juga adalah produk keluaran bumiputera. Produk dari Malaysia.

Harga pun mampu milik.

Powercat juga guna bahan formula premium, tanpa pengawet dan bahan tambahan lain.

5. SmartHeart

Nampak makanan kucing dalam tin warna pink kat supermarket? Itulah wet food SmartHeart.

SmartHeart memang tak main-main dalam hasilkan makan kuching yang terbaik.

Satu tin SmartHeart dah ada protein, fat, mineral, taurine plus, dan vitamin.

Bahan protein berguna untuk bina tisu badan kucing korang supaya berisi sikit kuching korang, manakala bahan fat guna untuk elakkan bulu kuching korang gugur.

Taurine plus berguna untuk penglihatan kucing. Vitamin tambahan pula boleh membantu kucing supaya sentiasa sihat dan tak dijangkiti penyakit.

SmartHeart didatangi dengan beberapa perasa iaitu udang jeli, sardin, tuna, dan seafood.

6. Snappy Tom

Snappy Tom datang dalam lapan perasa iaitu Sardines in Smoked Salmon Jelly, Whole Fish, Tuna with Sardine Chunk, Tuna with Chicken, Chicken with Beef Liver, Chicken with Tuna Flakes, dan Lamb.

Dahsyat kan korang perasa Snappy Tom.

Korang rasa kucing korang paling suka perasa mana kalau korang beli Snappy Tom?

Snappy Tom ada minyak omega dan menggunakan ikan dan ayam yang sebenar.

Snappy Tom sesuai untuk kucing dewasa makan. Boleh dibeli di supermarket Aeon, Tesco, dan Lotus.

7. Royal Canin

Datang dalam tiga mode. Wah macam gear kereta pula. Iaitu, Instinctive, Intense Beauty, dan Kitten.

Kalau Royal Canin Instinctive, sesuai untuk kucing dewasa. Ia sangat bagus untuk membantu penghadaman kucing.

Untuk Royal Canin Intense Beauty, ia ada omega 3 & 6 yang boleh memelihara dan mencantikkan bulu serta untuk menjaga berat badan kucing.

Leave A Reply

Your email address will not be published.