Take a fresh look at your lifestyle.

7 Smartphone Terbaik Harga Bawah RM500

0 284

Sedang mencari smartphone terbaik tapi dengan harga murah?

Sekarang ni, jadi satu kepelikan jika seseorang tu tak ada smartphone.

Boleh dikatakan kebanyakan orang ada, sehinggalah budak sekolah, budak tadika dan anak-anak kecil pun tak terkecuali.

Smartphone dah jadi satu keperluan dan kepentingan, sama ada untuk komunikasi, informasi, hiburan, ambil gambar atau video dan juga untuk main game.

Sekarang terlalu banyak smartphone di pasaran, sampaikan tak tahu mana smartphone terbaik dan mampu beli dengan harga murah.

Tapi, korang jangan risau.  Dalam artikel, saya akan share 7 smartphone terbaik harga bawah RM500 yang sesuai untuk korang.

Smartphone terbaik harga bawah RM500

1. Nokia 1.4

Nokia 1.4 didatangi dengan skrin 6.51 inch dengan HD+ display. Ya, korang akan nampak skrin smartphone ini sebiji macam smartphone yang berkualiti dan mahal.

Nokia 1.4 dianggap smartphone terbaik kerana ia ada chipset Qualcomm® 215. Cipset terbaik dalam handphone bajet. Gilakan? Tak adalah smartphone Nokia lag tak tentu pasal.

Smartfon ni dilengkapi dengan 3 Ram dan 64GB storage. Korang boleh tambah ruang storage sampai jadi 128GB guna SD card. Dengan ruang yang besar ini, korang boleh simpan banyak fail.

Kamera smartphone Nokia 1.4 kualitinya biasa sahaja, cuma ada 5MP kamera depan, sesuai dengan harganya.

Ia juga didatangkan dengan fingerprint sensor untuk korang buka smartphon guna jari sahaja.

2. Vivo Y12s M – smartphone terbaik

Smartphone Vivo Y12s M mempunyai skrin 6.51-inch screen 1600*720 (HD+.

Korang akan dapat 3GB ram dan 32GB ruang storage. Korang boleh tambah sebanyak 256GB ruang storage menggunakan SD card.

Smartphone Vivo Y12s M turut ada bateri yang tahan lama iaitu 5,000mAh.

Ia dikuasakan dengan chipset MediaTek Helio P35 dan ada dua slot simkad.

Vivo Y12s M dianggap smartphone terbaik kerana ia ada Multi – Turbo 3.0 iaitu fungsi untuk booster game korang supaya tak lag.

Selain itu, ia dilengkapi dengan AI Dual Camera, fungsi ini membolehkan korang guna pelbagai filter untuk gambar yang lebih cantik.

3. Infinix Hot 10S

Suka main games? Ini adalah smartphone terbaik untuk korang.

Smartphone Infinix Hot 10s datang dengan skrin 6.82 inch HD+ Ultra Smooth Display dengan 90Hz refresh rate. Jadi, tak adalah tersekat-sekat masa skrol Facebook.

Korang akan dapat 48MP Triple Camera, memang sesuai untuk korang yang bergambar. Gambar akan lebih jelas lagi kalau korang guna fungsi AI Portrait Enhancing.

Smartphone Infinix Hot 10s ada bateri yang besar dan tahan lama iaitu 6,000mAh dengan safe charger. Maksdnya kalau smartphone ini bateri dia 100%, dia akan automatik akan tutup cas korang. Tak ada isu smartphone panas lepas cas lagi.

Chipset MediaTek Helio G85 membolehkan Infinix Hot 10s dianggap smartphone terbaik.

Dengan harga bawah RM500, korang dapat chipset gaming. Jadi, jika nak layan PUBG, Mobile Legend dan sebagainya memang tak lag dan smooth.

4. Xiaomi Redmi 9A

Smartphone Xiaomi Redmi 9A antara smartphone terbaik dalam senarai ini kerana ia ada fungsi low blue light protection. Fungsi utamanya adalah untuk elakkan mata korang letih dan penat bila tengok smartphone lama-lama.

Smartphone Xiaomi Redmi 9A datang dengan skrin 6.53 inch HD+ DotDrop display. Korang turut dapat bateri bersaiz besar iaitu 5,000mAh. Turut ada fungsi AI Face Unlock untuk buka smartphone hanya dengan scan muka sahaja.

Smartphone Xiaomi Redmi 9A ada AI Rear Camera sebanyak 13 MP. Ia juga ada fungsi tambahan untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik iaitu AI Beautify Selfie Camera.

Smartphone Xiaomi Redmi 9A dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio G25 dengan HyperEngine untuk yang suka layan games tanpa lag.

5. Realme Narzo 50i

Smartphone Realme Narzo 50i mempunyai skrin 6.5 inch large display. Saiz yang sesuai untuk korang yang suka main games atau layan Youtube.

Korang akan dapat 5,000mAh massive battery. Nak ngadap smartphone seharian pun tak ada masalah.

Selain itu, smartphone Realme Narzo 50i ada 8MP kamera utama dan beberapa ciri tambahan seperti AI beauty, portrait mode, HDR, 4x Digital Zoom.

Korang juga akan dapat 4GB ram dan 64GB ruang storage. Dan ruang storage ini, korang boleh tambah sampai 256GB. Smartphone ini dikuasakan dengan octa-core processor.

6. Oppo A16

Dengan harga bawah RM500, korang still dapat AI Triple Camera sebanyak 8MP kamera depan dan 13MP kamera belakang.

Bateri smartphone ini juga tak besar, ia cuma 4320mAh. Boleh bertahan selama 4 jam bergantung pada penggunaan.

Smartphone Oppo A16 datang dengan 3GB ram dan 32GB ruang storage. Korang tak boleh nak uprgrade ruang storage.

Ia dikuasakan dengan MediaTek Helio P35. Cukup-cukup untuk korang buka apps atau layan Youtube.

Skrin smartphone Oppo A16 ialah 6.51 inch water drop eye protection screen. Fungsi ini membantu untuk elak sakit mata bila lihat skrin terlalu lama.

7. Samsung Galaxy A03s – smartphone terbaik pilihan ramai

Design smartphone ini hampir sama macam Samsung Galaxy S21 Fe, cuma ini adalah versi mini.

Smartphone Samsung Galaxy A03s datang dengan skrin 6.5 inch TFT Infinitiy-V Display. Warna video Youtube yang korang tengok, akan nampak terang dan jelas.

Smartphone Samsung Galaxy A03s ada 4GB ram dan 64GB ruang storage. Korang boleh tambah ruang storage ini sampai 1TB.

Ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 450. Memang smooth jer korang buka apps atau layan games.

Smartphone Samsung Galaxy A03s ada 5,000mAh bateri. Korang juga akan dapat 13MP kamera depan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.