Take a fresh look at your lifestyle.

5 Portable Aircond Terbaik

0 525

Aircond yang standard ada pasaran bukan semua orang mampu untuk membelinya sebab itu syarikat elektronik sekarang menghasilkan aircond mudah alih atau portable aircond dengan harga mampu milik.

Portable aircond sesuai untuk korang yang ada masalah bajet atau masalah tak boleh nak pasang aircond, ini solusinya.

Kesejukan portable aircond ini setanding dengan aircond biasa.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 aircond portable terbaik yang boleh korang beli.

Nak aircond mini? Teruskan bacaan korang..

Aircond portable

1. Hisense 1HP Portable Air Conditioner

Aircond ini menggunakan gas 32. Ia akan jimat bil elektrik rumah korang dan mesra alam sekitar. Ia juga dikuasakan motor 1.5 HP.

Selain itu, ia dipasang dengan roda berpusing 360 darjah untuk korang gerakkan aircond ini di mana-mana tempat korang suka.

Ia juga user-friendly, semua orang boleh guna aircond ini dengan guna control LCD di atas kawasan ini.

Kelebihan

  • Guna gas 32, angin yang selamat untuk korang dan jimat elektrik
  • Ada roda berpusing 360 darjah untuk korang gerakkan aircond ini
  • Ada control LCD
  • Ada 2 tahun waranti

Kekurangan

  • Bunyi aircond ini sedikit bising

2. Midea 1.0HP PH Series Portable Air Cond

Aircond Midea ini datang dengan fungsi Shower Cooling Shower untuk korang yang lebih suka mode kipas dari aircond.

Dengan mode ini, korang dapat kurang hidrasi dan kulit kering akibat terlalu lama terdedah kepada aircond.

Ia dipasang dengan penapis Silver Ion.

Setiap kali korang buka aircond ini, angin yang keluar dari aircond akan ditapis. Bakteria dan hama tak akan ada dalam angin ini, jadi korang akan rasa selesa dan selamat.

Tambahan itu, ia dikuasakan dengan motor 1.0HP dan kuasa voltan ia juga rendah iaitu 220-240 voltan. Korang dapat jimatkan bil elektrik.

Kelebihan

  • Ada fungsi Shower Cooling Shower untuk korang yang suka angin kipas
  • Dipasang dengan penapis jenis Silver Ion
  • Dikuaskan dengan motor 1.0 HP
  • Ada remote control untuk korang adjust mode dan aras angin

Kekurangan

  • Tak ada roda, perlu diangkat
  • Aircond sedikit berat
  • Bunyi aircond sedikit berat

3. Morgan 1.0hp Feather Lite Portable Air Cond

<!–
Tumore prostatico: la prognosi in base a stadio, grado e rischio
Tumore prostatico: la prognosi in base a stadio, grado e rischio
/wp:button –>

Aircond Morgan dipasang dengan roda yang korang boleh gerakkan kat tempat yang korang suka.

Ia ada empat mode sejuk berbeza yang korang boleh pilih iaitu biasa, kipas, humidfying, dan sleep.

Ia dipasang dengan penapis yang korang boleh alihkan dan cuci kalau penapis tersebut dah hitam. Dengan penapis yang boleh dicuci, korang dapat pastikan angin sejuk yang keluar sentiasa segar.

Aircond ini sesuai untuk korang yang ada bilik sederhana atau bilik kecil. Jangan risau, korang akan dapat remote control untuk korang pilih mode dan adjust suhunya.

Kelebihan

  • Ada roda yang boleh korang gerakkan
  • Ada empat mode sejuk berbeza yang korang boleh pilih
  • Penapis boleh dicuci
  • Ada remote control
  • Ada 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Bunyi sedikit bising

4. Midea 1.5HP PF Series Portable Air Cond 

Aircond Midea ini mempunyai sleep mode 24 jam yang korang boleh set untuk jimatkan bil elektrik. Ia juga datang remote control yang korang boleh adjust suhunya.

HP aircond ini ialah 1.5. Cukup untuk sejukkan bilik rumah korang dalam masa 1 jam dan sejuknya sama seperti aircond biasa.

Ia dipasang dengan penapis anti-bakteria supaya korang dapat hidu udara segar dari aircond ini. Ia ditambah dengan Ioniser yang berfungsi untuk bersih angin guna pengecas ion.

Kelebihan

  • Ada sleep mode yang boleh korang set
  • Ada remote control untuk korang adjust suhu aircond ini
  • Dipasang dengan penapis antibakteria dan Ioniser

Kekurangan

  • Harga cecah empat angka. Saya cadangkan korang klik butang di atas untuk tengok harga promosi.
  • Bunyi sedikit bising iaitu 64 db (A)

5. Pensonic 1.5HP Portable Air Conditioner

Aircond Pensonic lengkap dengan pelbagai mode angin yang korang boleh pilih. Ia datang dengan remote control untuk korang adjust suhunya. Ia dipasang dengan screen LCD.

Ia mampu sejukkan bilik korang dalam masa 1 jam. Rasai kesejukannya seperti aircond biasa. Kalau korang jenis tak suka mode biasa, korang boleh guna mode kipas.

Aircond ini terdapat sleep mode yang boleh korang setkan.

Kelebihan

  • Ada pelbagai mode yang boleh korang pilih
  • Ada remote control dan screen LCD untuk korang adjust suhunya
  • Sejuk aircond ini setanding aircond standard
  • Ada sleep mode

Kekurangan

  • Bunyi sedikit bising iaitu 64db/a
Leave A Reply

Your email address will not be published.