Take a fresh look at your lifestyle.

Blender Terbaik Di Malaysia – 7 Jenama Pilihan Ramai

0 1,339

Blender memang jadi alat pelengkap tambahan untuk dapur-dapur suri rumah di Malaysia. Dengan blender terbaik, kerja kita untuk memasak jadi lagi senang dan lagi sedap rasanya.

Dengan blender, kita dapat buat apa-apa jenis masakan seperti asam pedas atau buat apa-apa jenis jus buah-buahan seperti tembikar, mangga, epal dan lain-lain. Perghhh! Sedap rasanya.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 blender terbaik yang korang boleh buat untuk memudahkan proses masakan atau untuk buat juis buah.

Nak tahu?

Teruskan bacann korang..

Blender terbaik

1. Toshiba Multifunction Blender

Blender Toshiba datang dengan design warna putih yang simple dan modern untuk korang letak di dapur korang.

Ia dilekat dengan getah anti gelincir. Korang tak perlu risau kalau blender ini bergerak apabila korang tengah blend bahan-bahan masakan atau jus buah.

Ia datang dengan penapis untuk korang buang sisa-sisa buah-buahan selepas korang blend buah supaya korang rasa 100% jus buah segar.

Berat blender ini cuma 1.9kg, jadi senang untuk korang bawa-bawa blender ini di mana-mana.

Kelebihan

  • Design yang simple dan modern
  • Ada getah anti gelincir
  • Ada penapis
  • Berat hanya 1.9 kg, mudah untuk dibawa ke mana-mana
  • Ada aksesori tambahan seperti 50ml cawan penyukat, pengisar, dan penapis juicer

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

2. Panasonic Blender With Dry Mill Set

Korang suka masak sambal, gulai cili api atau asam pedas?

Blender Panasonic ini sesuai untuk korang kerana bilah pengisar dia diperbuat daripada stainless steel. Jadi, setiap kali korang blend cili, ia akan kisar-kisar sampai hancur dan lumat.

Ia dipasang dengan sistem keselamatan kalau korang tak letakkan di tempat yang betul, ia tak akan hidup. Sistem ini dinamakan circuit breaker.

Blender ini diperbuat daripada materia berkualiti dan tahan lasak. Jadi, mudah untuk korang nak guna dan cuci nanti.

Kelebihan

  • Bilah pengisar diperbuat daripada stainless steel
  • Ada sistem keselamatan circuit breaker
  • Diperbuat daripada material berkualiti dan tahan lasak

Kekurangan

  • Bahan-bahan masakan yang boleh dimuatkan dalam pengisar ini hanya 1.0 liter sahaja

3. Pensonic Personal Blender

Korang nak blender khas untuk buat jus buah? Lepas blend buah, korang nak terus minum? Korang boleh beli Pensonic Personal Blender.

Ia direka khas untuk korang yang suka minum air buah-buahan lagi-lagi buah yang segar.

Bekas blender bentuk macam botol air.

Ya, memang betul ia botol air mudah alih tanpa BPA yang korang boleh bawa ke mana-mana untuk korang enjoy dan nikmati jus buah-buahan.

Selain itu, korang boleh jus buah ais blend kerana blender ini mampu untuk cairkan ais batu. Jadi, korang still dapat rasai minuman ais blender hanya guna Pensonic Personal Blender ini.

Jangan risau, blender ini dipasang sekali dengan sistem keselamatan.

Kelebihan

  • Bekas blender boleh jadi botol air mudah alih
  • Boleh buat air ais blender
  • Ada sistem keselamatan

Kekurangan

  • Hanya boleh muatkan 600ml buah-buahan atau anggaran kasar satu jenis buah pada satu masa

4. Russell Taylors Multifunction Hand Blender Food Processor

Rusell Taylor Multifunction, blender yang sangat memudahkan kerja.

Designnya yang simple dan mudah dipegang dengan sebelah tangan. Masa korang tengah dukung baby korang, masih lagi boleh blend bahan-bahan masakan.

Pusingan bilahnya juga sangat laju setanding blender yang saya senaraikan di sini, jadi kerja blend korang akan jadi lagi 3 kali lagi laju.

Ia juga didatang dengan akesesori tambahan iaitu hand whisk, chopper dan bekas 500ml.

Kelebihan

  • Design mudah dipegang dengan sebelah jari.
  • Pusingan bilah sangat laju
  • Ada akesesori tambahan seperti hand whisk, chopper, dan bekas 500ml.

Kekurangan

  • Motor akan cepat panas kalau korang blend terlalu lama

5. Butterfly 2.5L Commercial Food Blender

Korang tak suka dengan bunyi bising dari blender?

Apakata korang cuba blender jenama Butterfly ini. Ia lengkap dengan cover khas tambahan pada bahagian luar yang akan perangkap bunyi bising blender.

Ia ada pulse settings yang berfungsi untuk teruskan proses blend bahan masakan korang pada kelajuan yang maksimun selagi mana korang tekan butang.

Ruang blender mampu muatkan sehingga 2.5 litter bahan masakan. Kalau korang nak buat air jus buah untuk satu family pun cukup.

Kelebihan

  • Lengkap dengan cover khas yang akan perangkap bunyi bising blender
  • Ada pulse settings untuk korang teruskan proses mengisar dengan kelajuan maksimun
  • Muatkan sehingga 2.5 litter bahan masakan atau jus buah-buahan
  • Ada 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal bawah RM1,000
  • Beratnya 9.6 kg

6. Philips ProMix Handblender Collection

Satu lagi blender yang korang boleh guna hanya sebelah tangan sahaja. Design blender macam ini memang senang korang gunakan.

Ia datang dengan satu warna putih modern yang sesuai untuk pelbagai decoration dapur korang.

Paling best, Philips sanggup nak beri korang dua tahun waranti kalau korang ada masalah dengan blender ini, korang claim jer dekat Philips. Ini jaminan waranti paling lama berbanding jenama blender lain.

Kelebihan

  • Ada dua tahun waranti
  • Boleh guna dengan hanya sebelah tangan
  • Bilah berpusing dalam kelajuan sederhana
  • Warna putih yang modern

Kekurangan

  • Hanya ada satu mode kelajua sahaja

7. Khind Blender With Dry Mill

Korang tengah bajet nak beli blender?

Jangan risau, Khind Blender with Dry Mill mampu jadi blender yang paling berbaloi korang beli.

Jenama Khind juga sudah lama bertapak di Malaysia, cuma kita sahaja yang tak perasaan.

Blender ini sesuai untuk korang yang duduk dekat hostel, baru mulakan rumah tangga, atau korang yang ada family kecil.

Ia dipasang dengan fius therma yang mana berfungsi untuk elakkan blender ini jadi terlalu panas. Fius therma juga banyak digunakan di laptop, korang boleh beli therma ini di Shopee. Ia juga mengandungi suis keselamatan.

Bilahnya juga senang untuk korang basuh. Selain itu, ia turut datang dengan akesesori tambahan seperti grinder

Kelebihan

  • Harga mampu milik
  • Ada fius therma untuk elakkan blender ini overheating
  • Senang untuk korang basuh

Kekurangan

  • Ruang untuk kisar bahan-bahan dapur hanya 1 liter sahaja
Leave A Reply

Your email address will not be published.