Take a fresh look at your lifestyle.

7 Periuk Batu Terbaik – Masakan Cepat Masak

0 939

Ramai yang mencari periuk batu terbaik, cek kat post ini ye.

Lately, periuk batu dah jadi satu kemestian pada suri rumah moden. Sama ada guna atau tak, itu soal ke dua. Yang penting, kena ada. Ikut trend lah katakan… hehe.

Antara sebab utama, ramai yang beralih

intervento all'apparato gastrointestinale
Intervento Gastroenterologico
Testo aggiuntivo sull’intervento gastrointestinale.
ke periuk batu ni adalah kerana sifatnya yang cepat panas dan masakan cepat masak. So masa memasak jadi singkat. Jimat masa.

Dalam artikel ini, saya senarikan 7 periuk batu terbaik pilihan suri rumah moden yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Periuk batu terbaik

1. Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set CWS-7

Korang nak periuk masak yang ada lengkap dan all-in-one? Korang boleh daptkan Rusell Taylor Romano Cookware.

Material yang digunakan untuk buat set periuk Rusell Taylor ini adalah jenis non-stick dan cepat serap haba. Periuk cepat panas apabila korang buka api dan mula memasak.

Ia mempunyai 5 lapisan aluminium. Jadi, kalau korang terjatuh banyak kali periuk batu, ia tak akan cepat rosak dan ia juga tahan lasak.

Kelebihan

  • Datang dengan set seperti penutup kaca, set pemanggang, set kuali goreng, kuali goreng, spatula, dan sudu sup kayu
  • Material jenis non-stick
  • Ada 5 lapisan aluminium

Kekurangan

  • Design periuk nasi agak simple

2. Euroware Granite Non Stick Casserole With Glass Lid – Periuk batu terbaik

Material yang digunakan dalam periuk batu agak unik iaitu salutan Greblon C3. Ia ditambah dengan 5 lapisan batu non-stick. Jadi, korang boleh guna lebih lama. Kedua-kedua material ini dibuat dari Jerman.

Periuk batu Euroware ini lengkap dengan penuntup kaca tahan panas. Korang pegang atas kaca masa tengah masak, rasa-rasa suam-suam sahaja.

Ia juga lengkap dengan pemegang dan penutup kaca dengan tombol kayu yang tahank panas.

Kelebihan

  • Periuk batu disalut dengan Greblon C3 ditambah 5 lapisan batu non-stick
  • Design periuk batu yang lawa
  • Lengkap dengan pemengang dan penutup kayu

Kekurangan

  • Pemegang dan penutup jenis kayu, korang perlu rajin basuh selepas guna supaya tak berkulat.

3. KayuHome Purba Batu Granite – Periuk batu terbaik

Bestnya pasal periuk batu ini, korang boleh bersih guna kain atau tisu sahaja. Lap.. lap.. dah bersih. Mudah kan? Jangan risau, sisa makanan yang ada selepas korang masak tak akan melekat di periuk.

Ia diperbuat daripada 100% granite premium berbanding periuk batu yang ada dalam senarai ini.

Ia juga ditambah dengan dua lapisan dekat luar dan dalam periuk, membuatkan periuk ini boleh guna selama bertahun-tahun tanpa perlu beli baru.

Periuk ini mendapat kelulusan dari PFAO dan sijil FDA. Memang selamat untuk korang gunakan periuk ini.

Kelebihan

  • Mudah untuk korang cuci hanya guna tisu
  • Diperbuat daripada 100% granite premium yang tahan lama untuk beberapa tahun
  • Ada sijil kelulusan keselamatan

Kekurangan

  • Periuk agak berat

4. Dessini Italy Granite Die Cast Aluminium Cookware Tool

Korang suka masak untuk ramai orang macam masak rendang, masak asam pedas, dan sebagainya? Korang boleh beli periuk batu Dessini Italy.

Ia diperbuat daripada granite dan die cast aluminium. Apabila korang masak, masakan tak melekat pada bawah periuk.

Korang juga boleh masuk periuk batu ini dalam oven. Sesuai untuk masak kek, confirm bulatan kek korang akan tepat macam kat kedai kek.

Kelebihan

  • Sesuai untuk masakan yang banyak seperti majlis hari jadi, majlis anniversary, dan sebagainya
  • Diperbuat daripada granite dan die cast aluminium yang tahan lama dan tahan lasak
  • Boleh dimasukkan ke dalam oven
  • Luar periuk tahan panas,korang boleh pegang

5. Korkmaz Browni Nonstick Saucepan with Glass Lid German Granite Coating

Untuk periuk batu ini, korang tak perlu guna api yang besar-besar, api kecil dah cukup buat satu periuk batu panas. Jimat duit gas rumah.

Design periuk batu ini agak simple dan menarik untuk korang letak di dapur korang. Ia akan kena dengan tema dapur rumah korang.

Material yang digunakan adalah batu granite dan salutan non-stick PTFE. Brand ini juga berasal daripada negara Turki.

Kelebihan

  • Hanya guna api kecil untuk panaskan periuk batu ini
  • Design yang simple dan menarik
  • Diperbuat daripada batu granite dan salutan non-stick PTFE

Kekurangan

  • Periuk batu ini agak limited, korang boleh dapat dekat Shopee sahaja.

6. Uakeen Germany 28cm Die Cast Granite Shallow Casserole Cookware Pot With Lid

Periuk batu ini sesuai untuk hidang 2 – 3 orang. Ia ada pengaliran haba yang baik, korang tak perlu tunggu lama-lama untuk periuk batu ini panas.

Ia lengkap dengan penuntup kaca, senang untuk korang tengah lauk korang dah masak atau belum. Ia juga anti-calar, korang gores kuat guna senduk tak calar. Selain itu, ia ada pemengang untuk senangkan korang alihkan periuk ini.

Periuk ini mudah untuk korang cuci dan ia juga tahan lama (bergantung macam mana cara korang jaga periuk batu).

Kelebihan

  • Sesuai untuk buat hidangan simple
  • Lengkap dengan penutup kaca
  • Anti calar walaupun digosok ganas-ganas
  • Tahan lama

Kekurangan

  • Periuk batu ini agak berat.

7. Jeetee Marble Stone Non Stick Frying Pan with Lid Granite Die-cast Cooking Pan

<!– wp:paragraph
Service médical à domicile de Medici Generici à Rome
Service médical à domicile de Medici Generici à Rome
Notre équipe fournit un service de soins de santé à domicile, garantissant professionnalisme et confort pour les patients à Rome.
–>

Periuk ini diperbuat daripada 5 lapisan batu granite dengan ketebalan yang sama supaya periuk ini cepat panas apabila korang buka api.

Ia mudah dibersihkan selepas korang masak, korang hanya perlu lap guna kain dan air sahaja. Lepas itu, korang sambung untuk masak lagi. Periuk ini jenis non-stick dan masakan tidak akan melekat di periuk.

Pemegang periuk ini diperbuat daripada kayu dan tahan panas.

Kelebihan

  • Mengandungi 5 lapisan batu granite
  • Mudah untuk korang cuci
  • Pemengang diperbuat daripada kayu

Leave A Reply

Your email address will not be published.