Take a fresh look at your lifestyle.

7 Sabun Mandi Paling Wangi & Tahan Lama

2 9,695

Paling best bila badan penat, stress dan cuaca panas, mestilah mandi kan? Lagi-lagi ada sabun mandi paling wangi.

Cuba bayangkan mandi bawah “shower” dengan air suam-suam dan wangi, syahdu betul !

Sabun mandi kalau tak wangi macam tak kena je, mood pun tak berapa nak ada.

Lagi-lagi perempuan mesti nak wangi je kan haha.

Haaa ni ada beberapa jenama sabun mandi paling wangi & tahan lama untuk korang pilih.

Semua harga berbaloi beli .

Tak menyesal beli tau semua memang wangi!

Sabun mandi paling wangi & tahan lama

1. ENCHANTEUR PARIS perfume shower gel

Lejen jenama ni. Rasanya satu Malaysia tau jenama ni.

Wangi tak boleh bincang, memang wangi sangat!

Ada 3 pilihan bau, boleh pilih ikut personaliti masing-masing.

  1. Belle Amour ( Diadun dengan ekstrak Ylang Ylang dan Lily, diperkaya dengan minyak bunga Rose dan VitB3 untuk kulit sihat licin bersinar )
  2. Mon Amie ( Haruman segar Citrus dan Pink Peonies, dengan tambahan minyak lemon dan Menthol untuk sensasi segar selepas mandi )
  3. Adore ( Untuk yang suka bauan romantis dan tenang, boleh pilih yang ni, gabungan Pink Mimosa dan Golden Pear serta ekstrak Chamomile memang mengasyikkan )

Harga tak sampai rm20 pun, berbaloi kan?

2. DOVE Shower Body Wash

Kulit kering bersisik dan sensitif? Boleh cuba jenama Dove.

Tekstur ‘creamy’ dan wangian lembutnya memang best sangat !

Boleh buat tidur nyenyak tau.

Gabungan teknologi Nutrium Moisture dan “mild cleanser” tidak mengeringkan kulit walaupun digunakan setiap hari.

Nutrien sabun menyerap jauh ke dalam kulit untuk kulit kekal sihat dan lembut.

Terdapat 12 pilihan bauan dan fungsi, boleh rujuk link Shopee diatas ye.

3. WATSONS Body Wash

Kaki Watsons mesti tau sabun ni.

Memang wangi sangat ! Lagi best bila promosi beli 1 percuma 1, sampai berbakul-bakul beli haha.

Mesra poket sesuai untuk golongan marhaen macam kita.

Dengan botol lutsinar tinggi, pelbagai warna memang menarik perhatian betul.

Ada 12 pilihan bau yang menggoda

  • Teh Hijau
  • Strawberi
  • Tembikai
  • Ros
  • Lavender
  • Peach
  • Pudina
  • Floral
  • Bauan laut
  • Cantaloupe
  • Yuzu
  • Susu kambing

Banyakkan? Saya suka peach, korang suka mana satu?

4. SHOKUBUTSU MOCHI HADA Nourishing & Softening Body Shower

Wangi, wangi wangi !

Berfungsi 2 dalam 1, sebagai sabun dan pelembap, memang bagus tau!

Lepas mandi terlupa losyen pun takpe, jimat pun ye, tak perlu beli losyen dah.

Lagi best, satu badan boleh pakai termasuklah muka. Haaa best ke best sangat?

Direka dengan teknologi “Japanese Moisture-Lock” dan gabungan hebat formulasi kecantikan Jepun seperti

  • Ultra Hydrating Tsubaki Oil
  • Anti Oxidant Rice Bran Oil
  • Rice Ferment Extract

Semua ni ramuan ‘high end’, dan menurut kajian, kesan lembut lepas pakai sabun ni dekat muka lagi bagus dari mana mana jenama pencuci muka itu sendiri . ‘Soft and supple’ mat salleh cakap .

Best betul ni korang kene beli tau! Janji?

5. GOOD VIRTUES shower cream

Vegan dan halal mode.

Diperkaya dengan bahan utama iaitu Habbatus Sauda (anti oksidan semulajadi), ekstrak lemon dan tembikai untuk kulit sihat dan segar.

Tidak mempunyai SLES, ALES, Parabens, Triclosan, dan pewarna sintetik.

Bagus sangat! Untuk yang mementingkan gaya hidup sihat, neutral boleh pilih jenama ni.

Semuanya mempunyai bauan wangi dan lembut sahaja, selesa dan tidak keterlaluan.

Ada 6 jenis sabun yang korang boleh pilih.

KLIK je link atas tu senang tak payah pergi kedai dah hehe.

6. Ginvera World Spa Balinese Shower Gel

Suka suasana ala-ala Bali?

Boleh dapatkan sabun skrub lembut ni tak payah susah-susah terbang jauh kan.

Diformulasi dari bahan asas iaitu serai dan “frangipani”(bunga kemboja), secara semulajadinya memberi aura segar dan menghilangkan letih badan.

Ada 4 variasi sabun ni yang korang boleh pilih.

  1. Serai ( Bauan asas serai dan bunga kemboja meremajakan kulit, lebih sihat dan segar )
  2. Teh Hijau ( Diperkaya dengan esen teh hijau, minyak jojoba dan dauh teh hijau yang dapat membersihkan kotoran kulit sekaligus melembutkan dari dalam )
  3. Lavender ( Bauan sederhana, lavender dan chamomile serta mineral BMA yang melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan, menghilangkan sel kulit mati )
  4. Aprikot ( Gabungan aprikot, likuoris, bunga matahari dan oren untuk tona kulit lebih cerah bercahaya )

7. DEAR BODY Luxuries Shower Gel

Mirip jenama Bath and Bodyworks, tapi bukan ye. Yang penting wangi sangat! Pembungkusan pun hampir sama, cantik dan eksklusif.

Harga jauh lebih murah.

Ada banyak pilihan bau, boleh KLIK link atas tu ,korang pilih sendiri ye hehe.

Review ~ ” Long lasting fragrances ! ” Lembut dan wangi” ” Sama macam BBW “

Nak buat hadiah pun boleh sangat !

Haaaa banyakkan yang best? Murah murah semua dan wangi.

2 Comments
  1. Tinsyaz says

    Teringin nak try yang Enchanteur. Sekarang pakai Sabun apa pun, bau macam tak tahan lama

    1. admin says

      kadang bila dah selalu pakai yang sama..bau dia dah jadi biasa pada hidung kita. Saya pun suka tukar sebab nak kelainan bau

Leave A Reply

Your email address will not be published.