Take a fresh look at your lifestyle.

7 Pewangi Bilik Tidur Terbaik Dengan Harga Murah

0 1,312

Kebanyakan orang menghabiskan 1/3 dari masanya setiap hari untuk tidur. Pasti korang suka bau bilik tidur yang wangi kan. Ada banyak pilihan pewangi bilik tidur yang korang boleh dapat di pasaran.

Bila bilik tidur harum barulah boleh tidur dengan selesa.

Apa lagi, jom kita lihat senarai 7 jenis haruman terbaik yang buat korang rasa selesa dan tenang dalam bilik tidur sendiri.

1. Glade Scented Gel

Pewangi Bilik Tidur Terbaik Keseluruhan

Korang mesti cuba pewangi bilik tidur yang ini. Harganya murah dan saiz pula comel je. Boleh letak diruang yang terhad seperti meja studi, rak kasut, pejabat, dalam almari atau dalam kereta pun boleh. Pewangi ini tak menggunakan bateri. Lagi jimat!

Ada 7 jenis haruman yang korang boleh pilih. Lemon, Lavender, Morning Freshness, Ocean Escape, Tropical Blossoms, Cool Air dan Floral Perfection. Pilih sahaja yang korang suka atau boleh saja cuba kesemuanya.

Kekuatan pewangi ini boleh dilaraskan dengan cara menaikkan atau menurunkan penutup bahagian atasnya. Tapi elakkan meletak pewangi ini ditempat yang bersuhu tinggi.

2. Bliesematic Set Automatic Spray

Pewangi Bilik Tidur Anti Bakteria

Pewangi bilik tidur jenama Bliese ini senang digunakan sebab ia beroperasi secara automatik. Korang cuma perlu setkan sekali saja untuk semburan automatik sepanjang hari. Jadi tak perlu susah payah sembur secara manual setiap kali ada bau yang tak sedap dalam bilik.

Terdapat dalam 4 jenis haruman seperti Tropical Spa iaitu bau campuran floral dan buah sitrus, Vanilla Bouquet (ekstrak vanila dan bunga melur), Fairy Breezy (campuran bunga lili dan jasmin) dan Cherry Blossom.

Paling best, pewangi ini dirumus dengan aromaterapi yang menenangkan minda dan buat korang tidur dengan lebih lena. Bilik tidur atau rumah korang wangi selama 60 hari atau dengan 3000 semburan sebelum perlu diisi semula.

3. Air Wick Freshmatic Automatic Spray

Pewangi Bilik Tidur Rekaan Cantik

Pewangi bilik tidur yang ini mempunyai rekaan penyembur automatik yang cantik dan estatik. Ada 6 jenis haruman yang boleh korang pilih antaranya Citrus, Aqua Floral dan Cherry Blossom. Pewangi dari Air Wick ini mampu bertahan sehingga 60 hari. 

Kekuatan bau pewangi ini boleh dilaraskan dengan mudah mengikut keperluan korang. Kalau baru lepas goreng ikan, bolehlah kuatkan sedikit semburannya!

Pewangi ini nampak cantik jika diletakkan dimana sahaja. Nak gantung di dinding pun boleh. Tapi jangan gantung tinggi sangat nanti susah pula nak buat isian semula.

4. Natural Healing Room Spray & Linen Spray

Pewangi Bilik Tidur Tanpa Alkohol

Untuk ibu bapa yang mencari produk yang selamat digunakan untuk bilik tidur anak kecil, korang boleh cuba produk Natural Healing.

Pewangi ini bebas alkohol dan tidak menyebabkan sakit kepala. Jadi ia selamat untuk kanak-kanak. Aromanya yang menyenangkan boleh juga disembur pada permaidani, tuala, langsir, cadar atau mana-mana fabrik

Harganya berpatutan dengan kualitinya. Pewangi ini paling sesuai untuk bilik yang berhawa dingin. Terdapat 4 jenis haruman yang menjadi pilihan korang iaitu  English Pear & Freesia, French Lime Blossom dan Aesop’s Tacit. 

5. Aerofume Scented Gel Air Freshener

Pewangi Bilik Tidur Yang Boleh Menghalau Nyamuk

Pewangi bilik tidur yang boleh mengurangkan nyamuk? Ada! Korang cuba pewangi haruman serai (Lemon Grass) dari Aerofume ini. Produk ini berasaskan gel yang juga menawarkan pilihan haruman lain seperti Aqua Flora, Lavender dan Rose.

Semua haruman ini dirumus dengan khas minyak pati semula jadi dan sesuai diletakkan di dalam kereta, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan rak kasut.

Pewangi ini tiada bahan toksik dan selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Kekuatan bau boleh diubah ikut keperluan korang dan tahan digunakan sehingga 7 minggu!

Sudahlah wangi, boleh menghalau nyamuk pula tu. Bertambah lena anak-anak korang tidur nanti.

6. LOVELY LACE Scents Reed Stick & Oil Diffuser

Pewangi Bilik Tidur Mesra Alam Sekitar

Kalau korang ada bajet lebih sedikit, sila cuba pewangi bilik tidur dari Lovely Lace ini. Produk ini direka dalam bekas kaca yang cantik dan tampak bergaya sebagai hiasan rumah atau bilik korang.

Pewangi ini selamat digunakan kerana ia tidak menggunakan api untuk mengeluarkan bau wangi. Hanya gunakan kayu penyebar haruman yang dibekalkan dengan haruman yang dibeli.

Isipadu dalam bekas yang anda beli adalah sebanyak 200ml dan mampu bertahan selama 2-3 bulan lamanya!

Ada 9 pilihan haruman yang korang boleh dipilih, antaranya Teddy Hug, Rose, Oriental Forest, Ocean Breeze dan Lavender.

7. Lampu Cherita Scented Candle

Pewangi Bilik Tidur Buatan Malaysia

Korang suka pewangi bilik tidur berbau alami? Korang mesti cuba lilin Lampu Cherita ini. Produk ini buatan Malaysia dan diperbuat daripada 100% lilin berasaskan soya. Ia juga bebas daripada bahan phthalate yang bahaya untuk kesihatan.

Antara pilihan haruman yang paling popular adalah bau Pandan yang lembut dan klasik. Pewangi ini menawarkan 49 jenis haruman berbeza! Antara haruman yang korang boleh pilih ialah Banana, Orchid, Lychee, Cola dan Sea Salt. Uniknya!

Tempoh pembakaran lilin ialah antara 50-70 jam. Tapi korang diingatkan untuk tidak menyalakannya melebihi 4 jam dalam satu-satu masa. 

Jangan tinggalkan lilin yang menyala tanpa sebarang pengawasan ok. Untuk keselamatan gunakan candle warmer.

Okay, dah dapat idea haruman apa yang korang suka? Selamat membeli-belah dan selamat tidur dengan lena!

Leave A Reply

Your email address will not be published.