Take a fresh look at your lifestyle.

7 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama

0 146

Mencuci pakaian adalah salah satu rutin kerja rumah yang dilakukan hampir setiap hari. Pilihan sabun basuh baju dipasaran ada banyak dan kadang kala buat korang keliru kan.

Nak pilih sabun basuh baju serbuk ke atau jenis cecair? Sebenarnya keduanya memberi hasil yang agak sama. Tapi lepas tu korang kena pilih jenama terbaik untuk keperluan korang pula. Ada begitu banyak jenama sabun basuh baju dipasaran sampai tak tahu mana satu beli

Jadi, apa kata korang tengok senarai 7 sabun basuh baju terbaik dan detergen paling wangi.

Sabun Basuh Baju Wangi Dan Tahan Lama

1. Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty
Sabun basuh baju untuk jemuran indoor

Kalau rumah korang tiada kawasan luar untuk menjemur baju, korang boleh pilih sabun dari variasi ‘Indoor Drying Goodbye Musty’ ni. Ia dirumus khas untuk basuhan baju yang dijemur tanpa matahari seperti didalam rumah atau ketika cuaca mendung.

Pihak pengilang jenama sabun ini memperkenalkan bahan yang mengandungi ekstrak tumbuhan aktif. Jadi sabun ni tidak akan memberi kesan rengsaan kepada kulit yang sensitif.

Harga pun berpatutan dengan isi kandung seberat 3.8 kilogram yang boleh bertahan hingga 1-2 bulan penggunaan. 

2. Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort
Sabun basuh baju untuk wangian kekal berpanjangan

Siapa tak suka bau pakaian yang wangi kekal berpanjangan kan? Variasi sabun baju jenama ini adalah pilihan yang sesuai untuk korang.

Sabun ini adalah kombinasi formulasi membersih Breeze dan haruman wangian Comfort. Setiap helaian pakaian umpama disembur minyak wangi flora yang memikat.

Korang tak perlu rendam, sental dan menambah peluntur. Dengan satu scoop sabun sahaja membantu membersih dibahagian kolar dan lengan baju. Tapi sabun ini kurang sesuai untuk kulit yang sensitif.

3. DAIA Detergent Powder Eau De Parfum
Sabun basuh baju untuk tanpa rendaman

Buat para ibu yang ada anak-anak aktif dan bersekolah, sabun baju ini sesuai untuk korang. Ini kerana bau wangi yang tinggal selepas sabun ini digunakan tahan lama.

Sabun ini juga menggunakan Triple Enzyme Technology yang dapat menghilangkan kotoran dengan efisien tanpa memerlukan proses rendaman.

Sabun ini wangi kerana ia mempunyai haruman musky dan warm woods, sweet roses dan fruity apple serta fresh, sparkling dan green fruity. Ia mempunyai campuran wangian yang direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka.

Sesuai untuk jemuran dalam rumah dan basuhan mesin atau tangan. Tapi bagi yang berkulit sensitif, cuba dulu dalam jumlah yang sedikit untuk memastikan kulit korang tidak mendapat reaksi negatif.

Oh ya, jangan lupa bilas pakaian korang dengan sempurna sebab sabun ini boleh meninggalkan kesan serbuk sabun pada pakaian.

4. Bio-Aleev Baking Soda Laundry Detergent – Floral Bloom Scent
Sabun basuh baju untuk kulit sensitif

Untuk korang yang berkulit sensitif pasti mengalami dilema untuk memilih sabun baju yang sesuai kan. Apa kata korang cuba sabun Bio-D Aleev Baking Soda ni.

Sabun basuh baju ini dirumus dengan mengandungi serbuk soda bikarbonat yang merupakan agen pembersih semulajadi. Walaupun tanpa campuran sebarang bahan kimia berbahaya, sabun ini masih dapat menanggalkan kotoran tanpa beri kesan putih atau daki sabun pada pakaian korang.

Tapi sabun ini agak kurang berkesan digunakan untuk menghilangkan kesan berminyak dan daki pada pakaian.

5. Ameco Liquid Laundry Detergent

Sabun basuh baju jenama Ameco ini adalah sabun yang sesuai untuk korang yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Harganya yang berpatutan untuk untuk isi kandung sebanyak 10kg dapat memberi penjimatan yang banyak untuk korang.

Walaupun harga sabun ini rendah, kualitinya masih dititik beratkan oleh pihak pengilang. Berkesan membasmi kotoran dan bakteria dengan efisien, sabun ini juga mempunyai enam pilihan wangian iaitu – Tulip, Sri Manjung, Dedaun, Summer, Lavender dan Deluxe.

Semuanya mempunyai haruman tahan lama sehingga 72 jam dan memberi kesan lembut pada pakaian. Tapi korang cuma boleh beli sabun ini di kedai online di Lazada dan Shopee

6. Top Low Suds Detergent Powder

Korang tahu tak yang mesin basuh baju muatan depan adalah jenis ‘manja’. Ini kerana drum mesin basuh ini sensitif terhadap buih dan sisa sabun (suds). Mesin jenis ini juga direka untuk menggunakan kurang air berbanding mesin basuh biasa.

Kalau korang guna mesin jenis ini, boleh pilih serbuk sabun basuh baju dari jenama TOP. Formula rendah buih membantu drum mesin mencuci pakaian lebih baik dan memastikan sisa buih dikeluarkan sepenuhnya. 

Sabun ini mampu membersih pakaian secara efektif dan efisien dengan memastikan bakteria, virus dan habuk hama disingkirkan dengan maksimum.

Walaupun tidak banyak pasaraya menjual sabun jenis ini, korang masih boleh beli di kedai online seperti Lazada atau Shopee.

7. DYNAMO Power Gel Anti Bacterial

Sabun basuh baju jenis cecair ini sangat efektif membasmi bakteria untuk cucian yang banyak walaupun korang hanya menggunakan satu penutup penuh botol.

Formulasi anti-bakteria turut memberi bau cucian yang wangi dan tahan lama. Sabun ini juga mampu melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak. Jadi pakaian tetap bersih walaupun sudah dibasuh lama. 

Korang tak perlu risau pakaian korang rosak sebab molekul sabun basuh baju Dynamo ini tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna. Sabun ini juga sesuai untuk korang yang berkulit sensitif.

Khas untuk wanita lepas bersalin

yang nak

kempiskan perut 

dalam 3-7 hari sahaja

dalam 3-7 hari sahaja

 KEMPISKAN PERUT

Leave A Reply

Your email address will not be published.