Take a fresh look at your lifestyle.

Cordless Drill Terbaik – 5 Jenama Pilihan

0 2,835

Cordless drill terbaik merupakan tool WAJIB ada di rumah tau sekarang.

Ringan dan mudah digunakan, kaum wanita juga tiada masalah nak bertukang sendiri.

Tak perlu tunggu suami nak drill lubang, pasang perabot, kita buat sendiri je cepat dan mudah.

Nak sangkut frame gambar pon mudah bila ada cordless drill ni.

Ada banyak jenama cordless drill terbaik dekat pasaran.

Jom baca senarai dekat bawah ni , boleh beli ikut kegunaan dan yang sesuai dengan bajet masing masing.

Cordless drill terbaik

1. KEELAT Cordless Drill

Datang dalam 5 warna pilihan, memang best lah banyak warna boleh pilih.

Keyless ye, tak perlu susah susah nak kunci manual sakit tangan, jimat tenaga!

Mempunyai beberapa mod kelajuan yang boleh dipilih ikut situasi, untuk pemula sesuai boleh cuba perlahan-lahan.

Mempunyai lampu LED, mudah untuk drill bahagian yang gelap.

Lengkap dengan ‘flexible shaft’ dimana anda boleh drill/skru bahagian sukar diakses dengan mudah.

Rekaan motor tahan lasak , senyap dan sangat praktikal.

2. STANLEY SCD121S2K-B1 Cordless Drill Driver – Cordless drill terbaik

Jenama Stanley ni agak terkenal untuk barang-barang hardware.

Salah satunya cordless drill.

Datang dengan signature warna kuning hitam yang menawan.

Juga keyless, mudah nak tukar mata bid.

Kuasa torque maksima sehingga 26Nm, boleh drill bahgaian keras dan diameter lubang lebih luas.

Mempunyai grip pemegang yang berkualiti.

Ringan , hanya 1kg sahaja, akak-akak pon tiada masalah nak guna drill ni.

3. MILWAUKEE 88V Cordless Impact Drill 

Milwaukee terkenal sebagai jenama tahan lasak.

Cordless drill ini mempunyai kuasa torque sehingga 50Nm.

Dwi kelajuan, laju dan perlahan dengan rpm antara 750-1850.

Keyless bid assembly, maksimum saiz bid adalah 10mm.

Mempunyai lampu LED memudahkan aktiviti di kawasan kurang cahaya.

Jaminan 6 bulan ketahanan.

4. MNKITN 21V Cordless Drill 

Sesuai untuk kegunaan biasa di rumah, atas mana-mana permukaan.

Mempunyai lampu LED sesuai untuk kerja di tempat gelap.

Bit assembly secara manual, jenis kunci skru.

Drill bit size diantara 0.8-10mm.

Dengan teknologi KickBack Start , mesin akan berhenti secara automatik sekiranya mata drill jammed ketika beroperasi.

Rekabentuk mantap dan ergonomik, sesuai untuk postur badan bekerja yang selesa.

5. BOSCH 288V Cordless Impact Driver – Cordless drill terbaik

Sebut jenama Bosch , ramai yang memperakui ketahanan jenama ni ye.

Keyless chuck, easy bid assembly just plug and play.

Mempunyai lampu LED untuk memudahkan aktviti di kawasan kurang cahaya.

Mod dwi kelajuan, boleh pilih ikut kesesuaian.

Terdapat 25 jenis mod drill.

Rekaan ergonomik dan grip pemegang yang sesuai untuk bekerja dengan selesa dan selamat.

Brushless motor dan ketahanan dijamin sehingga 10 tahun.

Harga sangat mampu milik bawah rm200.

Leave A Reply

Your email address will not be published.