Take a fresh look at your lifestyle.

7 Gelas Terbaik dan Unik untuk Hidangan Dan Hadiah

0 329

Mencari cawan atau gelas terbaik? Boleh baca di bawah ini ye

Cawan dan gelas merupakan barang keperluan yang penting di dapur setiap rumah.

Tak kisahlah ia diperbuat dari apa, yang penting fungsinya adalah untuk diisi air bagi menghilang dahaga.

Sekarang gelas dan cawan didesign dengan pelbagai bentuk yang cantik dan unik. Harga pun mampu milik.

Korang boleh baca post kat bawah ini untuk tengok cawan gelas yang jadi pilihan ramai zaman sekarang.

Cawan gelas terbaik

1. Luminarc Coffee Cup – Gelas terbaik dari material jenis hardened glass

Cawan Luminarc ini diperbuat daripada material jenis hardened glass, di mana ia mampu tahan panas air yang melampau dan tahan retakan jika terjatuh.

Cawan ini selamat korang masukan ke dalam microwave. Setiap pembelian Luminarc coffee cup, korang akan dapat 6 cawan.

Syarikat yang membuat cawan ini berasal dari Perancis, dah lama dalam industri pembuatan barang dapur sejak 1948.

Korang tak perlu risau dengan kualitinya kerana kualiti cawan ini setanding dengan cawan premium yang ada di luar sana.

Kelebihan

  • Boleh panaskan guna microwave
  • Anti retak
  • Tahan panas

Kekurangan

  • Tak ada tempat pegang. Kena hati-hati jika air masih panas lagi.

2. 8oz Unbreakable Drinking Cup – Gelas terbaik dari plastik polycarbonate

Korang nak cawan gelas yang tahan lasak apabila jatuh tempat tinggi? Korang boleh beli satu set 8oz unbreakble drinking cup. Ia diperbuat daripada plastik polycarbonate yang sangat kuat.

Design cawan ini agak classic dan elegan, ia akan kena dengan pelbagai tema.

Selain itu, cawan ini mampu tahan suhu air panas sehingga 100 darjah celcius.

Ia tahan lama dan tak mudah pecah.

Kelebihan

  • Design cawan yang classic dan elegan
  • Anti retak
  • Tahan lama
  • Tak mudah pecah

3. Double Wall Bistro Glass Cup

Sukakan cawan gelas terbaik yang lain dan unik?

Apa kata korang beli satu set bistro glass cup. Cawan ini diperbuat daripada kaca borosilikat.

Ia mampu tahan panas air sehingga 100 darjah celcius, sesuai untuk hidangan minuman panas-panas.

Dengan reka bentuk yang nampak macam air dalam cawan terapung dan diluar ada kaca, bagus untuk elakkan air cepat sejuk. Reka bentuk ini korang boleh nampak dalam botol air jenis thermal flask.

Kelebihan

  • Air kekal panas dalam masa setengah jam
  • Design cawan yang unik

Kekurangan

  • Pecah kalau terkena hentakan yang kuat

4. 12 oz Libbey Premium Quality Tall Glass

Korang nak hidangkan jus buah-buahan kepada tetamu istimewa korang?

Bolehlah beli satu set Libbey premium quality tall glass ni.

Ia direka untuk beri ilusi kepada tetamu istimewa korang supaya gelas ini nampak banyak air di dalamnya, tapi sebenarnya sikit sahaja.

Gelas dibuat oleh syarikat Libbey yang terkenal di Amerika Syarikat.

Tahan lasak dan juga boleh basuh guna dishwasher. Jimat masa.

Kelebihan

  • Design cawan yang menarik dan berilusi
  • Tahan lasak

Kekurangan

  • Gelas agak berat, tidak sesuai untuk kanak-kanak

5. 11 oz 24K Double Line Glass

Gelas ala-ala gelas wine sedikit, tapi korang jangan pula letak wine dalam ni… hehehe.

Ada banyak lagi jenis air yang korang boleh isi dalam ni. Air jus contohnya…. lagi nampak class dan mewah gitu kan.

Ia diperbuat daripada kaca silika yang boleh tahan panas.

Gelas ini ada kaki yang tak terlalu tinggi supaya ia kekal stabil. Design ia juga agak ergonomik, korang boleh pegang cawan ini dengan selesa di tangan korang.

Kelebihan

  • Design moden
  • Senang untuk pegang di tangan

6. Borosilicate COLA Glass Cup

Ini gelas paling unik dalam senarai ini yang korang perlu beli satu. Diperbuat daripada kaca borosilikat yang tahan perubahan suhu.

Design gelas ini agak unik dan rare dan susah nak jumpa di kedai. Boleh buat kita terleka dengan hiasan yang diprint pada badan gelas.

Kelebihan

  • Design yang agak unik dan rare
  • Tahan panas

Kekurangan

  • Tak ada pemegang

7. Ikea Pokal Glass Set

Gelas yang simple tapi menarik macam ni memang menjadi pilihan orang Malaysia.

Ia diperbuat daripada material tempered glass yang memang tahan lasak dan tahan panas.

Kelebihan

  • Design cawan yang unik dan classic
  • Tahan lasak
Leave A Reply

Your email address will not be published.