Take a fresh look at your lifestyle.

Seterika Baju Terbaik – 8 Jenama Pilihan, Cepat Hilang Kedut

0 1,522

Bagi korang yang sedang mencari seterika baju terbaik yang sesuai digunakan kat rumah korang boleh baca artike ini dengan lebih detail.

Ada baju yang kedutannya susah sikit untuk hilang dan perlukan masa yang panjang untuk buatkan baju tu lurus tanpa kedutan.

Dengan guna seterika baju terbaik yang kami cadangkan ini, mungkin akan dapat menyelesaikan masalah korang yang susah untuk gosok baju serta ambil masa yang lama untuk gosok baju korang.

So, mari kita tengok jenama seterika baju yang terbaik dan sesuai untuk korang semua.

Seterika Baju Terbaik

1. Philips Garment Care Steam Iron

Seterika ini merupakan seterika yang moden dengan saiz yang kecil memudahkan korang untuk guna.

Disebabkan oleh kuasa 2500w teknologi dan penjanaan wap berterusan, pakaian yang digosok cepat hilang kedut.

Seterika ini sangat pintar kerana plat tapak menggunakan Teknologi OptimalTEMP termaju.

Ianya mampu mengawal suhu supaya baju ataupun kain korang tidak terbakar. Seterika ini juga dilengkapi dengan wap yang memudahkan korang untuk meluruskan baju yang memiliki kedutan yang sangat teruk.

Apa yang menariknya, seterika ini akan secara auto mati jika korang tinggalkan dan ini merupakan ciri keselamatan yang penting untuk elakkan sebarang kebakaran.

2. Tefal Access Steam First Handheld Steamer Travel

Korang suka travel dan malas nak bawak seterika rumah korang yang besar gedabak tu?

Kini tak lagi, dengan saiz seterika ini yang kecil dan ringan, sangat mudah untuk disimpan dan di bawah ke mana-mana.

Ianya juga lengkap dengan tangki air dan akan mengeluarkan wap yang cukup untuk menyelesaikan masalah kedutan baju pada baju korang.

Korang tak perlukan papan seterika pun untuk menggosok baju, cukup dengan gantung je baju korang pastu semburkan saja wap air daripada seterika ini kemudia baju korang akan lurus selurusnya.

Didatangkan dengan rekaan yang ergonomik yang dapat mengelakkan tangan korang daripada terkena wap air yang panas itu.

3. PHILIPS Easy Touch Stand Steamer

Seterika ini dilengkapi dengan ‘stand’ yang membuatkannya boleh berdiri dan juga memiliki 3 jenis wap yang boleh diubah mengikut kegunaan korang.

Selain itu, ianya juga didatangkan dengan tempat gantung pakaian untuk korang supaya tidak lagi perlu mencari tempat gantung untuk guna seterika ini.

Terdapat juga papan pada bahagian terpat gantung pakaian itu untuk mengelakkan pakaian korang daripada bergerak semasa proses ‘menggosok’ baju.

Tangki yang datang dengan seterika ini juga besar, so tak perlu kerap isi air.

4. Panasonic Non-Stick Coating Dry Iron

Datang dengan ‘body’ yang kecil membuatkan seterika ini mudah untuk digunakan oleh korang semua dan dijamin tidak akan merosakkan pakaian.

Hal ini kerana, seterika ini mempunyai ciri khas iaitu memilik tapak non-stick yang mampu mengelakkan risiko daripada pakaian hangus.

Ianya mampu menaikkan suhu dalam waktu yang singkat tanpa perlu menunggu lama pun untuk gunakan seterika ini.

Kalau korang jenis ‘mak-mak’ yang suka dengan design seterika yang dulu-dulu, bolehlah mengimbau kenangan bila pakai iron ini.

5. Tefal Express Steam Iron

Seterika ini memiliki bentuk yang menarik dan juga didatangkan dengan fungsi tambahan yang canggih, dan mampu membuatkan pakaian korang hilang berkedut hanya dengan sekali gosok sahaja.

Dilengkapi dengan pilihan 5 kuasa wap yang boleh korang pilih yang mana sesuai dengan jenis pakaian.

Tambahan pula, saiz tapak menggosok yang luas dan terhasil daripada seramik soleplate yang mampu melancarkan aktiviti menggosok pakaian.

6. Philips Featherlight Plus Steam Iron with Non-Stick Soleplate

Seterika steam ini merupakan seterika tradisional yang terbaik dari Philips, memiliki tapak non-stick soleplate yang memudahkan aktiviti menggosok baju korang.

Bukan sahaja didatangkan dengan sistem wap air malahan korang boleh pilih sendiri jenis semburan wap yang korang ingin gunakan.

Juga dilengkapi dengan fungsi steam boost yang sesuai untuk korang yang ada baju yang jenis kedutan yang degil.

7. Panasonic Cordless Dry Iron

Seterika dari Panasonic ini amatlah sesuai dengan korang yang selalu serabut dengan wayar yang ada pada seterika korang.

Hal ini kerana seterika ini hadir dengan fungsi tanpa wayar yang membuatkan korang tidak perlu lagi serabut dengan wayar yang ada pada seterika korang semasa gosok baju.

Kalau sekali sekala nak pakai yang ada wayar, ianya juga didatangkan dengan wayar supaya korang boleh pilih nak guna wayar ataupun tanpa wayar.

Dengan kemudahan ini, korang boleh menggosok bukan sahaja baju tetapi juga cadar katil ataupun apa sahaja yang jauh daripada plug di rumah korang.

8. DESSINI ITALY Electric Ceramic Soleplate Garment Steam Iron Sprayer Steamer Clothes Brush 

Model seterika ini hadir dengan pelbagai fungsi menarik yang mampu membuatkan aktiviti menggosok baju menjadi seronok.

Bukan sahaja memiliki tangki wap air yang kemas, tetapi ia juga diberikan sekali dengan cup untuk memudahkan lagi pengisian wap air ke dalam seterika ini.

Apa yang menariknya lagi, seterika ini boleh digunakan dengan 2 cara iaitu sama ada nak menggosok dengan cara normal ataupun dengan cara menegak. Hal ini kerana lubang wap air seterika ini yang diciptakan secara menegak.

Ianya juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang penting seperti akan terpadam secara automatik sekiranya kuantiti air tinggal sedikit dan perlindungan daripada berlakunya pemanasan yang melampau.

Leave A Reply

Your email address will not be published.