Take a fresh look at your lifestyle.

5 Jenis Tilam Lipat Yang Selesa Dan Jimat Ruang

0 438

Mana lebih baik, tilam lipat atau toto?

Tilam lipat dan toto adalah benda yang perlu ada pada setiap rumah.

Cuma bezanya, toto lebih nipis berbanding tilam lipat.

Tilam ini mudah disimpan kerana ia boleh dilipat menjadi saiz yang jimat ruang apabila tidak digunakan.

Jika saudara mara berkunjung dari jauh dan bermalam di rumah terutama pada waktu raya, tilam lipat ini cukup membantu dan mungkin memberi keselesaan jika dibandingkan dengan tidur di atas karpet atau lantai dengan selimut atau toto yang besar.

Isu ini merangkumi pelbagai jenis tilam lipat di pasaran. Jika korang memerlukan tilam untuk tetamu, boleh pertimbangkan untuk beli tilam boleh lipat daripada senarai di bawah.

Tilam Lipat

1. Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress (Fibre) + Fitted Bedsheet

Memilih tilam untuk anak adalah keputusan penting bagi setiap ibu bapa dan harus diberi pertimbangan yang lebih.

Tilamdari Sunpillo ni dibuat dengan sabut kelapa asli dan isian dalam tilam berketumpatan tinggi. Ia penting untuk keselesaan tulang bayi yang masih lembut.

Tilam lipat ini juga boleh digunakan sebagai alas playpen.

Bayi akan selesa walau tanpa pakaian sebab pad tilam ni diperbuat dari kain damask yang lembut dan diperbuat daripada sutera.

2. Goodnite Spinahealth Single Foldable Premium Rebonded Foam Mattress

Dapatkan tidur yang lebih lena dengan tilam yang diperbuat daripada Rebond Foam, yang sihat untuk postur tulang belakang korang.

Selain untuk berehat, tilam ini juga boleh digunakan sebagai asas untuk aktiviti ringan di rumah.

Tilam lipat ini mudah disimpan dan disertakan dengan beg khas untuk tujuan penyimpanan.

Dihasilkan dengan ketebalan setebal 2 inci dan hanya memiliki berat 5kg.

Sesuai untuk dibentangkan di depan TV, tujuan perkhemahan, bilik permainan kanak-kanak dan juga tilam sampingan jika ada tetamu datang.

3. Cassa Sunpillo S99 Foldable Rubber Foam Thick 3inch Single Mattress

Sesetengah individu memilih tilam busa getah kerana ia adalah anti-anai-anai, anti-bakteria dan anti-kulat.

Cassa diperbuat daripada busa getah dengan ketahanan yang tinggi yang membolehkan tilam digunakan untuk tempoh yang lama. .

Tilam ini didatangkan juga dengan beg bagi memudahkann tilam ini untuk disimpan serta di bawa ke mana-mana sahaja korang pergi.

4. MCO delivery Comfort upgrade Masterfoam Queen Foldable Mattress

Tilam lipat bersaiz queen ini boleh memuatkan dua orang.

Tilam boleh lipat ini diperbuat daripada foam dan fabrik berkualiti tinggi, memberikan keselesaan yang sangat baik.

Apabila tidak digunakan, ia dilipat menjadi tiga bahagian untuk penyimpanan mudah.

Jangan lupa alas tilam dengan cadar dan comforter korang untuk tilam. Supaya tilam lagi tahan lama dan tak mudah kotor.

Tilam boleh lipat dua jadi single jika nak tebal, boleh membantu korang tidur dengan lebih lena dan selesa.

5. Cassa Nano Foldable Single 6 Inch Thick Foam Mattress / 1 Seater Sofa Bed 4 In 1

Ha.. ni yang paling menarik.

Tilam yang boleh transform ke sofa ni didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu jaluran biru putih, hijau putih dan oren putih.

Jika tak nak guna sebagai tilam, tilam lipat ini boleh ditransform jadi sofa.

Hanya dengan 4 kali lipat sahaja, katil tu akan bertukar jadi sofa.

Katil sofa atau tilam boleh lipat ini diperbuat daripada foam getah dan fabrik berkuitif dan sesuai untuk kegunaan di ruang tamu. Corak pun menarik, sesuai letak di ruang tamu.

Penggunaan katil sofa ni boleh jimatkan ruang untuk rumah yang sempit. Lagi satu, boleh jimat duit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.