Take a fresh look at your lifestyle.

7 Periuk Kaca Terbaik Dan Berkualiti – Makanan Makin Sedap Dan Lambat Sejuk

0 823

Untuk yang sedang cari periuk kaca terbaik, korang boleh refer kat bawah ni ye.

Tahukan korang yang periuk kaca memiliki ketahanan haba yang lebih lama berbanding dengan periuk aluminium ataupun periuk besi yang biasa diguna dekat rumah.

Selain dari cantik dan menarik, salah satu kelebihan penggunaan periuk kaca ialah makanan jadi lambat sejuk.

Harga periuk kaca juga tidaklah jauh beza dengan periuk lain.

Untuk korang yang masih baru nak berjinak-jinak dengan periuk kaca ni, boleh lihat senarai periuk kaca terbaik di bawah :

Periuk Kaca Terbaik

1. Locaupin Glass Pot with Lid Cover Borosilicate Glass with Handle Multipurpose Heat-resistant Cooking Pot/Pan Cookware

Periuk ini dihasilkan daripada kaca yang membuatkan periuk ini bersifat lutsinar, ianya memudahkan korang untuk tengok keadaan di dalam periuk ini dengan lebih jelas berbanding dengan periuk lain.

Kelebihan yang ada pada periuk kaca ini adalah, korang tidak perlu risau dengan bau yang akan ditinggalkan selepas korang mambasuh periuk ini kerana ianya tidak bersifat lekat bau.

Haba yang mampu ditahan oleh periuk kaca ini juga tinggi iaitu setinggi 150°C. Yang paling penting ialah ianya boleh digunakan di dalam microwave, peti sejuk dan ketuhar.

2. Glass Cooking Pot Milk Instant Noodle Pot Soup Stock Porridge Pots Wooden Handle Open Flame Heating Kitchen Cookware

Untuk korang yang suka masakan bersup, periuk kaca ini amatlah sesuai untuk korang sebab boleh digunakan di 2 jenis dapur iaitu dapur gas ataupun dapur elektrik.

Hadir dengan pemegang kayu yang mampu mengelakkan haba daripada mengalir di kawasan pemegang untuk memudahkan korang pegang periuk kaca tersebut tanpa ragu ianya akan panas.

Selain daripada untuk memasak, ianya juga sesuai digunakan untuk memanaskan susu ataupun cecair lain kerana ianya bebas daripada kandungan plumbum.

3. Visions 6pcs Covered Varsapot + 3pcs Plastic Cover Casserole Cookware Set

Kalau rasa nak bagi hadiah kepada ibu ataupun kepada kawan korang yang baru nak dirikan rumah tangga, set periuk kaca ini sangat sesuai.

Periuk kaca ini amatlah sesuai untuk masakan yang berasaskan sup kerana bentuknya yang dalam. Ianya terhasil daripada bahan yang berkualiti dan datang dalam 3 saiz yang sangat sesuai.

Kelebihan periuk kaca ini adalah tahan lasak.

Korang boleh terus panaskan di atas dapur gas ataupun dapur elektrik walaupun baru sahaja dikeluarkan daripada peti sejuk.

4. Micasa Square Tempered Amber Glass Casserole

Rekaan periuk kaca yang menarik dan berbentuk segi empat ini memang ada ramai peminatnya.

Bukan sahaja dapat digunakan di dalam microwave tetapi kerana kualitinya itu, periuk kaca ini juga tahan lasak. Ia boleh dipanaskan terus selepas keluar dari peti sejuk.

Datang dengan 3 saiz yang sangat sesuai untuk kegunaan isi rumah.

Boleh dibersihkan menggunakan dishwasher kerana sifatnya yang mudah sangat untuk dibersihkan.

5. GLASS CASSEROLE

Periuk kaca berbentuk bulat ni bukan sahaja untuk memasak, tapi sesuai juga untuk dihidang terus di atas meja.

Walaupun harganya agak murah tapi ia tetap tahan lasak. Boleh digunakan untuk memasak di dapur biasa atau di dalam microwave.

Periuk kaca dari material borosilikat ni datang dengan kapasiti 1.0L.

Sesuai untuk digunakan dalam peti ais, boleh digunakan dalam microwave, oven dan sehingga suhu 120.

Elakkan guna utensil dari besi sebab ia akan sebabkan kesan calar pada permukaan dalam periuk.

Selamat untuk dibasuh dalam dishwasher.

6. Amber Casserole Heat Resistant Mangkuk Kaca Berpenutup Color Chocolate

Periuk kaca ini ni datang dengan bentuk bulat dan empat segi.

Bukan sahaja boleh digunakan untuk kegunaan sendiri, tetapi juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan atau kepada yang tersayang.

Datang dengan 3 saiz iaitu

1.0 liter -19.5cm x 19.5cm x 11cm

1.2 liter – 19.5cm x 19.5cm x 11cm

2.0 liter – 22.5cm x 22.5cm x 13.3cm

Periuk kaca ini memiliki saiz yang kecil dan comel yang memudahkannya untuk disimpan di mana sahaja tanpa perlu memakan banyak ruang dalam almari korang.

Periuk ini boleh digunakan di dalam microwave dan oven serta selamat digunakan dalam dishwasher

7. Vantage 5L Cherry Blossom Amber Cookware

Periuk kaca ini memiliki teknologi menahan haba dalam jangka masa yang lama, disebabkan periuk kaca ini memiliki teknologi tersebut ianya juga dapat membantu kepada penjimatan gas di rumah korang.

Reka bentuk periuk kaca ini adalah tidak berliang dan kapasitinya juga besar iaitu sebanyak 5 L. Sangatlah sesuai untuk korang yang suka memasak masakan berkuah dalam kuantiti yang banyak.

Mudah untuk dibasuh dan sesuai dalam suhu yang terlampau sejuk atapun suhu terlampau panas kerana kualitinya yang sangat tinggi.

Perlu diingatkan periuk kaca ini tidak sesuai untuk masakan lain seperti membuat bertih jagung ataupun memanaskan gula caremel kerana periuk kaca ini lebih dikhususkan kepada masakan berasaskan sup ataupun masakan berkuah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.