Take a fresh look at your lifestyle.

Kasut Bola Terbaik – Sangat Selesa dan Berkualiti

0 274

Hampir semua jenis sukan di atas muka bumi ini memerlukan kasut yang sesuai untuk dipakai ketika bersukan. Bola sepak juga tidak terkecuali walaupun korang pandai main atau tidak, tua atau muda, pemilihan kasut bola terbaik dan betul adalah elemen yang harus dititikberatkan.

Lambakan kasut bola di dalam pasaran membuatkan ramai orang rambang mata dan sering kali tidak mampu membuat pilihan tepat.

Ada yang mahal dan ada yang murah. Tetapi harus diingat bukan semua yang murah tidak berkualiti dan bukan semua yang mahal sesuai untuk dipakai.

Artikel ini bakal membantu korang untuk memilih kasut bola yang benar-benar sesuai dan selesa dengan kaki korang.

7 Jenama Kasut Bola Terbaik

1. Nike Mercurial Superfly VIII Elite

Kalau korang nak tahu, Christiano Ronaldo dan Klyian Mbappe pun pernah mengunakan boot bola dari rangkaian jenama kasut bola ini.

Kasut bola ini sangat ringan dan memudahkan korang berlari dengan pantas untuk membawa bola ke tiang gol.

Selain itu, kasut bola ini amat sesuai untuk korang yang berada di kawasan pertahanan, yang memerlukan banyak pergerakan, larian dan kawalan bola.

Ini kerana bahagian luar yang nipis dan memberi cengkaman yang padu pada bola. Kasut bola terbaik adalah yang berkualiti dan memberi keselesaan ketika bermain.

2. Adidas X Ghosted 2

Selain Nike Mercurial series, korang juga boleh memilih kasut bola dari Jenama Adidas X series juga. Ini kerana kedua-dua jenama kasut ini turut dapat membantu korang untuk dribbling dan kawal bola dengan baik.

Boot bola ini sangat ringan dan memudahkan korang untuk berlari dengan pantas. Selain itu, boot bolat ini sesuai untuk jenis padang baik firm grass mahupun sintetik.

Dengan reka bentuk lidah kasut yang fleksibel membuatkan kasut ini mudah dipakai. Tambahan dengan panel yang menutupi tali dan rekaan yang mengoptimumkan tapak kaki untuk membantu kawalan bola yang lebih baik dan kemas.

3. Nike Phanton Venom Elite FG

Boot bola ini amat sesuai dan direka khusus untuk korang yang berada di position Striker.

Bahagian atas binaan Flyknit sekeping dengan kabel Flywire pada kasut ini memastikan keselesaan apabila dipakai. Sekaligus, menyenangkan korang membuat rembatan bola yang padu ke arah gawang.

Kasut bola sepak Nike Phantom Venom Elite, dapat membantu korang untuk mencipta putaran tambahan pada bola serta meningkatkan kawalan semasa merembat bola.

Manakala tapak HyperReactive memberi kestabilan dan keselesan kepada korang ketika bermain bola sepak.

4. Adidas Predator Mutator 20.1 FG

Kasut Bola Adidas Predator, direka dengan teknologi Demonskin iaitu duri getah bagi menambahbaik cengkaman bola serta lencongan ketika korang membuat hantaran dan rembatan.

Bahagian tapak luarnya pula membantu korang untuk membuat kawalan bola semaksimum yang mungkin.

Manakala,bahagian atas tekstil knit pada kasut bola sepak ini melilit kaki korang untuk kesesuaian 360 darjah, manakala reka bentuk potongan pertengahan menyokong buku lali korang.

Kalau sebut siri kasut bola Adidas Predator ini, pastinya mengimbau ingatan korang kepada hantaran dan sepakan percuma melencong ke arah pintu gol.

5. PUMA Future Z 3.4

Future Z 3.4 yang menampilkan garisan dan pancaran warna kuning Neon yang menyerlah dan menarik perhatian ketika korang beraksi di padang.

Kasut bola ini bukan sekadar rupa yang mantap tetapi dilengkapi dengan teknologi tinggi untuk memberikan korang cengkaman dan kawalan bola yang terbaik.

Sekaligus memastikan kaki korang terkunci dengan selamat dengan teknologi Fuzionfit+ termaju. Fuzionfit+ merupakan teknologi mampatan mudah suai yang mengunci kaki korang dan membolehkan korang membuat pergerakan yang lebih mantap ketika beraksi.

Selain itu, tapak luar Sistem Gerakan Dinamik yang ringan dan reaktif memindahkan tenaga korang terus ke padang.

Antara bintang terkenal yang menggunakan rangkaian kasut bola Puma Future Z ialah Neymar dan Luiz Suarez.

6. PUMA King Top FG

PUMA King Top FG direka dengan bentuk luaran yang sangat klasik dan ikonik kerana ia mengingatkan kita kepada lagenda seperti Pele, Lothar Matthaus dan Maradona serta nostalgia Piala Dunia Fifa dulu-dulu.

Walaupun reka bentuk luarannya sangat klasik, Puma telah melancarkan semula model kasut bola ini dengan teknologi terbaru.

Kasut ini direka bentuk di Itali yang menampilkan bahagian atas kulit yang anggun dan kolar empuk lembut dengan lidah lipatan.

Tapak kasut luarnya bersifat ringan membolehkan korang bergerak pantas dan diakui sesuai untuk hampir semua jenis gaya permainan dan tahan lasak.

7. Mizuno Morelia Neo 3 Elite

Jenama Mizuno ini adalah jenama dari Asia yang tidak kurang hebatnya setanding dengan jenama-jenama yang ada di pasaran.

Kasut ini sangat tahan lasak, selain itu ia memberi keselesaan dan sangat ringan. Seolah-olah korang rasa macam berkaki ayam ketika bermain bola.

Ia mempunyai ciri-ciri premium yang korang inginkan termasuk kaunter tumit luaran, K-Leather berkualiti tinggi, serta diperbuat dengan kejuruteraan berteknologi tinggi.

Fernando Torres, Kaka dan Sergio Ramos adalah antara pemain bola sepak yang pernah menggayakan kasut bola dari jenama ini. Seperti kita tahu, mereka masing-masing berada dalam posisi dan gaya bermain yang berbeza. Maka, kasut bola ini boleh dikatakan sesuai untuk hampir semua gaya permainan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.