Take a fresh look at your lifestyle.

5 Jenis Ubat Selsema Yang Selamat Digunakan Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

0 238

Untuk pengetahuan Mommy, kanak-kanak atau bayi yang berumur di bawah dua tahun tidak sesuai untuk diberikan ubat selesema, jadi kebanyakan ibu bapa akan merujuk kepada rawatan alternatif tanpa ubat.

Malahan jika Mommy berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik pun mereka tidak akan mempreskripsikan ubat kepada bayi di bawah usia dua tahun.

Oleh kerana itu, dengan mengunakan ubat yang hanya digunakan dibahagian luar badan bayi/kanak-kanak adalah lebih selamat.

1. Ubat Selsema Jenis Semburan Hidung

Ubat semburan ini biasanya diberikan oleh doktor kepada bayi bawah 2 tahun. Untuk mengunakan spray ini pastikan Mommy tahu teknik-teknik mengunakannya dengan betul.

Jika Mommy tersalah step kemungkinan baby Mommy akan tersedak atau lemas.

Baringkan bayi Mommy secara mengiring, kemudian sembur 1-2 kali ke setiap lubang hidung. Bila hingus dah mencair, sedut menggunakan penyedut hingus.

2. Ubat Selsema Jenis Sapuan

Selain ubat semburan hidung, majoriti Mommy di luar sana selalunya akan menyapu ubat sapuan atau chest rub apabila anak mengalami gejala selesema, terutamanya untuk melancarkan pernafasan anak dan menghilangkan congestion atau hidung tersumbat.

Sebelum itu, pastikan ubat sapuan yang diberi sesuai dengan kulit anak Mommy memandangkan ia perlu disapu di atas kulit anak yang mungkin sensitif.

3. Ubat Selsema Jenis Minyak

Ubat yang dirumus dengan minyak pati semulajadi semakin popular digunakan oleh ramai ibu bapa. Kebanyakannya dihasilkan dalam bentuk roll-on atau tube dan boleh disapu dengan senang di atas dada anak.

Campuran minyak pati ini dapat membantu meredakan kesesakan atau congestion anak Mommy. Tambahan pula, bau minyak pati semula jadi ini sangat sedap dan boleh meningkatkan mood!

4. Ubat Selsema Jenis Mandian

Salah satu kaedah yang sering digunakan sejak dulu lagi ialah dengan menyedut wap air panas yang telah dititiskan dengan minyak atau ramuan untuk wap yang bersesuaian.

Dengan memasukkan cecair atau minyak ke dalam besen yang diisi dengan air panas, ia akan mengeluarkan wap ubat tersebut yang menenangkan untuk membantu melegakan simptom selesema dan meredakan rasa sakit pada hidung apabila dihidu.

Selain itu, ia dapat membantu mencairkan kahak dan hingus sekali gus.

5. Penyedut Hingus

Secara praktikal, penyedut hingus bukanlah jenis ubat selesema budak, akan tetapi ia menjadi kaedah yang efektif untuk Mommy meredakan simptom selesema anak.

Terdapat beberapa jenis penyedut hingus yang boleh didapati di pasaran, terdapat 2 jenis samada dalam bentuk manual atau automatik.

Bagi jenis manual, Mommy boleh gunakan penyedut manual di mana Mommy perlu picit bulb penyedut untuk mengeluarkan angin kemudian melepaskannya untuk menarik keluar hingus.

Bagi jenis automatik, Mommy hanya perlu menekan butang “On” untuk memulakan sedutan.

Jadi sebelum sedut pastikan hingus anak Mommy cair dahulu supaya tidak menyakiti dinding hidung anak yang masih lembut. Gunakan sapuan/ubatan yang saya kongsikan di atas yang dapat cairkan hingus, kemudian sedutlah menggunakan pelbagai penyedut hingus yang ada di pasaran.

Semua jenis ‘ubat’ ini selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Yang penting gunakan dengan cara yang betul dan bawa anak Mommy berjumpa dengan doktor apabila selsema makin berlarutan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.