Take a fresh look at your lifestyle.

6 Susu Formula untuk Bayi Pramatang

0 1,235

Yang mana sedang mencari susu formula untuk bayi pramatang, boleh refer kat bawah ni ye

Secara umumnya, bayi yang dilahirkan sebelum usia minggu kehamilan ke-37 dianggap sebagai tidak cukup bulan atau pramatang. Secara global, dianggarkan 1 dalam setiap 10 bayi dilahirkan sebagai bayi pramatang.

Salah satu kerisauan si ibu berkenaan bayi pramatang ialah pemakanan dan tumbesaran mereka.

Namun, sebelum membeli susu formula untuk bayi korang, lihat terlebih dahulu isi kandungan susu tersebut samada sesuai atau tidak buat bayi pramatang terutamanya bagi yang mengalami alergi. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk susu.

Dibawah ini, kami menyenaraikan susu yang sesuai buat bayi pramatang korang.

1. SIMILAC Neosure

Rumusan susu formula Similac Neosure mengandungi khasiat yang diperlukan bayi tidak cukup bulan dan tidak mengandungi hormon pembesaran tidak semulajadi.

Contoh khasiat yang terdapat di dalam susu ini ialah DHA yang penting untuk perkembangan otak, lutein untuk kesihatan mata dan vitamin E untuk pembesaran.

Kandungan protein, tenaga, vitamin dan mineral yang banyak untuk menolong bayi pramatang.

Selain itu, dapat menyokong perkembangan bayi korang dari segi berat badan, panjang dan juga diameter kepala bayi.

2. Enfamil NeuroPro EnfaCare Premature Baby Formula Milk

Nutrisi dalam susu formula Enfamil NeuroPro ini mengandungi DHA, vitamin D & C, MFGM dan minerals. Selain itu, protein lemak yang dicampur bersama MFGM dan DHA adalah rumusan yang sama ada dalam susu ibu.

Semua nutrisi ini sangat bagus untuk kesihatan si comel korang, antaranya meningkatkan berat badan si bayi di usia pramatang, membantu perkembangan otak, menguatkan tulang, dan meningkatkan imunisasi badan.

Susu ini juga telah disyorkan oleh kebanyakan pediatrik untuk bayi yang pramatang dan ada masalah kuning.

3. Nestle Pre Nan Preterm Stage 1 (400g)

Susu Pre Nan Rumusan Khas adalah satu lagi alternatif sebagai susu formula terbaik untuk bayi pramatang. Ia dirumus khusus untuk menyokong bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah selain daripada bayi pramatang.

Susu Pre Nan dapat membekalkan keperluan khasiat untuk perkembangan bayi pramatang hingga berat bayi mencapai 4kg.

Selain itu, susu Pre Nan diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pembesaran bayi pramatang.

4. S26 SMA Gold Step 1

Susu S26 Gold SMA Step 1 ialah susu premium dari Wyeth. Susu ini antara susu bayi paling mahal di Malaysia.

Susu GOLD SMA mempunyai lebih banyak khasiat kerana ia mengandungi Alpha Lipid. Alpha Lipid ini penting untuk perkembangan sistem saraf dan menyumbang kepada sambungan sel-sel otak yang lebih pantas.

Selain itu, diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA. Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi.

5. Nutricia Neocate LCP 400g

Susu Formula Nutricia Neocate ini direka khas untuk bayi korang yang mempunyai alahan dengan susu lembu.

Kandungan utama diperbuat daripada asid amino yang mudah dicerna dan tidak menyebabkan si comel korang alergi.

Malah, susu ini tidak mengandungi gula, pewarna atau perasa tambahan yang tidak sesuai untuk bayi pramatang.

Susu ini juga sesuai jika bayi anda mengalami kolik atau acid reflux.

6. DUMEX Dupro Preterm

Seperti yang korang sedia maklum, susu formula untuk bayi pramatang harganya agak mahal berbanding susu formula untuk bayi biasa.

Tapi tidak untuk jenama Dupro dan walaupun harganya murah tidak bermakna ianya tidak berkualiti.

Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA. Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi.

Selain itu mengandungi nutrisi penting seperti kalsium dan IcFOS yang bagus untuk tulang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.