Take a fresh look at your lifestyle.

Biskut Bayi Terbaik di Malaysia

0 387

Gigi bayi mulai tumbuh pada usia enam bulan. Pada fasa awal gigi tumbuh, bayi akan gatal gusi. Keadaan itu mungkin menyebabkan mereka suka menggigit.

Comelkan bila si kecil korang dah tumbuh gigi?

Terutamanya apabila mereka senyum, alahai…comel betul! Tapi yang tak best nya bila dah ada gigi ni, mulalah mereka nak menggigit sana sini.

Bagi korang yang menyusukan bayi mesti berdebar-debar kan bila bayi dah pandai menggigit. Mereka cenderung untuk menggigit semasa menyusu.

Jadi berikan bayi biskut khas bagi mendorong pertumbuhan gigi dan mengelakkan mereka menggigit semasa menyusu.

Masa ni lah waktu yang sesuai untuk perkenalkan biskut bayi kepada si comel. Biskut bayi yang ada di pasaran ni korang jangan risau. Memang ia diformulakan khas untuk bayi bagi memenuhi keperluan dan nutrisinya.

Berikut merupakan antara 10 biskut bayi yang terbaik dan sangat sesuai untuk diberikan pada si manja korang.

1. APPLE MONKEY Organic Rice Cracker 30g

Biskut bayi Organic Rice Cracker ini hadir dalam bentuk 2 dalam 1 yang membolehkan korang untuk memperkenalkan perasa yang berbeza kepada bayi korang dan memastikan mereka tetap menyukainya. Bahkan, biskut beras ini juga dihasilkan mudah untuk larut di dalam mulut bayi korang.

Ia diperbuat dari beras Melati dan mengandungi bahan-bahan semula jadi dengan Omega 3 yang membantu dalam perkembangan otak dan skill kanak-kanak. Biskut beras halal organik ini merupakan snek sihat untuk bayi korang. Ia bebas daripada gluten dan tenusu dan amat sesuai untuk bayi yang perut sensitif.

2. IZZLY Biskut Bayi Homemade Baby Cookies

Biskut bayi IZZLY Homemade Cookies ini didatangkan dengan 27 keping biskut berbentuk hati di dalam setiap pek dan mempunyai pelbagai perasa. Terdapat 5 jenis perasa iaitu pisang, mix fruit, kurma, coklat dan kismis. Pilih saja!

Korang tidak perlu risau, pembungkusan biskut ini kedap udara jadi tidak perlu pindahkan biskut ke bekas lain untuk penyimpanan. Guna saja bekas yang disediakan.

Bagi korang yang menghantar anak ke taska atau pengasuh, bungkus saja biskut ini dalam bekas. Mudah!

Sesuai untuk si kecil berusia 6 bulan ke atas dan jika tiada gigi tiada masalah kerana biskut ini diproses cair dalam mulut.

Biskut ini menggunakan 100% bahan semulajadi, tiada kandungan gula, garam dan perasa.

3. Take One Baby Bites (50g x 24pcs)

Biskut Bayi Baby Bites ini adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang melalui proses tumbuh gigi atau sedang belajar untuk makan dengan sendiri. Ia mudah untuk larut dan tidak bersepah.

Malah, ia lembut untuk gusi si kecil korang yang masih lembut. Biskut bayi Baby Bites hadir dalam 4 perisa iaitu Original, Vegetable, Carrot dan Banana.

Bentuknya yang panjang dan nipis, memudahkan baby untuk pegang dan makan. Setiap kotak ada 24 keping biskut.

Biskut ni memang jadi kesukaan baby dan paling penting mudah didapati di mana-mana pasaraya di Malaysia.

4. Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks

Setiap kotak Tenten biskut mengandungi 18 bungkus dan sesuai untuk bayi korang yang berusia 6 bulan ke atas.

Sesuai untuk korang yang menghantar anak ke pengasuh, bagi saja sebungkus biskut untuk bekalan si comel di rumah pengasuh. Mudah!

Jangan risau, biskut ini tidak mengandungi perasa tiruan, bahan pengawet, lemak atau minyak tambahan.

Malah, setiap perisa akan mengandungi vitamin B1 untuk tumbesaran si kecil dan penggunaan garam adalah garam laut bukan garam biasa.

5. Milna Baby Biscuit Banana 6+ Months

Milna Baby Biscuit memberikan anak korang permulaan kepada kehidupan yang sihat dengan nutrien yang betul untuk perkembangannya yang optimal.

Rangkaian biskut Milna adalah diformulasikan khas untuk setiap peringkat perkembangan, memberikan keseimbangan sepenuhnya untuk nutrisi yang baik untuk tumbesarannya yang sihat.

Biskut Milna ini sesuai untuk diberikan kepada bayi berusia 6 bulan dan ke atas.

Biskut bayi dari Milna ini adalah satu cara terbaik untuk memperkenalkan bayi korang kepada makanan solid. Rusk menyediakan makanan tambahan yang sihat ke dalam susu botol atau susu ibu dan ia mengandungi AA, DHA dan kalsium susu.

6. CERELAC Nutribites Nutritious Biscuit

Biskut Cerelac Nutribites dikatakan biskut penuh dengan khasiat nutrisi kerana mengandungi iron, kalsium, Vitamin B1, B2 dan B6.

Biskut lazat yang sesuai dengan perkembangan dan pemakanan untuk kanak -kanak 12 bulan ke atas. Ini kerana tekstur biskut ini amat sesuai untuk gigi mereka.

Bahan yang terkandung dalam biskut ini adalah gandum, tepung, susu dan madu.Paling penting, biskut ini tidak mengandungi gula tapi digantikan dengan sukrosa.

Cuma ingin ditekankan di sini, biskut ini mengandungi kacang, soya dan telur jadi bayi korang yang alahan dengan bahan ini sebaiknya elakkan.

7. IBUANIS Homemade Baby Cookies

Sesuai untuk bayi seawal usia 7 bulan dan ke atas, biskut bayi ini cair di mulut yang diperbuat daripada buah-buahan asli dan bahan-bahan premium untuk menjaga kualiti dan khasiat setiap produk.

Tiada garam, gula, pengawet, perasa dan pewarna tambahan digunakan, rasa asli semula jadi daripada bahan yang digunakan sahaja.

Biskut ini juga dikeringkan mengunakan teknik dehydration dengan suhu tertentu untuk mengelakkan nutrisi hilang dan rasa buah asli kekal.

Biskut bayi ini boleh dimakan terus atau dibancuh dengan susu atau air suam untuk dijadikan nestum bayi.

8. HEINZ So Yummy (60g)

Biskut bayi Heinz Teething Rusks membantu melegakan gusi yang lembut dan membantu dalam proses perkembangan semula jadi akan gigi bayi .

Ia mengandungi tepung gandum, germa gandum, serbuk susu skim, yis, garam dan mineral (iron).

Biskut bayi ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan dan ke atas.

Biskut baby Heinz ini berasal dari Australia, yang mana setiap kotang mengandungi 12 keping semuanya.

9. Milna Toddler Kids Biscuit 110g

Bila si comel sudah mula ada gigi dan makin membesar, pastikan mereka mendapat nutrisi yang optimum walaupun melalui snek.

Jadi dengan snek Milna Toddler dapat berikan perkembangan kebaikan nutrisi seimbang untuk kesihatan kekal sihat.

Antara nutrisi yang terkandung adalah kalsium, magnesium, potassium, Vitamin A, C, D dan E dan zink.

Nutrisi ini penting untuk perkembangan otak dan penglihatan serta membekalkan tenaga tambahan untuk aktiviti fizikal.

Ingin diingatkan biskut ini sesuai untuk si manja berusia setahun hingga tiga tahun. productnation

10. Mommy J Pure Fruit Rice Puffs 45g

Apa yang menarik tentang biskut dari jenama Mommy J ini adalah menyahmampat bahan mentah di bawah tekanan.

Maksudnya, biskut yang dihasilkan tidak dibakar dan tidak digorang, memang selamat untuk si comel.

Ini kerana struktur kek beras bayi yang digunakan berliang dan gebu, rangup dan dapat memberi rasa kemanisan semula jadi.

Malah PUFF beras dari Mommy J dicampur dengan buah-buahan asli tulen yang kaya dengan vitamin dan kalsium dimana membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak.

Kandungan dalam biskut ini adalah 3 bahan saja iaitu beras putih, beras perang dan puri buah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.