Take a fresh look at your lifestyle.

7 Baju Tema Merdeka Terbaik Yang Unik dan Kreatif.

0 4,133

Semangat Merdeka mesti dipupuk sejak dari kecil lagi. Kibarkan bendera bila tiba bulan Kemerdekaan, hayati sejarah di sebalik Kemerdekaan atau boleh juga memperagakan pakaian dengan tema Merdeka untuk pupuk semangat cintakan negara.

Mungkin pada hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun korang boleh dapatkan sepasang pakaian peragaan kepada anak-anak dengan tema Hari Merdeka seperti menggunakan warna-warna Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah.

Sedikit sebanyak pastinya anak-anak akan berasa semangat untuk kongsikan pakaian mereka dengan kawan-kawan termasuklah jika digunakan di sekolah atau apabila untuk menonton sesi perbarisan HARI KEMERDEKAAN.

Jadi kalau korang tiada idea bagaimana rupa pakaian peragaan merdeka tersebut, boleh sahaja lihat 7 contoh dibawah.

Senarai 7 Design Baju Merdeka

1. Aljoopre Tanjak Merdeka

Baju merdeka budak lelaki bersama tanjak merdeka ini menjadi pilihan ramai ibu bapa.

Mudah dipakai, sudah siap dijahit. Cuma lekatkan velcro di belakang dah jadi segak bergaya!

Boleh dibasuh mesin kerana tiada dawai digunakan. Material seperti kolar kemeja.

Anak korang pastinya kelihatan seperti pahlawan merdeka yang begitu tampan dan hebat !

2. Aksesori Sampin @ Tanjak Royal Premium Merdeka

Pada hari bersejarah ini, korang akan melihat ramai kanak-kanak berpakaian tradisional untuk menyambut Hari Merdeka di sekolah mereka.

Jika korang mahu anak korang kelihatan lain daripada yang lain, pakaikan mereka sampin premium ini.

Dengan sampin yang kelihatan seperti dijahit menggunakan kain songket ini, pasti anak korang kelihatan kacak seperti seorang Raja.

3. Gaun Dress Diva Merdeka

Pakaian beragam Merdeka dengan design Gaun menjadi kesukaan ramai kanak-kanak perempuan.

Hal ini kerana apabila memakainya, anak korang akan rasa diri mereka seolah-olah Princess.

Untuk bahagian kepala, korang boleh hiaskan dengan bunga-bungaan atau tudung merdeka yang dipinkan di belakang.

4. Baju Melayu Moden & Baju kurung Saloma Merdeka

Baju Melayu Moden biasanya menampilkan baju lengan panjang dengan kolar dan butang di bahagian hadapan, dipadankan dengan seluar longgar yang meruncing di buku lali. Ia sering dipakai dengan songkok atau tanjak, dan sampin (sejenis sarung tradisional Melayu yang dipakai di pinggang).

Sebaliknya, Baju Kurung Saloma adalah variasi daripada Baju Kurung, pakaian tradisional wanita Melayu. Baju Kurung Saloma dinamakan sempena penyanyi dan pelakon legenda Malaysia, Saloma. Versi Baju Kurung ini menampilkan bahagian atas yang lebih pendek, lebih padan dengan skirt kembang, dan biasanya dipakai dengan tudung yang sepadan.

Semasa sambutan Merdeka, adalah perkara biasa untuk melihat orang yang memakai pakaian tradisional Melayu seperti Baju Melayu dan Baju Kurung, sebagai cara mempamerkan kebanggaan dan warisan budaya kita.

5. MU Baju Jersey Malaysia Merdeka

Dengan cuaca di Malaysia ini, pasti korang teragak-agak ingin mengayakan baju kemerdekaan jenis bagaimana.

Jika korang jenis bukan yang tahan panas, korang boleh memilih untuk memakai baju jersey yang bertemakan Kemerdekaan.

Dengan baju yang berlengan pendek dan bermaterialkan jersey ini, korang tidak perlu risau tentang cuaca yang panas lagi. Selain itu bagi wanita muslimah, mungkin korang boleh cari yang berlengan panjang.

6. Topi Merdeka

Jika korang kekurangan budget untuk membeli baju bertemakan Hari Kemerdekaan tetapi masih ingin menyambut hari yang bersejarah ini.

Jangan risau, pakai saja topi yang direka Hari Kemerdekaan yang sudah cukup menonjolkan sifat patriotisma korang.

Lagipun dapat melindungi korang daripada terik panas sinaran matahari jika korang mengikuti majlis merdeka pada sebelah siang.

7. HASBELLA Tudung Bawal Merdeka

Bagi korang yang terlibat dengan aktiviti-aktivitu syarikat dalam sambutan Hari Kemerdekaan ini,pasti korang ingin kelihatan sedondon dengan rakan-rakan sekerja atau sepasukan korang.

Dengan tudung bawal bertemakan merdeka oleh HASBELLA ini, korang boleh membeli tudung mengikut corak yang menjadi pilihan bersama rakan-rakan korang.

Bila pakai beramai-ramai satu pasukan, pasti kelihatan cantik bergaya dan jelas menampakkan kesatuan hati berpasukan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.